######################################################
Fairez tak mampu menatap tiap helaian bait kata yang tercatat di balik coretan Ishah hati lelakinya sedikit terusik....namun dia terus kan juga membaca coretan demi coretan kata2 luahan isi hati Ishah....'Adakah selama ini aku tak pernah membahagiakan dirinya??..berdosakah aku pada Ishah..?? Siapakah dia..??..' persoalan2 kosong singgah di tiap benak fikirannya sambil matanya terus terpaku pada catatan2 ringkas dan mengharukan itu..Fairez selak helaian demi helaian lagi....
10 Jun,12.00 mlm..
Manalah abang Fairez nie...penat aku tunggu ...entahlah hari demi hari aku rasakan kami semakin berjauhan..Adakah ini petanda yang kasih abang Fairez untuk aku dah semakin pudar.....
Tapii.......
Sayang aku padanya semakin menebal....
Abang..,Ishah rindukan abang ....
****
14 Jun, 2.15 pg..
Esok abang dah nak pergi Brunei , lamanya.... mesti Ishah rindukan abang nanti..
tengok muka abang kasihan abang...mesti penat hari2 berulang alik kerja dan selalu kena keluar out station....Patutlah abang dah jarang nak borak dengan Ishah,Apapun Ishah tahu abang sibuk dengan projek baru syarikat abang kat Brunei tu...Tak pe Ishah faham....
Ya Allah...lindungilah suami ku ini...berilah dia kejayaan dalam setiap usahanya dan permudahkanlah tiap urusannya...aminn....
****
20 Jun,1.30 mlm...
Sunyinyerrr.....rindunya aku pada abang Fairez...nasib baik tadi dapat cakap dengan dia..suara abang macam lesu jerr...mungkin abang penat kot...walaupun dia cakap ok,tapi aku tahu mesti dia lesu kat sana...ehmm...nak tanya banyak pun mesti abng cakap semua ok....tak perr sok2 bole borak lagi.....
Abang ....Ishah rindukan abang ,setiap waktu.....senyum abang Ishah simpan dalam hati nie....Gambar abang je lah tempat Ishah lepaskan rindu....Sayang abang....
*******
23 Jun , 4.00 pg
Hati aku sedey sangat...nape abang Fairez berubah hati lepas balik Brunei...dia dingin dengan aku....ingatkan bila kami berjauhan semuanya akan kembali ok...tapi.....Aku ke yang buat salah...kenapa dia tak cakap ape pun...
Hubungan kami semakin tegang...entahlah....aku buntu dengan sikap abang Farez yang mula berubah....bilakah aku akan hamil,aku teringin sekali nak jadi ibu kepada anak abang Fairez...tapi doktor Asikin kata aku normal dan boleh hamil....tak pe sabar dan terus sabar....
Ya Allah...berilah aku kesempurnaan sebagai seorang isteri yang mampu memberikan zuriat buat suamiku...
"Rabbi Habbli Min ladunnka zuriatantui'ibah Innaka samii'uddu'a...."
...Aminnn.....
***********
29 Jun , 12 mlm..
Ya Allah berilah aku kekuatan untuk terus tabah dan menjadi seorang hambamu yang kuat....Aku serahkan segalanya kepada Mu untuk setiap kehidupanku....
Sedey...sunyi....adakah kerana anak,abang Fairez mula berubah....
Abang....Maafkan Ishah kerana tak mampu beri abang zuriat...kalau abang marahkan Ishah sekali pun,janganlah bersikap dingin macam nie...
Semoga esok semua akan kembali ok....
*********************************************************
Semua yang tercatat dalam diary milik Ishah adalah bicara tentang kerinduannya pada dirinya....Fairez terduduk kaku di birai katilnya...hatinya dipukul pilu dan sedetik ada kekesalan yang maha besar dalam jiwanya...Ishah tak pernah bercerita tentang lelaki lain,melainkan tentang dirinya....'Aaahh..berdosakah aku sebenarnya...??' Fairez terus menyelak helaian demi helaian lagi...
2 Julai, 10 mlm...
Tak lama lagi abang Fairez akan balik....rantai mutiara nie memang cantik...sayang jugak abang Fairez pada aku...ingatkan dah tak sayang lah....entah2 esok abang fairez balik dia belikan aku sesuatu yg lagi cantik...haha....ehmm..Tapi aku tak pernah nak harap apa2 darinya melainkan...Suamiku itu selamat pergi dan kembali dengan selamay ...Ya Allah....
********
Air mata Fairez bergenangan...dia mengingati semula waktu sekembalinya dia dari Brunei waktu itu...riang Ishah menyambutnya di muka pintu ...dan satu set aksesory perhiasan dia beri pada ishah....'Aahh...Ishah..Maafkan abang..' keluh Fairez di dalam hati dan terus menyelak helaian demi helaian...
#########################################
********
13 Julay , 11.45 mlm..
Berita dari doktor Asikin sangat2 mengembirakan hati...
Ya Allah aku bersyukur ke atas nikmat yang kau beri kepadaku....hari ini aku disahkan mengandung....Ya Allah gembiranya aku....tak henti2 aku berdoa meminta kepada Allah ,akhirnya doaku dimakbulkan tuhan...amin...
Mak ayah abang Fairez gembira sangat2....kasihan kat mak ayah mertua aku nie...coz dorang lah yang susah payah bawak aku p klinik pagi tadi....
Abang Fairez...cepat balik...Ishah ada surprise utk abang...
************
Mata Fairez tiba2 terhenti pada helaian berikutnya dia asyik meneliti....
14 Julay,10.00 mlm...
Hari nie mak ayah Fairez ada kat rumah,tak sangka dorang nak tidur rumah...petang esok abang Fairez nak balik..
15 Julay , 11 mlm...
Sampai hati abang Fairez,dia tak tegur aku pun....aku buat salah lagi kerr...
Abang....
Ishah rindukan abang ..
Ishah nak beritahu abang ishah dah mengandung...nape abang tidur cepat sangat...sampai hati abang...
Ehmm..mungkin abang Fairez penat...tak pelah esok masih ada...
Tak sangka hari ini aku jumpa dia...Zulfikar....nama yang dah lama terkubur dari dunia aku,tak sangka bumi Allah nie memang kecik...semua pun dah berubah,tak sangka gadis ayu yg bertudung biru tadi tu tunang dia...Zul masih lagi kenal aku...haha..tak sangka,dan bagi aku kami tetap masih bersahabat....Tak sangka aku Zul sudi nak pilihkan jam tangan buat abang Fairez....Tapi aku pun berkenan sangat dengan pilihan Zul tuhh...walau pun dari jenis yg bertali kulit..tapi corak nya cantik tampak simple...haha..Zul cakap citarasa lelaki lain macam sikit....Zul..Zul..kau masih macam dulu....
Abang...,
Dah lama Ishah tak beri abang sesuatu...Jam tangan Rolex nie Zul yang pilihkan,dia kata memang sesuai untuk abang...Hmm...harap abang memang berkenan dengan pemberian dari Ishah yg tak seberapa nie...
Zulfikar,
tel: 013-3376472
************
Fairez menutup buku itu lambat2,dia terkedu sendirian....hatinya mula erbicara sendiri lagi....lantas pantas dia menuju ke laci almari tadi dan menyelongkar kembali...tanganya seperti tersentuh sesuatu di dalam sana...sekali dia menarik objek tersebut...matanya tertumpu pada satu kotak hadiah yang dibalut cantik...ada reben merah hati terikat kemas dan terselit sekeping kad ucapan....
Abang..,
Maafkan Ishah,
Pemberian dari Ishah untuk abang,
Rindu abang selalu..
Fairez terus membuka balutan kotak itu,ternyata di dalamnya memang ada seutas jam tangan Rolex yang cantik..ada batu2 permata yg cantik berkilau2an di dalamnya ,talinya adalah dari kulit dan berwarna coklat kehitaman..memang menarik...dan didalam kotak itu ada tertulis lagi satu nota pendek..
Buat suamiku...
Sudilah kiranya kau menerima
pemberian yang tidak seberapa ini..
Dari ; Isterimu..
Kala itu air mata Fairez gugur jua ke pipi....Ishah maafkan abang..abang kilaf dalam menilai keperibadian dirimu...Ya Allah.....Fairez tak mampu berkata2 lagi...bayangan Ishah satu persatu singgah di dalam benak fikirannya...bayangan Ishah yang sedang hamil turut melintas di ruang legar mindanya...Fairez menekup wajahnya...dia menyesal....Ishahhh......
####################################
#######################################################
Fairez membuat keputusan untuk menemui Zul sendiri..dia benar2 inginkan kepastian....entah kepastian untuk apa,dia sendiri tak tahu yang pasti dia mahu menemui jawapan yang benar2 jelas dengan pendirian dan maksud hatinya sendiri...keegoannya sebagai seorang suami masih ada dalam dirinya...no.telefon Zul dicatit dari dalam buku diary Ishah dan dia akan menghubungi lelaki itu....
########################################################
"Assalamualaikum...apa khabar En.Fairez..?,tak sangka dapat jumpa En.Fairez akhirnya , selalu dengar cerita dari ishah jerr.." Zul menyapa Fairez dalam pertemuan mereka pada petang itu...hairan juga dia,bila suami Ishah ingin menemuinya....
"Waalaikumsalam...erhmm..saya sihat sahaja...jadi inilah En.Zulfikar kawan Ishah dahulu..."Fairez membalas salam lelaki itu dan bersalaman mesra...
"Ishah apa khabar? lama saya tak dengar berita dia...Tahniah En.Fairez awak berdua bakal menimang cahaya mata..."Zul mengucapkan tahniah kepada lelaki dihadpannya itu dengan penuh ikhlas....dia yakin pasti Ishah benar2 bahagia dengan perkahwinannya kini,tanpa dia menduga dirinya sebenarnya telah menjadi punca salah faham yg paling besar ...
"Sebelum tu,bole saya tahu...apa hal En.Fairez nak berjumpa saya ..? Ada hal mustahak kah..??" Zul merasakan hairan juga tiba2 sahaja suami Ishah ini ingin menemuinya....
"Maafkan saya,saya sekadar ingin tahu dan kenal siapa Zulfikar nie,lagi pun Ishah pun selalu bercerita pasal kekasih lamanya nie..." Fairez mula bersuara,dia tak pasti apa yg ingin dia ketahui dari lelaki dihadapannya sebenarnya....
"Oh..pasal kami dah lama berlalu....saya tahu Ishah dah dapat seorang suami yang penyayang dan menjaganya dengan baik sekarang nie....." Zulfikar hanya tersenyum sambil membalas dan bercerita kepada lelaki dihadapannya...sedikit2 dia dapat mengagak sendiri,lelaki itu mempunyai maksud yg tertentu dan banyak kata2nya yg dikaitkan antara dia dan Ishah juga kisah lama mereka....
Keduanya berbual2 kosong...Fairez tak habis2 bertanyakan tentang kisah Ishah dan Zulfikar...manakala Zulfikar pula dia sudah dapat menangkap dan merasakan sesuatu salah faham telah berlaku antara Ishah dan lelaki dihadapannya.....
"Macam nie lah En.Fairez...bagi saya sendiri antara saya dan Ishah adalah kisah lama kami...semua itu sudah lama berlalu,kebetulan saya terserempak dengan ishah waktu dia datang ke kedai tunang saya tempohari untuk cari hadiah buat En.fairez..jadi sebab dah lama tak jumpa saya temankan Ishah pergi masuk ke kedai jam waktu itu dan tolong dia pilihkan hadiah buat En.Fairez...tak ada apa2 yang terjadi antara kami..." Zulfikar menjelaskan lagi tentang keadaan yg sebenarnya,waktu kali pertama mereka bertemu setelah terputus hubungan beberapa tahun yang lalu selepas Ishah berkahwin...
"Oh yerr En.Fairez..terlupa saya nak bagi tahu ..nie ada kad jemputan dari saya..jemputlah datang ke majlis perkahwinan saya akhir bulan nie...jangan lupa bawa Ishah sekali..hari tu dia yang beriya minta Kad Jemputan dari saya...errkk..maafkan saya En.Fairez kalau2 apa yang terjadi buat encik salah faham....Ishah adalah perempuan yang baik dan sempurna..." Zulfikar menghulurkan Kad Jemputan perkahwinannya pada lelaki itu,dan dia berasa berdosa kerana menimbulkan salah faham diantara Ishah dan suaminya...dia tak sangka Nisa bercerita sesuatu yang buruk tentang mereka berdua...Nisa memang tak pernah sedar diri..kesal Zulfikar di dalam hatinya...'kasihan Ishah'...luahnya sendirian...
#########################################################
Fairez memandu keretanya dengan cermat,sepanjang perjalannanya dia tak henti2 mengutuk dirinya sendiri kerana masih bersikap sangsi kepada Ishah dengan apa yg diluahkan di dalam buku dairy hatinya itu,perjalanan dari Ipoh ke Teluk Intan terasa lambat sekali...sesekali dia seperti terlihat2 senyuman Ishah menanti kehadirannya nanti....pasti Ishah merindukan aku...
"Maafkan abang sayang...abang banayk dosa pada Ishah...."
Fairez menangis kekesalan...dia berharap cepatlah dia sampai ke rumah kak Ain,dia tak pedulu pada reaksi kakak iparnya dan abang malik nanti....memang dia benar2 berdosa pada Ishah juga anak yang bakal lahir itu...teringat dia pada kata2 nya yang lalu...selamba dia menuduh ishah dan kandungan itu tidak suci...."Ya Allah betapa besarnya dosa yang telah aku lakukan pada anak dan isteriku Ishah...berilah peluang untuk aku menebus semula kesilapan yang aku lakukan...." Fairez menangis lagi.....teringat lagi pada kali terakhir Ishah melihatnya..sewaktu dia bermalam di rumah Nisa...Ishah salah faham dan semenjak itu ishah pergi tak balik2...dia biarkan sahaja Ishah pergi .....
"Bodoh..bodohnya akuuu...." Fairez membodohkan dirinya sendiri dan memang dia benar2 sedar segalanya adalah kerana kesilapannya dirinya sendiri...dialah yang menghancurkan kebahagiaan rumah tangganya sendiri......
Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara
Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya
Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar
Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...
Akhirnya destinasi keretanya sudah berakhir,dari jauh da sudah dapat melihat rumah kak Ain...fairez berdebar2 dia tak sabar untuk menemui Ishah...
"Ishah abang datang untuk ambil kau Ishah.....tunggu abang Ishah...." Suara hati kecil Fairez menjerit kerinduan....
Kereta PerdanaV6 itu terhenti dihalaman rumah....
"Assalamualaikum...assalamualaikum...Ishah abang datang nie...." Fairez sudah tidak sabar rasanya lagi untuk menatap wajah isteri tercinta..keadaan masih sunyi....
"Waalaikumsalam...Ehh..Fairez....Ya Allah kau Fairez baru sampai kau..."
Fairez terus masuk dan bersalam dengan kak Ain...perasaan malunya dicampakkan ke tepi...dia sudah bersedia untuk menerima keadaan...
"Apa lah nak jadi dengan kau nie Fairez...kau pergilah tengok ishah sendiri kat dalam tu...." Kak Ain tak mampu nak luahkan apa2 dia sendiri terlalu sendu....
"Maafkan saya kak...kenapa Ishah kak...mana dia..." Fairez terkejut dengan sambutan yang diterimanya..kak ain kelihatan sedey..Fairez terus masuk mencari2 Ishah.....
Rabu, 24 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan