~NUFFNANG KLIK-KLIK~

~SELAMAT DATANG~

KEPADA SEMUA TETAMU TERHORMAT SAYA TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KERANA KESUDIAN ANDA SEMUA UNTUK SINGGAH KE HALAMAN SAYA INI.
DI SINI SAYA AKAN MEMBAWA ANDA SEMUA UNTUK MASUK SENDIRI KE DUNIA CERITERA CEREKA CERITA MENARIK DARI SAYA.SEKADAR MENGISI WAKTU YG TERLUANG ...IZINKAN JARI JEMARI INI MERAYAP PADA HURUF-HURUF ABJAD ,MENAIP KISAH DEMI KISAH BAIT DEMI BAIT BERSAMA ILHAM YG BERTANDANG.HARAP MAKLUM...LAMAN INI HANYA SEKADAR TEMPAT ANDA MENUMPANG SINGGAH DAN TIDAK ADA BAYARAN DIKENAKAN.

TERASA INGIN BERKARYA....BERKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA.MANALAH TAHU JIKA SATU HARI NANTI DIIZINKAN KEPADA SAYA UNTUK MENJADI PENULIS NOVEL....HAHA..NAMUN TIDAKLAH HINGGA KE SITU, MIMPI SAYA DI SIANG HARI..

SELAMAT MEMBACA.TERIMA KASIH.SEBARANG KOMEN AMATLAH DIALU2KAN...

Rabu, 24 Februari 2010

CEMPAKA DIREMBULAN PART 4

####

'Kadang2...Belum pun sempat Sang Bunga Layu...
Kelopaknya Berguguran di Landa Hujan Ribut..'



Perkahwinan Ishah sudah masuk 3 tahun,namun dia dan fairez masih belum dikurniakan rezki anak.Ishah tetap berdoa setiap waktu selepas solat,agar rumahtangganya akan berseri dengan kehadiran cahayamata.Dia pasti dirinya sihat untuk mempunyai anak,namun dia masih belum lagi didatangi tanda2 untuk dirinya hamil.

"Ishah malam nie abang lewat balik,tak payah susah2 awak masak lauk,Ishah makan dulu,tak perlu tunggu abang.." Fairez memberi arahan dihujung talian.
"Baiklah bang,Ishah tunggu abang balik je lahh ya.."setuju Ishah ,nampaknya malam nie dia makan sendirian lagi..sejak akhir2 ini sering sahaja dia ditinggalkan sendirian di rumah,kadang2 tengahari pun fairez tak pulang ke rumah
sibuk katanya...namun Ishah tetap akur dengan suaminya itu,dia belum pernah mengeluh atau merungut ..hanya terkilan kerana kadang2 lauk yang di masak langsung tak dijamah oleh fairez dan selalunya lauk2 itu akan habis menjadi habuan tong sampah..

"Kring..kring!!.."telefon diruang tamu rumahnya berdering nyaring memecahkan suasana sunyi di ruang rumah yang menempatkan set ruang tamu dan dan perhiasan rumah yang tersusun kemas...Ishah terpisat2 terjaga dari lenanya.Dilihat jam sudah menunjukkan ke angka 1 pagi,namun fairez masih belum pulang.Dia bangun dan melangkah malas mengangkat telefon...
"Hello..assalamualaikum.."suaranya perlahan menjawap panggilan.
"Hello,waalaikumsalam..,kak ishah ke nie..ini rosli bercakap,akak jangan terkejut abang fairez kemalangan dan sekarang berada di wad hospital kena tahan..tapi kecederaannya tak teruk..abang fairez pesan akak jangan risau dia tak apa2 cuma patah tangan sahaja,esok dia boleh keluar wad. Saya akan amik dia di hospital esok dan hantar dia balik..."Gangang di letakkan..
Alangkah terkejutnya Ishah dan jantungnya berdegup laju...berderau seketika darahnya,,,jika waktu itu masih siang dan belum lewat pasti dia akan pergi ke hospital menemankan suaminya...tetapi bila mengingati pesanan suaminya agar dia tidak risau..dia kembali lega dan bangun menuju bilik air untuk mengambil wuduk serta mengerjakan solat sunat dan berdoa memohon agar Allah memelihara suaminya itu....


Pagi itu Fairez dihantar pulang oleh Rosli,tangan kirinya berbalut simen,keretanya juga dihantar ke workshop kerana rosak teruk.Syukur dia tak apa2...ishah menyambut suaminya dengan perasaan sedih,dia kasihan melihat keadaan suaminya tika itu...maklumlah sebagai seorang isteri pasti sedikit sebanyak dia risaukan Fairez....setelah Rosli pulang dia mendapatkan suaminya yang duduk di sofa ruang tamu rumah mereka..
"Abang , macam mana keadaan abang sekarang?,sakit ke bang..."perlahan Ishah bersuara sambil menyentuh lembut Fairez....
"Ok.."Fairez bersuara perlahan dan hanya memejamkan mata sambil kepalanya bersandar pada badan sofa...dia keletihan sedikit denyutan dari tangan kirinya tidak berapa terasa,kerana sudah siap dibalut cermat dengan simen,doktor berkata mungkin 4 atau 5 bulan dia bole datang semula dan buka balutan...dia terasa tangan isterinya lembut mengusap balutan simen di tangannya dan memicit perlahan bahunya...sedikit tenang dia rasakan...
"Abang nak masuk bilik..' Fairez bersuara lagi,dia ingin merehatkan dirinya sahaja hari itu..,dia mangambil cuti sakit seminggu,sebagai eksekutif syarikat dia sememangnya banyak tugasan,namun semuanya sudah diuruskan dan diserahkan kepada Rosli sementara dia bercuti sakit...Rosli sememangnya rakan konsi yang baik dan dipercayainya..umur Rosli muda tiga tahun darinya...
"Abang nak apa2 ..? " Soal Ishah perlahan setelah menemankan suaminya berehat di bilik mereka.
"Tak apa2 Ishah abang dah minum pagi tadi dengan Rosli kat hospital sebelum balik rumah.."Fairez memandang isterinya dan memaniskan muka sebelum dia memejamkan matanya kembali,dimindanya banyak benda yang difikirkan....
"Baiklah bang,Ishah nak turun ke dapur dulu,kalau abang nak apa2..,abang jerit panggil Ishah ye..."Ishah meminta keizinan dari suaminya..risau juga dia untuk meninggalkan suaminya sendirian di dalam bilik...
Fairez hanya mengangguk kecil dan sebelum Ishah keluar dari bilik dia berpesan supaya Ishah jangan menelifon dan memberitahu sesiapa tentang kejadian itu...dia tak mahu keluarganya risau..lebih2 lagi ibunya Puan Zawiyah...dia teringat semula pada kata2 ibunya petang semalam,sewaktu dia singgah sebentar ke rumah ibunya...

"Fairez mak nak tanya sikit,si Ishah tu tak ada apa2 lagi ke..?mak rasa dah lebeh 3 tahun korang berkawen ,kosong jerr lagi...,apa si ishah tu tak bole beri ko zuriat ke Fairez??"... Terkejut juga dia pada soalan ibunya itu,sesekali dia pulang kerumah ibunya tak disangka olehnya soalan itu yang ditanyakan kepada dirinya...
"Mak nie ,manalah fairez tahu,anak tu kan kurniaan Tuhan..Kami tak merancang apa2 mak...lagi pun kami dah pernah buat pemeriksaan,doktor beritahu kami berdua sihat tak de apa2...maknanya belum rezki kami lagi lah mak..."fairez menggeleng dan menjelaskan sesuatu pada maknya...
"Mak buka apa Fairez ,risau juga mak nie..ialah umur kamu pun makin lama makin meningkat...mak angan2 lepas kamu kawen dulu bolelah terus mak menimang cucu..tak sangka plak mak kene tunggu lagi,setahun dua tak mengapalah nie dah tiga tahun lebih....kasihan anak mak nie..."ibunya Puan Zawiyah mula bersuara...waktu itu dia hanya mampu mempertahankan dirinya dan rumahtangganya itu sahaja...dahulu pun ibunya juga yang beriya2 menjodohkan dia dengan Ishah..hanya kerana lambat punyai anak..ibunya seolah memprotes pula....
"Mak...mungkin Allah belum nak beri kami rezki anak lagi mak...lagi pun fairez pun masih sibuk,kadang2 tak de masa untuk keluarga,..."Fairez cuba membela diri lagi...
"Alahhh...alasan kau lah Fairez...menangkanlah sangat bini kau tuhh...hmmm...cuba kau tengok si Effah tu,anaknya nak masuk dua dah...padahal kau kawen dulu dari dia sebulan...tapi tengok...subur betul budak tuhh..."Ibunya mula membuat perbandingan dengan si Effah anak Pak Ngah nya...tapi memang betul pun,cepat benar si Effah tu mengandung,rasanya baru sahaja beberapa bulan mereka berkahwin terus dapat anak...itu dia tak berani komen apa2...
"Dah rezki Tuhan nak bagi dia cepat anak mak....lagi pun mak tak perlulah nak risau ke apa...kan anak Kak Ani ada...dorang kan cucu mak juga...."Fairez menjawab selamba...
"Mana nak sama Fairez...kau nie anak lelaki tunggal aku,mestilah aku tunggu zuriat yang kau punya...suruh cepat si Ishah tu mengandung...manalah tahu,perempuan sekarang nie nak jaga badan sangat,sampaikan suruh beranak pun tak mahu..."Perli ibunya...semakin nanar dia mendengar kata2 pedas dari mulut ibunya itu...sedangkan dia tahu Ishah bukan seperti kebanyakkan isteri yang takut hamil hanya kerana nak jaga badan,setiap hari dia lihat Ishah berdoa untuk meminta agar mereka dikurniakan zuriat...dia tahu itu..."
"Mak...Ishah tu menantu pilihan mak kan...jadi mak sepatutnya belajar menerima segalanya tentang rumah tangga kami....Pasal anak tu...kami sendiri pun teringin mak...tapi ialah,cahaya mata tu bukan kami bole ambil kat mana2...semua ketentuan Allah mak...InsyaAllah kalau Allah nak beri ada2lah mak...."Fairez cuba menyedarkan kembali ibunya...dia pelik dengan sikap ibunya yang tiba2 mendesak mereka untuk ada anak...sedangkan bukan dia tak mahu,tapi rezki mereka untuk menimang anak belum ada...kasihan dia pada Ishah,pasti isterinya itu kecil hati jika mendengar setiap kata2 ibunya itu ...
Dan...kerana memikirkan kata2 ibunya itu menjadikan Fairez lalai sewaktu ingin membelokkan keretanya memasuki simpang untuk pergi ke deretan kedai membeli sesuatu buat isterinya,lalu dia dilanggar oleh sebuah kereta yang tiba2 keluar dari selekoh....dan kemudian dia pengsan seketika kerana tangganya terhentak pada stereng kereta untuk menahan badannya......sebelum sedar semula di wad kecemasan Hospital...akibat dia pengsan ditempat kejadian ,doktor menahannya untuk membuat pemeriksaan rapi....

Ishah memasak makan tengahari untuk mereka hari itu,walaupun hatinya sedari tadi meronta untuk bertanyakan suaminya bagaimana kemalangan itu terjadi...,dia cuba bertahan...dan dia yakin pasti suaminya itu akan bercerita nanti....'biarlah...janji suami ku selamat...,syukur padamu Ya Allah...' dia berbicara sendirian.....

###########################


'Bulan mengambang terang,Bintang hilang kerlipannya.....'

"Hello ,Assalamualaikum Ishah,nie aku nisa nie.." Nisa mnghubungi Ishah dia rasa dia perlu berdepan dengan ishah dan membuka cerita..
"Waalaikumsalam Nisa, kau ke lama aku tak dengar cerita..tup..tup telefon aku..ada apa2 ke nie..??Ishah ceria mendengar suara sahabatnya Nisa,lama sungguh dia tidak mendengar suara itu..selepas dia berumah tangga semua kawan2nya hilang...
"Ishah aku on the way nak datang rumah kau nie..aku harap tak mengganggu ye.., eerhh..suami kau ade rumah ke..??
"Ehh..kau nak ke sini ke nisa,baguslah...dah lama kita tak jumpa...tak de hal punya...suami aku pun ada dia cuti nie.."Ishah berasa seronok kerana Nisa ingin datang ke rumahnya..

Tak berapa lama,Nisa tiba di rumah Ishah...dia membawa sedikit buah-buahan,hajatnya bukan sahaja ingin menemui Ishah tetapi ingin melihat keadaan Fairez yang kemalangan..dia rasa sangat bersalah sebenarnya...

Kehadiran Nisa disambut mesra oleh Ishah,kedua sahabat itu berpelukan mesra...

" Nie buah-buahan untuk suami kau..,macam mana keadaan suami kau ishah..?Fairez tak cedera teruk kan..?? Soalnya kepada Ishah dalam keadaan sedikit risau...
"Fairez dia ok,cuma cedera ringan jerr,tangan dia patah...aku pun tak tanya dia lagi macam mana dia bole kemalangan..dia tengah tidur kat atas tu..." Jawab Ishah jujur...
"Tapi macam mana pula kau bole tahu Fairez kemalangan Nisa..??" Soal Ishah kehairanan ,setahunya dia tak pula bercerita atau memberitahu apa2 pada Nisa di telefon tadi...dia pelik..
"Suami kau tak cerita apa2 ke Ishah..?" Nisa pula yang menyoal Ishah kembali..
"Takk....Fairez belum cerita apa2 pun pada aku...,lagi pun aku tingok dia letih ,malas pulak nak tanya...,kenapa Nisa..kau tahu apa2 ke??..Ishah kembali menyoal sahabatnya itu,tika dia melihat wajah Nisa dalam kekeliruan..
"Sebenarnya..macam nie Ishah..sebenarnya...aku yang langgar Fairez semalam...waktu tu aku tak perasan ada sebuah kereta nak masuk simpang,aku plak nak keluar simpang...mungkin kerana kami masing2 leka,lalu kereta kami bertembung,aku dapat kawal kereta aku,tapi aku tengok kereta Fairez terbabas dan melanggar tiang lampu..aku tak tahu itu Fairez...tapi lepas ada orang keluarkan dia dari kereta,masa tu baru aku perasan itu fairez...aku terus suruh dia orang bawa fairez ke kereta aku dan aku yang bawa Fairez masuk hospital...maafkan aku sebab tak hubungi kau semalam...masa tu keadaan panik dan aku sendiri kelam kabut .... aku harap Fairez tak marah aku dan dia tak apa2 kan ishah..?' Suara Nisa sedih,dia benar2 tak menyangka lalu dua sahabat ini berpelukan semula...
"Shuuu...shhhuu...Nisa..ini semua dah nak terjadi,tak de siapa pun nak hal macam nie berlaku....bertenang ye...semuanya ok,Fairez pun cuma patah tangan sahaja,aku tengok dia tak apa2 pun...ko jangan risau yerr...nanti kau bole jumpa dia sendiri ye...jap lagi aku nak panggil dia makan tengah hari nie..kau makan tengahari bersama kami ye Nisa..."Pelawa ishah lembut,dia tahu perasaan Nisa tika itu,pasti Nisa merasa bersalah pada Fairez...patutlah Fairez pun tak bercerita apa2 tentang kejadian itu...


Selepas kejadian itu,Nisa sering ke rumah Ishah..kadang2 dia bermalam di rumah Ishah,menemankan Ishah jika Fairez ke luar daerah...hubungan mereka akrab kembali....Fairez juga kadang2 ramah berborak dengan Nisa..Ishah rasa gembira kerana dia merasakan dirinya kembali mempunyai sahabat..pada Nisa lah tempat dia selalu bercerita dan meluahkan perasaanya...

"Kau tahu tak Nisa,sebenarnya aku dan Fairez selalu kesunyian...rumah tangga kami sunyi tanpa ada suara kanak2 menangis dan ketawa...kami teringin nak anak ... aku kesian sangat pada Fairez..." Ishah meluahkan kata2 dalam hatinya pada sahabatnya Nisa,dengan Nisa sahaja dia boleh bercerita...dahulu kalau semasa arwah ibunya masih ada,dia bole bercerita dan meminta nasihat...tapi selepas ibunya meninggal setahun yg lalu akibat serangan jantung, dia seperti hilang sahabat...semua yg berlaku dipendamkan sendiri hanya kata2 nasihat ibunya yg masih dipegangnya...menyuruh agar dia selalu bersabar dan jadi isteri yg dapat membahagiakan suami...perlahan air matanya menitis...dia rasa sayu teringatkan ibunya,kerana dia merasakan dirinya masih belum mampu membahagiakan fairez....

Nisa memujuknya dan menenagkan Ishah,walaupun sebelum ini dia merasa sedikit cemburu bila melihat kemesraan Ishah bersama suaminya...dia merasakan Ishah beruntung kerana punya suami penyanyang dan penyabar seperti Fairez,sedangkan dia masih belum pun mempunyai calon untuk di buat suami....
"Sabar Ishah...,mungkin rezki kau orang berdua belum ada...lagipun Fairez layan kau dengan baik..aku percaya Fairez tak kesah dan tak terlalu mendesak nak anak kan.." Nisa memujuk Ishah lagi...dilihatnya Ishah hanya menundukkan muka sambil tersendu...
"Ya aku tahu Fairez sayangkan aku..,tapi kadang2 aku rasa takut dan aku rasa kadang2 kami semakin jauh...." Ishah pejam mata...dia dapat rasakan sesuatu di sebalik tingkah laku suaminya...walaupun Fairez melayannya dengan baik seperti selalu...tetapi entah mengapa...dia tetap berasa yang hati mereka berjauhan...Fairez jauh darinya.....
"Ishah...itu cuma mainan perasaan kau, jangan ikutkan perasaan Ishah...Fairez tak akan sia2 kan kau..percayalah..." Nisa memberi keyakinan pada Ishah,simpati pula dia merasakan pada sahabatnya itu....tak sangka dia sama sekali...banyak cabarannya hidup berumahtangga , dia yakin pasti suatu hari nanti dia juga akan merasakan asam garam hidup berumah tangga....entah kenapa...tiba2 wajah Fairez suami Ishah yang datang tersenyum dalam benak fikirannya....cepat2..dia tersedar dan mengusir bayangan lelaki itu...dan dia melihat Ishah berlalu masuk ke dalam rumahnya...Nisa melihat di sekeliling halaman rumah Ishah...sememangnya rumah itu sunyi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan