~NUFFNANG KLIK-KLIK~

~SELAMAT DATANG~

KEPADA SEMUA TETAMU TERHORMAT SAYA TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KERANA KESUDIAN ANDA SEMUA UNTUK SINGGAH KE HALAMAN SAYA INI.
DI SINI SAYA AKAN MEMBAWA ANDA SEMUA UNTUK MASUK SENDIRI KE DUNIA CERITERA CEREKA CERITA MENARIK DARI SAYA.SEKADAR MENGISI WAKTU YG TERLUANG ...IZINKAN JARI JEMARI INI MERAYAP PADA HURUF-HURUF ABJAD ,MENAIP KISAH DEMI KISAH BAIT DEMI BAIT BERSAMA ILHAM YG BERTANDANG.HARAP MAKLUM...LAMAN INI HANYA SEKADAR TEMPAT ANDA MENUMPANG SINGGAH DAN TIDAK ADA BAYARAN DIKENAKAN.

TERASA INGIN BERKARYA....BERKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA.MANALAH TAHU JIKA SATU HARI NANTI DIIZINKAN KEPADA SAYA UNTUK MENJADI PENULIS NOVEL....HAHA..NAMUN TIDAKLAH HINGGA KE SITU, MIMPI SAYA DI SIANG HARI..

SELAMAT MEMBACA.TERIMA KASIH.SEBARANG KOMEN AMATLAH DIALU2KAN...

Rabu, 24 Februari 2010

CEMPAKA DIREMBULAN PART 2

#############################

"Zul , janji tu bagi Ishah tak de apa2 dan rasanya anggaplah semua tu cuma kata2 biasa...maafkan Ishah mungkir janji..."Ishah cuba menukar situasi ,dia mahu keputusannya yang diambilnya nanti akan melegakan dirinya juga lelaki yang dicintainya,dia tak kan tunjukkan yang dirinya lemah,dia mahu lelaki itu juga kuat menerima ketentuan keputusannya nanti.....
"Laaa...apa plak Ishah nie,Zul tak faham lah,Ok apa janji2 tu,sekurang2nya Zul bole bersedia dan ada impian,apasal plak kata2 biasa...Zul anggap janji2 tu berisi tau,Zul dah buat perisai untuk kejar impian nie..."Zul masih kurang memahami pada situasi Ishah,sedikit berdebar2 dalam hatinya....
"Zul maafkan Ishah...dulu memang Ishah mengharapkan ,tapi sejak Zul tinggalkan ishah sorang2 selama 3 bulan lepas,Ishah banyak berfikir...Ishah rasa hubungan kita tak kemana,Ishah takut dalam tempoh 2 tahun tu macam2 bole terjadi dan Ishah tersepit sekarang Zul..."Ishah mula mula merasakan ingin menagis dan ada manik2 halus yg mula bergenang di kelopak matanya,di tahan dgn jari2nya,hatinya pedih dia telan sendu itu dalam2....
"Ishah akan bertunang Zul..."kata2 itu tenggelam dan anak mata Ishah jatuh pada wajah lelaki disebelahnya sebelum dia menundukkan wajah tak berani dia membalas pandang sekilas anak mata lelaki itu yg menoleh ke arahnya seketika...
"Apaa??...ishah jangan main2,betul ke nie"Zul menoleh pada ishah lagi,rasanya nak je dia menekan brek mengejut di tgh highway road tu,nasib baik dia masih dapat mengawal situasi....
"Sapa plak yang potong jalan Zul meminang ishah nie..? macam mana bole jadi macam gini Ishah??"Zul mula bersuara,dia benar2 terkejut dan ingin tahu apa yang terjadi,tak mungkin Ishah berubah hati,sedangkan dia tahu selama ini Ishah benar2 setia padanya..dan jika antara mereka bergaduh pun selalu puncanya adalah dari dirinya sendiri yang kadang2 sengaja mencari pasal menyakiti Ishah,dia sedar itu.. banyak kali dia melukakan hati gadis itu dan telah banyak kali juga gadis itu menangis kerananya.....
"Selama 3 bulan nie banyak perkara yang terjadi,Ishah penat,letey nak fikir semuanya dan kadang2 Ishah tak tahu pada apa yang Ishah buat dan putuskan...hati Ishah dah tak punya rasa....Keluarga Ishah dah carikan jodoh untu Ishah,dan isyah tak punya pilihan lain selain menurut...."Ishah telan sendu lagii...dia mengigit jari dan memandang keluar tingkap.....
"Ishah dah bagi macam2 alasan pada mereka,tapi Ishah lemah bila mak Ishah memujuk...ishah sayangkan mak Ishah zul,tapi Ishah juga cintakan Zul...."ishah seka lagi air mata yang hampir tumpah dari kelopak matanya,dia tak mahu Zul melihatnya....
"Jadi maksud ishah ,Ishah terima pinangan dan calon dari family untuk jadi suami Ishah?"Zul memperlahankan kelajuan kenderaanya,dibiarkan kenderaan lain memotong jalan...
"Ishah masih mintak tempoh...tapi ishah rasa ishah tak de hak nak buat keputusan lagi....mak terlalu mengharap supaya Ishah terima,lagi pun dia adalah anak arwah kawan ayah Ishah..Ishah tak nak kita rasa tertekan dan terlalu kecewa pada hubungan nie,ishah harap kita dapat jadi kawan baik,Ishah betul2 perlukan kekuatn dari Zul,maafkan ishah,harap Zul faham situasi Ishah..."ishah cuba mencari ketenangan dia tak mahu buat Zul rasa tertekan seperti dirinya,dia mahu biar mereka berdua merasa tenang pada perspisahan ini nanti....
"Maafkan juga Zul Ishah...Zul tahu ishah tak pernah rasa dihargai selama kita bersama...tapi sejujurnya Zul memang sukakan ishah dan sayangkan Ishah...kalaulah Zul ade banyak duit sekarang nie,Zul ajak Ishah kawen.."Zul sedikit kecewa dia tak pernah menduga , begitu juga Ishah sendiri...mereka berdua tak pernah menduga dan tak pernah berbincang akan hal sebegini akan terjadi ...memang dia tak pernah menyangka.....
"Zul ..anggaplah Ishah mengajar Zul tentang cinta dan bercinta...lagi pun Zul tak de pengalaman putus cinta kan...sekurang2nya semua nie buat hidup kita berwarna warni..kan zul..."Ishah cuba buat lelaki disebelahnya merasa tenteram....
"Ishah tak pernah menyesal,malahan rasa bangga sebab jadi orang pertama yang pernah Zul sayang,dan Ishah harap Zul dapat banyak pengalaman dari hubungan nie...janji dengan Ishah cari pengganti Ishah orang yang lebih bagus dari Ishah,ishah nak Zul berteman dan gembira..."Ishah merangkul lengan Zul dan dia menyentuh rambut lelaki itu perlahan...dia mahu menyentuh hati lelaki itu untuk kali yg terakhir...dan biarlah pertemuan ini meninggalkan kesan dan kenangan yg abadi antara mereka...


Zul terkedu, rasanya mahu sahaja dia mengenggam erat tangan itu,namun dia tetap meneruskan memandu dan melihat jauh ke hadapan....seketika keduanya mendiamkan diri dan hanya mendengar lagu yang diputarkan di radio sambil melayan perasaan masing2....


Cinta Kain Putih


Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...

Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian

Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu...

( korus )
Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa

Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur

Kusunting dirimu
Kan kugenggam hatimu itu
Kan kujaga wahai bungaku
Kau kan tumbuh subur mewangi


kau mekarlah wahai mu bunga
Subur menguntum ditaman hati
Kau hilang dan semakin jauh
hujung dunia kita berjumpa

Zul mengenggam tangan ishah untuk kali yang terakhir sebelum gadis itu melangkah pergi,jauh dalam sudut hatinya dia terlalu sayangkan gadis itu,seraut wajah yg sayu diperhatikanya lagi...genggamannya semakin erat dia memulakan kekuatan untuk berbicara.....
"Walau pun kita tak bersama lagi,Zul tetap sayangkan Ishah...percayalah perasaan Zul pada Ishah selama nie juga adalah jujur walau pun Zul tahu,Zul jarang tunjuk atau luahkan....bagi zul memang ishah yang pertama dalam hati nie,kalau ishah suruh zul cari pengganti pun zul nak cari yang macam ishah...segalanya macam ishah.."Zul rasa begitu lemah dia tak pernah rasa sebegitu...dia hanya mampu menarik nafas dan melontar jauh pandangan pada pekat malam....sunyi hatinya tiba2....
"Zul ,awak mesti kuat...Ishah nak zul kejar cita2 Zul walau pun tanpa Ishah...Ishah percaya Zul akan jumpa yang lebih baik dari Ishah,anggaplah perpisahan kita 3 bulan lepas adalah sebagai satu latihan untuk diri kita berdua,dan Ishah yakin Zul boleh seperti mana yang Ishah ingin lakukan...."Ishah menarik tangannya dari genggaman lelaki itu dan sebelum dia keluar dari kereta sempat dia mengucapkan salam perpisahan..
"Zul... Ishah bebaskan zul dari hati dan perasaan Ishah...doakan ishah bahagia ya Zul...Selamat tinggal dan jaga terima kasih untuk malam nie...Ishah akan rindukan zul selalu....."dan akhirnya air mata yang ditahan gugur jua serentak Ishah melangkah keluar kereta...,
Tiada apa yang mampu di katakan oleh Zul....dia hanya mampu tersenyum pahit sambil melihat bayang gadis itu melangkah pergi...seketika dia terpaku sendirian di dalam keretanya ...rasa seperti mimpi mengenali gadis itu....mesra...seketika....
dia meraup wajahnya dan mencari sedikit kekuatan sebelum meneruskan perjalanan pulang meninggalkan semua yang kelam dan berdarah....

Ishah terus melangkah tanpa menoleh lagi...hatinya hancur dan terlalu parah...ternyata keputusan yang diambil cukup melukakan dirinya sendiri...dia rasa tak bermaya dan hampir jatuh terduduk ,nasib tangannya sempat berpaut pada pagar pintu rumahnya....di kegelapan malam itu,dia menangis sendirian meratapi cintanya yang telah hilang.....

#######################

"Emy...tolong Ishah emy...ishah tak tahan lagi...hati ishah pedih emy....huhu.."Ishah mengambil keputusan utuk menghubungi emy,dia rasa emy bole beri dia kata2 penguat semangat kerana sebelum ini pun emy selalu menasihatinya...walau pun dia tak pernah kenal lelaki itu siapa, biarlah.. emy juga tak kesah dan mereka sama2 selesa begitu....

"Ishah kenapa nie,janganlah macam nie cuba cerita pada emy satu persatu....ok,emy sedia nak dengar nie..."Terkejut emy mendengar suara sedey Ishah yang sebelum nie sentiasa ceria,dia tahu anak gadis itu sedang bermain dengan masalah perasaan,dia sendiri agak terkejut sewaktu Ishah bercerita tentang masalahnya yang akan dijodohkan dengan anak kawan baik arwah ayahnya...hajatnya baru sahaja ingin berkenalan mesra dengan gadis itu,tak sangka bunga itu akan disunting orang...

"Ishah dah tinggalkan dia...Ishah dah tinggalkan zul ...emy.."suara itu tersekat2...
"Sabar Ishah,bawak bertenang , ingat Allah banyak2,Ishah sedang di uji..kuatkan hati ye ..semua nie ada hikmah yang Allah nak beri tapi kita tak tahu,sebab kita terlalu lemah...,sekarang nie emy nak Ishah pegi ambil wuduk dan buat solat sunat mintak Allah tenangkan hati dan jangan lupa baca Quran...." Emy amat bersimpati mendengar suara ishah di hujung talian yang tersedu2....dia tahu pasti hati gadis itu hancur dan terlalu sakit,sebagai kawan dia hanya mampu beri Ishah kata2 semangat seperti mana waktu mula perkenalan mereka di internet dahulu ,waktu itu Ishah juga sedang berduka kerana kehilangan ayahnya dan serentak dengan Zul teman lelakinya yang dikatakan sepi tanpa khabar berita...

"Emy...adakah ini tanda Allah sayangkan Ishah emy..tapi ishah rasa macam nak mati emy..." Ishah merasakan dirinya terlalu lemah dan imannya goyah tika itu...hatinya kosong seperti tiada rasa.....air matanya sudah kering untuk ditangisi....

"Ishah dengar kata emy,hanya diri sendiri yang bole tolong diri ishah,emy pun tak mampu nak tolong apa2...kalau Ishah nak musnahkan diri Ishah sekali pun masalah tak kan selesai...yakinlah yang Allah akan beri Ishah pertolongan...Allah itu ada dan Ishah bole mengadu segalanya pada Dia,berdoalah banyak2 pada dia dan mintaklah petujuk..Allah suka kalau hambanya datang dekat padanya,pasti dia tak kan hampakan doa kita...ingat Allah selalu Ishah..."

Kata2 emy benar2 menyedarkan Ishah,tak sia2 dia mintak nasihat dari emy,dan sejak dari mula2 kenal dulu emy selalu rajin beri dia nasihat..kadang2 dia malu dengan keperibadian emy,'Terima kasih tuhan kau berikan aku sahabat seikhlas emy...' Ishah merasa sedikit ketenangan sebelum mengucapkan terima kasih pada emy dan melakukan solat sunat ..dia mahu sujud pada Allah dan mengadu segalanya serta bermohon agar diberikan ketenagan hati....

Sewaktu matanya ingin dilelapkan tiba2,sms diterima ..."Ishah kalau kita masih berkawan,harap kita masih lagi bole berhubung..terima kasih untuk semuanya,awak mengajar saya untuk lebih menghargai...."Ishah rasa lega dia yakin Zul ikhlas untuk terus menjalinkan tali persahabtan dengannya,baginya ikatan persahabtan lagi lebih kuat dari cinta,ternyata mereka bukan ditakdirkan untuk bersama....dia pasrah...'Zul kau adalah kenagan terindah bagiku...'
kemudian masuk pula sms ke dua..."Semoga Ishah tabah dan kuat...Allah nak jadikan ishah hebat...dan emy tahu Ishah memang budak yang memang hebat...."Ishah tersenyum dia rasa semakin lapang ,bersyukur dia kerana Allah mengurniakan dia 2 orang sahabat setelah cintanya hilang...dia yakin Allah bersama2 dengannya....dan dia memejamkan matanya ,berharap agar hari esok dia punya kekuatan dan keupayaan untuk berdepan dengan ujian hidup....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan