~NUFFNANG KLIK-KLIK~

~SELAMAT DATANG~

KEPADA SEMUA TETAMU TERHORMAT SAYA TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KERANA KESUDIAN ANDA SEMUA UNTUK SINGGAH KE HALAMAN SAYA INI.
DI SINI SAYA AKAN MEMBAWA ANDA SEMUA UNTUK MASUK SENDIRI KE DUNIA CERITERA CEREKA CERITA MENARIK DARI SAYA.SEKADAR MENGISI WAKTU YG TERLUANG ...IZINKAN JARI JEMARI INI MERAYAP PADA HURUF-HURUF ABJAD ,MENAIP KISAH DEMI KISAH BAIT DEMI BAIT BERSAMA ILHAM YG BERTANDANG.HARAP MAKLUM...LAMAN INI HANYA SEKADAR TEMPAT ANDA MENUMPANG SINGGAH DAN TIDAK ADA BAYARAN DIKENAKAN.

TERASA INGIN BERKARYA....BERKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA.MANALAH TAHU JIKA SATU HARI NANTI DIIZINKAN KEPADA SAYA UNTUK MENJADI PENULIS NOVEL....HAHA..NAMUN TIDAKLAH HINGGA KE SITU, MIMPI SAYA DI SIANG HARI..

SELAMAT MEMBACA.TERIMA KASIH.SEBARANG KOMEN AMATLAH DIALU2KAN...

Rabu, 24 Februari 2010

CEMPAKA DIREMBULAN PART 9

############################

Ishah mengatur pertemuannya dengan Nisa,walaupun Nisa agak keberatan untuk menemuinya dan memberi bermacam2 alasan....akhirnya Ishah yang akur dan dia sendiri yg akan pergi ke rumah Nisa berdepan dengannya...sememangnya dia perlu bersemuka dengan Nisa, terlalu banyak yang ingin Ishah tahu dari mulut Nisa sendiri...adakah benar nisa mencintai suaminya Fairez dan adakah selama ini Nisa yg memburuk2an dirinya serta menyebarkan semua fitnah terhadap dirinya...andai benar Nisa yang melakukannya...'Tapi kenapa?..kenapa Ya Allah Nisa begitu..??' persoalan2 yang bermain di benak hati dan fikiran Ishah selepas pertengkarannya dengan Fairez semalam...pedih hati Ishah,Ishah sudah menganggap Nisa seperti saudara kandungnya sendiri...

Akhirnya Ishah sampai juga dihalaman rumah sewa Nisa...dia melihat kereta Nisa ada di dalam garaj...sunyi sepi...mungkin Nisa seorang dirumah duganya,dengan lafaz Bismillah... Ishah melangkah masuk dan meninggalkan keretanya di luar pagar...pagar Ishah tidak berkunci,inilah kali pertama Ishah datang ke rumah Nisa,setelah Nisa tidak tinggal lagi duduk bersama keluarganya tempohari...Ishah mengumpul kekuatan untuk berdepan dengan Nisa nanti....

" Assalamualaikum..." Ishah melaungkan salam di hadapan pintu rumah...namun salamnya tidak bersahut ..lama...

"Waalaikumsalam..." Muncul Nisa dihadapan pintu rumahnya dengan wajah yg tidak mesra menyambut kedatangan Ishah.....lalu melangkah keluar dan duduk di kerusi rehat yang terdapat di halaman rumah sewanya itu...dia tahu apa hajat Ishah untuk menemuinya...dia sudah menduga pasti Ishah akan datang mencarinya setelah semalam Fairez bercerita segala2nya yang terjadi...dalam hati dia tersenyum puas...

Ishah akur dan berjalan perlahan menghampiri Nisa yg kelihatan mukanya sembab mungkin baru bangun tidur....Ishah berfikir sendirian..
"Nisa kau ok kan..." Ishah masih berbahasa dan sementara waktu dia menolak ke tepi dahulu perasaan dukanya,dia perlu berbicara dengan Nisa secara lembut...mungkin Nisa ada sebab tersendiri melakukan semua ini...hati Ishah masih lagi memandang baik terhadap diri Nisa sahabatnya yg telah menimbulkan
banyak masalah di dalam rumah tangganya....

" Ishah aku tahu apa hajat kau nak jumpa aku...jadi teruskan sahaja dengan apa niat kau tu..apa yang kau nak tahu.." Nisa bersuara keras sambil menjeling seketika pada Ishah....

"Erkkk...sebenarnya...sebenarnya Nisa,aku datang ke sini nak minta penjelasan dari kau sendiri Nisa.." Walaupun agak terkejut dengan kata2 dari Nisa ,Ishah cuba bertenang dan menyabarkan dirinya,lagi2 keadaan dirinya tika itu yang sarat mengandungl 6 bulan..dia menarik nafas dalam2 sebelum menyambung kata...
"Nisa betul ke kau dengan Fairez.."Tak sanggup rasanya lidahnya ingin meluah..dia sedikit sendu....dan duduk di kerusi bersebelahan dengan Nisa...

"Maksud kau..bercinta..." Nisa menyambung sinis kata2 Ishah dia tersenyum dan bangun dari duduknya....berdiri membelakangi Ishah...
"Kenapa kau buat macam nie pada aku Nisa...?,apa salah aku pada kau?..." Ishah bersuara sendu,dia terlalu sedih melihat sikap Nisa yg kasar terhadap dirinya...terasa seperti dirinya sedang dipersendakan dengan sahabat karibnya sendiri...selama ini mereka tidak pernah bermasam muka...

"Hati aku sakit Ishah...hati aku sakit....,aku tak faham kenapa dari dulu sampai kau dah kawin nasib kau selalu baik dari aku...lepas kau rampas Zul dari aku,bukan main lagi kau tunjuk bahagia kau depan aku..setiap hari kau cerita semua kisah cinta kau dengan aku...sedangkan kau tahu sendiri Ishah..,Zul tu kekasih aku yg pernah aku sayang,tapi kau rampas dia dari hati aku..."Nisa meluahkan segala perasaanya dihadapan Ishah...segala kepedihan hatinya dan dendam yg sudah sekian lama dipendamkan dalam hatinya,dia sakit hati ,jika melihat Ishah bahagia....dia rasa sungguh tak adil jika hanya dirinya sahaja yg ditimpa kecewa.....

"Apa maksud kau Nisa,aku tak faham...." Ishah bersuara perlahan sambil memandang terus ke arah Nisa...dia tak faham kenapa Zul yang dibangkitkan bukannya Fairez suaminya kini...

"Kau bukan tak faham..tapi sengaja tak mahu faham...look Ishah..,Kalau dulu zaman kita belajar kau lah yg paling glamour dan semua pujian jatuh di tangan kau...semua budak lelaki kecewa kalau sayang mereka tak bersambut...aku dah bosan jadi posmen tak bergaji kau tuhh menyampaikan salam semua budak lelaki yg bodoh tu hanya untuk budak perempuan yg perasan bagus macam kau nie..." Nisa menarik semula Ishah pada kenangan zaman persekolahan mereka dahulu,kerana sejak dari situlah perasaan dendam dan sakit hatinya pada ishah bermula....

"Nisa....itu dah lama berlalu Nisa...kenapa kisah zaman persekolahan kita yg dah lama berlalu pula yg kau kaitkan..." Ishah semakin pelik dan sesekali dia teringat zaman remajanya dahulu....dia tak menafikan yg sememangnya dia menjadi rebutan budak2 lelaki di sekolah dahulu sehingga sampai ke kolej dan peringkat PJJ di Universiti...namun dia tak pernah melayan semua peminatnya itu..kecuali hanya seorang sahaja Zul....namun kasihnya bersama Zul juga tidak sampai kemana...

"Memang itu semua dah berlalu...tapi aku terlalu sakit hati dengan kau Ishah...Zul teman lelaki aku ..kau rampas dia dari aku Ishah...itu yg aku tak bole maafkan kau...sampai sekarang..."Suara Nisa mula bergetar dan dia duduk kembali....

"Tapi Zul bukan milik aku lagi...Fairez yg jadi suami aku sekarang Nisa...kenapa Fairez pula yg kau buru ..."Ishah pula yg merasa kecewa...tak sepatutnya Nisa memusuhinya dan merosakkan rumah tangganya hanya kerana kisah silamnya....

"Itu buat aku puas Ishah...aku puas bila Fairez suami kau tuhh tergila2kan aku,dan sanggup berpaling meninggalkan kau...haha..."Nisa ketawa sinis dan menjeling tajam ke wajah keruh Ishah....

"Kau dah gila Nisa...kau sakit jiwa...Fairez suami aku dia tak tahu apa2...dia tak bersalah...kenapa kau libatkan dia Nisa...kenapa...??" Ishah merasakan Nisa melampau dan keterlaluan...rasanya ingin sahaja dia mengerjakan Nisa saat itu...namun dia masih lagi waras dan dia menyedari dia tak terdaya dengan keadaan dirinya tika itu...

"Aku sayangkan Zul Nisa...puas aku cuba untuk dapatkan dia...tapi kenapa dia pandang kau sorang sahaja...." Nisa mula beremosi....

"Nisa , kau kan tahu aku dengan Zul bercinta dan rapat hanya selepas kami tamat persekolahan....dan aku tak pernah menyangka kau adalah kekasih Zul...Zul banyak berahsia dengan aku Nisa...Zul juga melukakan hati dan perasaan aku dahulu..." Ishah meluahkan segalanya tentang siapa Zul yg sebenarnya...Zul meluahkan perasaan cintanya juga sewaktu Ishah hampir berkahwin...jadi ishah tak bersalah Ishah juga tak pernah merampas...bisik hati Ishah lagi...
"Kau bole jumpa Zul sekarang Nisa..Kau tanya dan minta penjelasan semua denganya sendiri.."Ishah bersuara lagi....menenangkan situasi..

"Aku dah jumpa Zul dia bakal berkahwin..dan aku tahu dia berada dimana...dan aku juga tahu kau pernah berjumpa dia serta menghubunginya..." Nisa memandang Ishah sekilas...

"Jadi kau yang buat fitnah pasal aku dengan Zul pada Fairez...?, untuk apa Nisa...apa yg kau dapat dengan merosakkan rumah tangga aku....Semua yg berlalu bukan salah aku...aku tak minta pun semua tu Nisa..."Ishah bersuara lagi,dia semakin tak faham kenapa Nisa bersikap begitu...hanya kerana berdendam tak dapat memiliki Zul...namun dia juga bukan milik Zul..tetapi Fairez..'aaahh..Nisa sememangnya gila...' jerit hati kecil Ishah merintih...

"Memang semuanya aku lakukan,untuk buat diri kau jauh dari Fairez....aku memang tak pernah puas bila tengok kau bahagia Ishah...tak pernah puas....dan sekarang aku dapat mengatasi semuanya milik kau...hahaha..." Nisa ketawa sendirian...dia ingin pastikan Ishah jatuh dan terus jatuh...biar ishah tahu rasa sakitnya hati bila menghadapi kegagalan dan kekalahan..terlalu lama dia berpura2 baik dan menipu dirinya...terlalu....kini dia mampu tersenyum puas mendengar tiap rintihan Ishah dan masalah hidupya yg tak gembira,,,..syaitan dan hawa nafsu menguasai hati Nisa...dia tak gentar untuk meruntuhkan masjid Ishah dan Fairez...dia langsung tak berfikir tentang dosa dan pahala...janji hajat dan dendammya terbalas....

"Nisa....kau dah miliki segalanya Nisa,kau bole berjaya dan kau bole dapat orang lain yg bole bahagiakan kau nanti...kenapa mesti Fairez..dia bukan alat pertaruhannya Nisa...Bukan..."Ishah sedih dan pilu dengan sikap Nisa...
"Kau tak akan pernah menang Nisa,jika hati kau kotor dan penuh dendam...." Ishah memberi ingat lagi kepada Nisa,agar Nisa kembali sedar dengan keterlanjuran dirinya itu...

Tiba2...ada suara lelaki kedengaran memanggil nama Nisa dari dalam rumah...dan kedua mereka ini menoleh bersama ke arah pintu dan kelihatan seorang lelaki yg gayanya masih terkulat2 seolah baru lepas jaga dari tidur....dan lelaki itu cukup Ishah kenali....

"Tak mungkin...." ....'Fairez...' luahan hati Ishah hanya di dalam hati..matanya tak berkelip memandang lelaki yg muncul di hadapan pintu rumah Nisa...

Ketiga2 mereka hanya saling berpandangan.....Fairez dalam situasi yang terkejut....Ishah apatah lagi ...hatinya bagaikan terputus dan darah membuak2 tika itu.....lalu Ishah melangkah laju ke keretanya sambil menahan sendunya..dia tak mampu untuk berpaling lagi dan terus memecut keretanya laju......

"Ishahhh!!...."Laung Fairez sekuat hati....

Nisa hanya tersenyum puas memerhatikan kejadian dihadapan matanya.....

Fairez terduduk kekesalan,memerhatikan jejak Kelisa Ishah yang semakin jauh dari pandangan....hatinya penuh kekuatiran jika hal itu diberitahu kepada ibu dan ayahnya nanti.....dia bukan sengaja bermalam di rumah Nisa,dia tak sengaja...kepalanya tiba2 pening sewaktu keluar minum bersama Nisa malam tadi...dan pagi itu bila dia sedar semula , tahu2 dia berada di rumah Nisa....itupun bila melihat gambar foto Nisa berada di setiap sudut dalam rumah itu....dia keluar memanggil nama Nisa tika mendengar suara Nisa di halaman rumah...dan dia tak menyangka ishah juga berada di situ.....Fairez hanya mampu menggeleng kepala..dia mula berfikir sendiri kecurangan ishah juga adalah sama sepertinya....
############################################################

############################################################

Ishah sampai di rumahnya masih dalam keadaan sendu,dia naik terus ke tingkat atas masuk ke biliknya....dia melepaskan semua tangisan dari hatinya....dimatanya seolah2 dia melihat Fairez dan Nisa masing2 mentertawakan dirinya...semakin sakit hati Ishah ,perasaannya bercelaru...segera dia mencari beg pakaian dan memasukkan sebahagian pakaiannya ke dalam beg dan meluru turun ke bawah...Ishah duduk sebentar di ruang tamu rumahnya sambil mencatat sesuatu pada sehelai kertas....sambil tersendu dan menangis...segala apa yg dialaminya hari itu segar dalam ruang fikirannya.....Ishah nekad...biarlah dia pergi meninggalkan rumah itu,apalah lagi yang ingin dinantikannya...setelah kesetiaannya selama itu dikhianati oleh suami dan teman baiknya sendiri....Ishah terlalu terluka lebih2 lagi dalam keadaan dia mengandungkan zuriat Fairez sendiri,Fairez menafikannya.....malahan lagi sakit hatinya melihat Fairez berada sama dirumah Nisa...'Ya Allah...selamatkanlah suami ku dari kesesatannya....aku reda Ya Allah andai ini suratannya....dan aku tak mahu bersubahat di sebalik kecurangan suami ku ini...berilah dia petunjuk mu...' sempat ishah berdoa untuk Fairez...Ishah pasti Fairez terjerat dengan perangkap Nisa....

Surat itu dilipat cermat dan diletakkan di atas meja ,kunci kereta kelisa pemberian Fairez juga Ishah letak bersebelahan dengan surat yg dilipatnya tadi...Ishah telefon teksi dan dia ingin cepat2 keluar dari rumah itu....Sebelum pintu ditutup,sempat Ishah melihat semua isi rumah itu buat kali yang terakhir..'Entah ada atau tidak peluang lagi untuk aku kembali dan berada di sini....' Ishah bersuara perlahan...sambil menutup pintu rumah hatinya turut sepi dan sunyi..kosong dan gelap.....'Selamat tinggal abang ,maafkan Ishah....' air matanya tumpah lagi di pipi sebelum kakinya melangkah keluar dari pintu rumah banglo satu tingkat itu sejak sekian lama dia menjadi penghuninya....tanpa menoleh lagi,Ishah menjinjing beg pakaiannya dan masuk ke perut teksi yg telah menantinya ... dan deruman enjin teksi itu adalah umpama seperti lambaian terakhir dari Ishah pada rumah banglo satu tingkat yg kaku dan semakin sunyi itu......

#############################################################


"Ishah...Ishah..." Jerit suara Fairez dari bawah memanggil nama isterinya..lantas fairez berlari ke tingkat atas..disangka Ishah ada di rumah kerana melihat Kelisa Ishah di garaj letak kereta...kosong tiada suara dan bayang Ishah di situ...Fairez resah seketika....

Di atas meja sudut ruang tamu Fairez lihat ada sepucuk surat tertera namanya dan kunci kereta Ishah...dia mencapai dan membaca nota yang Ishah tinggalkan untuknya...

Assalamualaikum ...

Abang....Maafkan Ishah kerana meninggalkan rumah ini tanpa izin...tapi Ishah rasa tak ada gunanya lagi Ishah berada di rumah abang , Ishah tak mahu abang terus bergelumang dengan dosa dan maksiat...baliklah ke rumah abang semula dan Ishah rela kalau Nisa jadi madu ...tapi tak kan rela tengok abang terus bergelumang dengan dosa....Maafkan Ishah abang...

Ringkas kata2 isi surat Ishah....Namun semakin menjadikan Fairez bengang dan sebal....
"Tak guna....kau fikir kau baik sangat...huhh.."Fairez mendengus kasar dan terus keluar rumah...dalam hatinya betul2 tercabar dengan apa yg Ishah lakukan padanya.....dia tak menyedari bahawa segalanya adalah berpunca dari kebodohan dirinya sendiri...Fairez tak pasti sama ada dia gembira atau sebal dengan perasaannya tika itu.......yang pasti sesekali hatinya turut sedikit terdetik merasa kehilangan Ishah...'Aaahhh....' sebahagian hatinya sakit dengan tindakan nekad Ishah....


"Nahh..." surat Ishah di campakkan dihadapan Nisa.....
"Apa nie??.." Soal Nisa kehairanan sambil melihat Fairez berjalan mundar mandir dihadapannya tika itu....lalu dia mencapai surat itu dan membacanya...
"huhh...so...ko nak salahkan aku..." Nisa bersuara selamba,baginya tiada apa yg hendak dikesalkan....
"Ishah dah tinggalkan aku...dan sekarang dia fikir kita dah bersekedudukan bersama....aku tak nak benda nie sampai mak ayah aku tahu...teruk aku nanti.." Fairez kerisauan dia gusar jika Ishah memberitahu kepada mak dan ayahnya....
"Habis tu kau nak suruh aku buat apa...cari Ishah ...heiiii...itu bukan masalah aku... kau suaminya,kau carilah dia sendiri..." Nisa hanya bersikap selamba dan lepas tangan....
"Aku nak kita kawen Nisa..kau baca sendiri surat tu ,Ishah izinkan kita berkawen..." Fairez merenung Nisa sambil menggenggam tangan Nisa..
"What's...hello...Fairez..kau sedar tak apa yg kau cakapkan nie..." Nisa bersuara sambil tergelak dia bangun dan merentap tangannya dari genggaman Fairez...
"Jangan jadi bodoh Nisa...bukan ini kah yang kau nak..."Fairez agak terkejut dengan sikap Nisa yg hanya selamba dan tidak rasa apa2 bersalah....
" Heii...Fairez ..kau tu yg bodoh...kau ingat kau tu siapa?...kau tu bekas kawan aku Ishah...tak layak langsung untuk aku jadi pengganti dia....dan aku tak pernah ada perasaan apa pun dengan suami bodoh macam kau nie..." Nisa mula memainkan peranannya pada Fairez...baginya lelaki itu hanyalah sebagai alat untuk dia memusnahkan Ishah....
"Kurang ajar...apa kau cakap...#@#$%&*&#' Fairez naik angin dan tangannya dihayun tinggi untuk menampar Nisa....namun...
"Heiii...jangan jadi dayus k nak pukul perempuan...Kau tak tahu malu kerr.."

Tiba2....satu tangan memegang tangan Fairez dari belakang dan satu tumbukan pula yg dihadiahkan kepada Fairez setelah lelaki itu habis berkata2....fariez tersungkur...dan mulutnya berdarah....

"Halau dia dari sini..." Nisa memberikan arahan kepada lelaki yg baru muncul tadi...

"Ingat jangan bagi aku nampak muka kau lagi kat sini....Nisa tunang aku faham...." suara lelaki itu keras memberi ugutan kepada Fairez...

Fairez berjalan terhoyong hayang ke keretanya...kepalanya begitu berat...dia tertipu...'..Ishahhhhh....' laungnya di dalam hati .....



############################################################


Dua minggu Ishah berada di rumah kak Ain,Ishah memberitahu Kak Ain Fairez keluar daerah...dan kerana itu Ishah pulang sendirian...Ishah tak berani nak bercerita kepada sesiapa tentang perbuatan Fairez terhadap dirinya...Ishah juga tak mahu menyusahkan Kak Ain,pasti kak Ain akan susah hati..duga Ishah...Namun sekuat manapun Ishah , lama2 dia tak dapat menyembunyikan kedukaan dirinya..kadang2 Ishah termenung dan menangis sendiri...Ishah teringatkan Fairez di rumah..dia rindukan Fairez ,namun hatinya menjadi sakit bila teringatkan apa yg Fairez lakukan terhadapnya...

"Ain..abang tengok si Ishah tu asyik bersedih je..ada masalah tu abang rasa..." Abang Malik suami kak Ain bersuara..tatkala dia ternampak Ishah sedang bermurung sendirian berdiri di tepi tingkap....
"Entahlah bang...saya ada juga bertanya..kalau2 dia ada masalah apa2 ke..tapi dia masih diam dan belum pernah nak ceritakan apa2 pasal masalahnya tu...mungkinlah bang,Ain pun rasa macam tu.." Ain kakak kandung Ishah turut bersetuju dengan kata2 suaminya itu...dan hati kecilnya cuba meneka sesuatu...sudah dua minggu Ishah di rumahnya,namun tak pernah sekali pun dia mendapati adik iparnya Fairez menghubungi Ishah...
"Pergilah tanya si Ishah tu..kot dia nak kita bantu apa2 ke..., si Fairez tu lama lagi kerr pergi Brunei tu....?"
"Err...entahlah bang,Ishah kata tak pasti bila Fairez balik..katanya tunggu Fairez yg datang sendiri ambil dia nanti...nantilah bang saya cuba tanya Ishah lagi..apa masalahnya tu.."
Risau mereka melihat keadaan Ishah yang asyik termenung dan murung....Ishah juga tak lalu makan..katanya tak berselera....mereka menyangka mungkin kerana Ishah mengandung atau rindukan Fairez yg berjauhan dengannya....

################################################

################################################

Di rumah Fairez kelihatan resah...dia masih tak puas hati dengan apa yg Nisa lakukan terhadapnya...hatinya begitu geram...dia tak kan melepaskan Nisa sebegitu sahaja...
"Urusan kita belum selesai Nisa....Kau tunggu aku..." Fairez menggengam penumbuknya dan menumbuk meja yg berada di sudut ruang tamu rumahnya.....
Dia takkan melepaskan Nisa begitu sahaja...sudah banyak duit yg Fairez keluarkan untuk Nisa dan Nisa juga masih berhutang RM10,000 dengannya.....Mati-mati Fairez ingat Nisa benar2 cintakan dirinya..setelah dia tahu Ishah curang...rupa2nya Nisa juga seperti Ishah tak jujurrr....
"Penipuuuu.." Jerit Fairez sambil menendang pasu bunga di sebelah meja itu...habis berderai pasu tembikar hiasan milik Ishah dan berterabur semua bunga2 plastik dari jambangan....dia meraup wajah tanda kehampaan...sesekali bayangan Ishah muncul dari fikirannya..tersenyum dan melambai ke arahnya.....Fairez capai remote tv dan...'Prangg..' gambar perkahwinan dia dan Ishah yg ada di atas tv pula jadi habuannya jatuh ke lantai bingkainya tercabut dan cerminnya pecah.....puas hati Fairez setelah membalingkan remote tv ke arah gambar itu tadi....dia bergegas mencapai kunci keretanya dan berlalu keluar.....hatinya dikuasai amarah dan hasutan syaitan...Fairez lupakan Allah dan tanggungjawabnya sebagai seorang hambanya.....

Fairez memberhentikan keretanya setelah melihat kelibat Nisa masuk berseorangan ke dalam sebuah pusat kecantikan...lama dia menunggu Nisa keluar semula dari pusat kecantikan itu....Setelah 15 minit menunggu ,barulah bayang Nisa keluar semula....dia terus mengikuti Nisa dari belakang yang berjalan kesaorangan ,setelah pasti keadaan lengang Fairez menarik lengan Nisa dari arah belakang...
"Kau tak kan terlepas dari aku Nisa...." Fairez menarik Nisa keseberang jalan dan membawa Nisa berhampiran parking kereta...keadaan agak tertutup dan tak ramai orang yg lalu lalang....
"Eehhh...apa yg kau nak lagi hahh...kau nak mati ke..." Nisa menjerit dan merengus kasar,sambil meronta ingin melepaskan tangannya....
"Sekarang aku nak kau berterus terang dengan aku...apa muslihat kau sebenarnya,dan siapa lelaki yg pukul aku hari tu hahh..."Fairez menarik rambut Nisa yg panjang paras bahu,dia tak mengira keadaan Nisa tika itu...
"Sakittlah bodohh.." Nisa cuba melepaskan rentapan tangan Fairez....
"Hahaha...kau tu yg bodoh Fairez,terlalu mudah jatuh ke tangan aku..." dalam keadaan tegang itu Nisa masih sempat menyemarakkan lagi kemarahan Fairez terhadapnya....
Fairez menolakkan Nisa...Nisa jatuh...tiba-tiba satu suara dari arah belakang....
"Heiii!!...."
Fairez menoleh dan dilihatnya kelibat lelaki yg memukulnya kelmarin bersama dua orang lagi lelaki datang ke arahnya...Fairez tak tunggu segera dia berlari meninggalkan Nisa yang masih terduduk kesakitan.....


***

Fairez menerima surat amaran dari Syarikatnya kerana dia sudah tidak menghadirkan diri beberapa hari ke pejabat dan prestasi kerjanya menurun dengan teruk...dia diberikan cuti oleh majikannya untuk menstabilkan keadaan emosi dirinya yg telah sedikit sebanyak menjejaskan syrikatnya.....Fairez keluar dari Syarikatnya dalam keadaan bengang dan sakit hati.....selama dia bekerja inilah kali pertama dia ditegur sendiri oleh pihak atasannya dan mereka menyela sikap Fairez yg sering datang lewat dan mengabaikan tugas Syarikat....Fairez berjalan menuju ke parking letak kereta dengan hati yg panas,dia tidak sedar waktu itu ada sebuah kereta yg asyik memerhatikan langkahnya dari belakang......

Sewaktu ingin masuk ke dalam kereta...dua orang lelaki yg tidak dikenali menahannya dan terus menumbuk perut Fairez,Fairez jatuh tergolek di tepi longkang...kemudian satu lagi sepakan hinggap di tulang rusuk kiri Fairez...waktu itu Fairez rasa sesak nafas....tanpa dapat bertahan dan membalas asakan dari dua orang lelaki itu..penglihatan Fairez manjadi kabur....dalam keadaan separuh sedar...Fairez nampak Nisa brjalan tersenyum ke arahnya dan mengeluarkan kata2 yg tak dapat Fairez pastikan...dan dia ditinggalkan tergolek bersendirian di situ.....

" Ya Allah..En.Fairez apa yg terjadi nie...siapa pukul En.Fairez...." Rosli terkejut tika dia melihat ada seorang lelaki yg terbaring bersebelahan dengan keretanya,sekali dilihat rupanya Fairez yg sedang mengerang menahan kesakitan....waktu itu memang tidak ada sesiapa yg berada di situ...hanya Rosli yg waktu itu keluar pejabat untuk ke Bank...
"Tolong hantarkan aku ke Klinik Rosli..." Fairez bersuara sambil cuba bangun dan dipapah oleh Rosli masuk ke dalam keretanya....



#########################################################

' Bila Bulan Tersenyum di Balik Awan ,
Akan Mampu Terlihatkah Sinarannya Menghias Malam....'


"Fairez...sampai hati kau buat begitu pada isteri kau sendiri Ishah...semalam mak telefon Ishah,dia kata dia kat kampung rumah Kak Ain nya..,Kau dah lupa ke Ishah tu tengah sarat mengandung kau tahu...dah sebulan lebih kau tinggalkan isteri kau kat sana Fairez..." Marah Puan Zawiyah kepada anak lelaki tunggalnya yang seorang itu,sambil diperhatikan Pak Zain suaminya....
"Sekarang ayah nak tahu,apa masalah kau nie Fairez..? kau tengok diri kau tu sekarang..berserabut dah tak terurus...?" Pak Zain mula bersuara,menyambung leteran dari isterinya itu terhadap Fairez....
"Biarkanlah dia kat sana...Fairez dah tak boleh nak kawal dia...bukan Fairez yang suruh dia pergi mak ayah..." Fairez menjawab acuh tak acuh sambil jejari kakinya menguis2 karpit tebal dihadapan mak dan ayahnya yang sedang memerhatikan dirinya.....
" Heii..!!...kau lupa tanggungjawab kau sebagai suami ya Fairez....Ishah atau diri kau yang dah tak boleh nak dikawal..,kau beritahu ayah...?" Pak Zain mula meninggikan suaranya ,tatkala melihat tingkah laku selamba anaknya itu yg menyakitkan hatinya....
" Kami tak percaya Ishah seperti apa yg kau cakapkan Fairez...Selama nie kami perati kau yang selalu keluar rumah,out station sana sini ,Ishah kau abaikan sendiri....Jangan kau cakap pula pada kami Ishah yang tak boleh kau kawal..."Marah puan Zawiyah pula terhadap Fairez...
"Mak..ayah...,Sekarang nie Fairez atau Ishah anak mak ayah..? kenapa mak ayah tak percayakan anak sendiri....Ishah isteri yang curang dengan suami mak..ayah,dan dia keluar rumah adalah dengan kehendak hatinya sendiri...saya sendiri tak percaya anak yang dia kandung itu adalah anak saya....."

"Panggg.." satu tamparan hinggap di pipi kiri Fairez,dan terasa perit di bibirnya..serasa lukanya yg baru sahaja sembuh akibat di belasah oleh lelaki yg bersama Nisa tempohari berdenyut2 kembali...
"Kau memfitnah isteri mu sendiri Fairez....AsstaufiruAllah...apa nak jadi dengan kau nie hahh.." Pak Zain terasa kemarahannya sampai ke kemuncak dan tiba2 arwah ayah Ishah, Mad Noor berada di ruang matanya tersenyum mesra...dadanya juga turut berdenyut2...dia meraba dadanya sambil terhenyak di sofa yg diduduknya tadi,setelah bangkit menampar Fairez yang keterlaluan....

Fairez memandang ayah dan ibunya dengan perasaan geram,sambil meraba2 pipi kirinya yg sakit ditampar oleh Pak Zain..,sakit hatinya bila keduanya membela Ishah....
"Ya Allah abang...sudahlah bang...bersabar bang....bawa mengucap..." Puan Zawiyah merapati suaminya sambil mengurut2 dada suaminya,dia turut kesal dengan sikap dan keterlanjuran kata dari Fairez anaknya....
"Ayah dan mak kau tak pernah mengajar kau jadi begini Fairez....kau mengecewakan ayah Fairez..." pak Zain bersuara sebak sambil di tenangkan lagi oleh isterinya....
"Apa buktinya, Ishah curang dengan kau..sampai kau memfitnah Ishah...cakap Fairez..." Nada Puan Zawiyah pula yang meninggi,geram dengan sikap Fairez dan risaukan pula suaminya itu yg tercungap2..menarik nafas....
"Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri mak...dan ada orang yg beritahu pada saya ,Ishah curang dengan saya kalau saya tiada di rumah..."Fairez menjelaskan segalanya dihadapan ibu dan ayahnya...'biar mereka tahu sendiri..' bisik hati kecilnya...
" Ayah tak percaya isteri kau buat perangai macam tu Fairez...dia menantu yang baik,hormat orang tua dan tak pernah tinggal solat....kau salah menilai Fairez...." Pak Zain bersuara dengan sebak,dia tak percaya menantunya itu seperti yang Fairez katakan....langsung..malahan dia yakin Fairez dan ishah di fitnah....
" Mak ayah..percayalah kata2 Fairez...Fairez tak tipu..." Fairez menghampiri ayah dan ibunya lalu duduk berteleku menyentuh lutut ayahnya dan memegang tangan ibunya....dia hilang kekuatan untuk meyakinkan mereka...hatinya sakit bila mengingatkan apa yg dilihatnya dahulu,Ishah keluar beriringan dengan Zul dari sebuah kedai cenderamata.....dan bertambah sakit dengan apa yg pernah Nisa ceritakan tentang Ishah....mengingatkan Nisa hatinya bertambah sebal....

"Ishah adalah calon pilihan ayah .... ayah pilih dia kerana ayah tahu hati budinya seperti apa..,dan ayah tak pernah silap memilih kebahagiaan untuk anak ayah sendiri Fairez...kalau pun kau tuduh dia curang dengan kau,ada kau lihat dia berselingkuh dan tidur dengan lelaki lain selain kau Fairez...??..ayah tak percaya...Kau jangan silap mentafsir Fairez,jangan suka mendengar hasutan orang luar yg mahukan rumah tangga kau runtuh..." Nasihat lagi Pak Zain kepada Fairez...dia rasa bersalah terhadap arwah Md Nor dan keluarga Ishah jika Ishah di sia2 kan....
"Tapii...Fairez cakap betul..mak ayah..." Fairez masih lagi ego dengan pendiriannya...dan buta hati dengan segala nasihat..
"Sudahlah Fairez...kalau betul kau sayangkan kami...kau bawalah Ishah ke sini,biar kami yang buat keputusan...pergi Fairez...,bawa Ishah ke sini...." Puan Zawiyah bersuara sendu sambil memberi arahan kepada Fairez agar ishah dibawa bertemu dengan mereka.....

##############

Tiada ulasan:

Catat Ulasan