~NUFFNANG KLIK-KLIK~

~SELAMAT DATANG~

KEPADA SEMUA TETAMU TERHORMAT SAYA TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KERANA KESUDIAN ANDA SEMUA UNTUK SINGGAH KE HALAMAN SAYA INI.
DI SINI SAYA AKAN MEMBAWA ANDA SEMUA UNTUK MASUK SENDIRI KE DUNIA CERITERA CEREKA CERITA MENARIK DARI SAYA.SEKADAR MENGISI WAKTU YG TERLUANG ...IZINKAN JARI JEMARI INI MERAYAP PADA HURUF-HURUF ABJAD ,MENAIP KISAH DEMI KISAH BAIT DEMI BAIT BERSAMA ILHAM YG BERTANDANG.HARAP MAKLUM...LAMAN INI HANYA SEKADAR TEMPAT ANDA MENUMPANG SINGGAH DAN TIDAK ADA BAYARAN DIKENAKAN.

TERASA INGIN BERKARYA....BERKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA.MANALAH TAHU JIKA SATU HARI NANTI DIIZINKAN KEPADA SAYA UNTUK MENJADI PENULIS NOVEL....HAHA..NAMUN TIDAKLAH HINGGA KE SITU, MIMPI SAYA DI SIANG HARI..

SELAMAT MEMBACA.TERIMA KASIH.SEBARANG KOMEN AMATLAH DIALU2KAN...

Rabu, 24 Februari 2010

CEMPAKA DIREMBULAN PART 10

#####################################################

Dihalaman rumah kak Ain Ishah termenung lagi...Semalam abang kandungnya datang dan bertanyakan padanya tentang Fairez..terpaksa Ishah menipu lagi mengatakan Fairez out station ke Brunei...ntah abang percaya ntah tidak..Kak Ain dan abang Malik semalam dilihat hanya memerhatikannya sahaja...mungkin Kak Ain yg beritahu abang Khairul tentang keadaan dirinya....duga hati kecilnya sendirian....Ishah memegang lembut perutnya yg munggil itu,terasa ada gerakan2 perlahan di dalam ...." Ibu harap kau lahir menjadi anak yang baik dengar kata ayah ,mak...ya sayang.." Ishah berbisik perlahan seolah dapat melihat bayi yang dikandungnya itu sambil matanya dipejamkan....fikiran Ishah kosong.....muncul wajah Fairez tersenyum melambai mesra ke arahnya....setitis air jernih meleleh di hujung kelopak mata Ishah......Ishah pendam dalam2 rindunya dalam hati untuk insan yang amat dirinduinya itu...'Abanggggg...' keluh Ishah dalam sendu....


"Ishah ..,akak dengan abang nie bukan nak masuk campur hal rumah tangga Ishah...tapi kami risaukan keadaan Ishah macam nie..." Kak Ain cuba bersuara untuk berbincang dari hati ke hati dengan Ishah,setelah kelmarin abang kandung mereka abang Khairul menyuruhnya bertanya sendiri dengan Ishah..mereka mengesyaki Ishah punya masalah dengan Fairez...
"Akak maafkan Ishah kak...Ishah dah cuba jadi isteri yang baik...tapi apa salah Ishah kak...."Akhirnya kata2 itu yang terluah dari mulut kecil Ishah dan dia menangis semahu2nya di bahu kakaknya itu...Ishah sudah tak mampu bertahan dan simpan semuanya lama2 bersendirian...bila malam itu Kak Ain dan abang malik suami kak Ain mengajakknya berbincang bersama di ruang tamu rumah mereka...Ishah sudah dapat mengagak pasti mereke ingin bertanyakan hal ini kepadanya....
"Sabar Ishah...sabarrr ya sayang...cerita pada kami satu persatu...." kak Ain mengelus2 lembut rambut Ishah , dan bahu adiknya itu di tepuk perlahan hati nya turut sayu...'rupanya ishah selama ini memendam rasa....' dia tak duga sama sekali...

Setelah tenang Ishah mula bercerita satu persatu, semua mata tertumpu ke arahnya,termasuk anak2 Kak Ain semuanya sekali ada memasang telinga,walaupun mereka berada jauh di bilik masing2....

"Kami dah agak dah ,dari awal lagi....mesti ada yang tak kena dengan kamu Ishah..." Abang Malik yg sedari tadi mendiamkan diri , hanya mendengar cerita Ishah dan percakapan isterinya akhirnya bersuara menyampuk...
" Elok kamu duduk sahaja sementara waktu dengan kami....dan tunggu si Fairez tu datang ke sini...sabarlah Ishah...dugaan untuk kamu dan Fairez..abang yakin Fairez akan datang jemput kamu nanti...." ABang malik bersuara lagi menenangkan perasaan Ishah sekali gus isterinya Ain yang kelihatan tidak berpuas hati terhadap Fairez suami ishah dan adik ipar mereka....
"Melampau betul si Nisa tuhh....nampak baik sahaja,tak sangka dia buat kau macam nie Ishah...." marah sungguh Kak Ain bila mendengar semua cerita dari Ishah....
"Kak..maafkan Ishah susahkan akak dan abang Malik sekeluarga..kalau abang Fairez tak jemput Ishah,lepas Ishah bersalin nanti Ishah akan cari rumah sendiri dan mulakan hidup baru...akak dengan abang Malik janganlah risaukan Ishah..Ishah tak apa2..." Ishah mengenggam jemari kakaknya sambil tersenyum kelat...
" Akak akan jaga kamu Ishah...jangan risau...." Kak Ain begitu sayu...Ishah cukup kuat semangat dan cekal hati...
"Dan kalau Allah takdirkan umur Ishah pendek...abang Fairez tak nak anak nie...akak jagakan untuk Ishah ya kak....semua belanja untuk anak nie Ishah dah sediakan,ada dalam buku simpanan Ishah....tolong Ishah ya kak...." Ishah memandang sayu ke dalam anak mata saudara kandungnya itu...,Ishah sudah bersedia segalanya...yang penting bayinya itu dilahirkan selamat ke dunia....Ishah merasakan kadang2 tubuhnya seringkali lemah dan tak berdaya.....namun dia tak kan berputus asa...'ajal maut ketentuan Allah' itulah kata2 yang menjadi penguat semangatnya.....
"Heiii...Ishah kenapa cakap macam nie...,kau tak kan apa2 Ishah...kau akan selamat dan anak Ishah juga...InsyaAllah..." kaK Ain merasakan kelainan dari kata2 Ishah dan menoleh memandang wajah suaminya yang sedang meraupkan tangan ke wajahnya dan menggeleng kepala..Mereka memerhati sememangnya Ishah sejak beberapa minggu yang lepas kelihatan tidak bermaya dan kurang sihat,Ishah banyak baring dan bermuram...kerana itu juga mereka mengambil keputusan untuk bertanya masalah yg Ishah hadapi....
"Doktor beritahu.., Ishah tak boleh lahirkan anak nie kak...rahim Ishah tak kuat dan boleh mengancam nyawa Ishah sendiri.....Tapi kalau Ishah gugurkan kandungan Ishah dahulu...berkemungkinan Ishah tak boleh hamil lagi , dan Ishah akan hampakan abang Fairez...." Ishah berbicara dalam sendu....dia mencari semula kekuatan dirinya,terasa lembut tangan kak Ain membelai rambutnya mesra dan Ishah membayangkan tika kecilnya ibunya sering membelainya mesra sebegitu.....
"Ya Allah...Ishah,kenapa kau sanggup gadaikan nyawa kau sendiri untuk suami yang macam tu Ishah...." Kak Ain tak dapat menahan emosinya...geramnya terhadap Fairez semakin bertambah...
"Abang...kita mesti hubungi mak ayah Fairez untuk bagi tahu hal nie...mereka dah melampau...." Kak Ain memberi cadangannya kepada suaminya abang malik yang turut bersimpati dan terkejut....
"Kak...jangan salahkan keluarga abang Fairez...mereka tak tahu apa2...dan kelmarin mereka dah hubungi Ishah dan bertanya situasi Ishah...biarlah semuanya kak...Ishah dah maafkan abang Fairez dia tak bersalah ,Ishah tahu abang Fairez terperangkap..." Ishah bersuara menolak cadangan kakak nya itu....ishah sudah pasrah dan terima segalanya...dia tak mahu keadaan bertambah tegang...
" Tapi akak tak sampai hati tengok kau macam nie Ishah..." Kak Ain semakin sendu...
"Akak...terima kasih untuk segalanya...Ishah yakin pada kuasa Allah....dia yang tentukan segala2nya kak...Ishah pasti akan lahirkan anak nie dengan selamat...InsyaAllah.." Ishah mententeramkan Kak Ain sambil menoleh sekilas kepada abang iparnya dan tersenyum pahit ke arah wajah2 anak saudaranya yang menoleh ke arahnya....dan dua beradik itu berpelukan erat.....
"Ishah hanya inginkan ketenagan dan kegembiraan semua orang kak...Maafkan Ishah.." Ishah tahan air matanya dari mengalir dan dari dalam ada gerakan kuat dari kandungannya....


Fairez sendirian di ruangan tamu rumahnya yg kelihatan sunyi sepi...sudut ruang tamu yg dipenuhi oleh serakan2 kertas surat khabar dan bungkusan2 makanan minuman ringan yang sudah kosong dan bersepah dimerata2 tempat....fikiran Fairez berserabut lagi,teringat kata2 maknya yang menyuruhnya pergi mendapatkan Ishah kembali.....'untuk apa..? mereka tak memahami aku...mereka tak tahu Ishah yg jadi punca semua ini....%$#@ kau Zul...' Fairez menjerit melaungkan nama lelaki itu yg menjadi punca keretakkan rumah tangganya,juga mengingati hasutan Nisa dahulu....
##########################################

################################################

Di kaca televisyen Berita Terkini di tv3 memaparkan berita kejayaan sepasukan anggota Polis dalam mnumpaskan sendiket penjualan pil khayal jenis ecstasy dikalangan gadis bawah umur .. beberapa orang yang terlibat dengan sendiket tersebut telah diberkas dan mereka yang terlibat telah dibawa ke Balai Polis Pekan Baru Ipoh untuk disoal siasat...Jelas di kaca televisyen itu memaparkan wajah2 penjenayah yang berjaya diberkas oleh pihak polis, dan salah seorang daripada mereka adalah merupakan seorang wanita....wajah wanita itu telah menarik minat Ishah untuk mengecamnya....'Ya Allah Nisa....' Tak berkerlip mata Ishah memerhatikan Nisa yang memakai baju hitam berseluar putih itu berjalan dalam keadaan tangan bergari dan diiringi oleh beberapa anggota Polis yg dibawa naik ke dalam trak polis....terkedu Ishah sementara...ligat fikirannya mengingati Fairez.....'Adakah Fairez terlibat...Ya Allah selamatkanlah suami ku...' doa Ishah di dalam hati agar diselamatkan suaminya dari sebarang mala petaka dan bencana....


"Fairez sekarang kau tengok sendiri,perempuan yang macam mana kau boleh percaya kata2nya...." Pak Zain memandang Fairez yg dari tadi dilihat seperti org yg sedang mati akal,

Resah Fairez sendirian tatkala dihadapan matanya menyaksikan sendiri berita tentang tertangkapnya Nisa....sungguh dia tak menyangka Nisa yg sering didampinginya adalah merupakan seorang penjenayah dan pengedar pil jenis dadah....

"Kami lebih dulu makan garam dari kau Fairez ..Kami tahu Nisa yang kau percaya kata2nya selama ini telah menghasut mata hati kau supaya buta hati pada isteri kau sendiri....ayah tak sangka kau terlalu naif dalam menilai kebaikan orang Fairez....Nama sahaja belajar tinggi,tapi kau cetek fikiran..."Pak Zain menambah lagi perisa di dalam ayat yg dilontarkannya itu,sambil diperhatikan oleh Puan Zawiyah....

"Fairez...dah lah tu nak, mak tak mahu kau biarkan Ishah tu dirumah kakaknya di Telok Intan tuh,kau ambillah dia balik Fairez....dah berapa lama kau tak melawat dia dah Fairez...ingat Fairez..dia masih isteri kau...."Ucap puan Zawiyah dalam nada sebak..dia sering teringatkan Ishah...dan dia sering menghubungi Ishah bertanyakan kabar,walaupun Ishah mengatakan dia sihat..namun dia tahu jauh disudut hati menantunya itu pasti sedang bersedih dek perihal Fairez.....

"Entahlah mak...Fairez belum bersedia untuk berhadapan dengan Ishah lagi waktu ni,hati Fairez masih sakit....." Fairez bersuara menundukkan wajah....sedikit sebanyak dia mula merindukan Ishah..bayangan Ishah dan Zul berjalan beriringan masih berlegar dalam fikirannya....

"Fairez..dengarlah kata kami nie Fairez.....jangan sampai kau tersilap pilih haluan Fairez...kau seorang suami..Kau berhak selamatkan rumah tangga kau nie lagi sebelum semuanya sia-sia....." Pak Zain menasihati terus Fairez...andai sesuatu yg terjadi dalam rumah tangga Fairez dan Ishah hanya dengan persengketaan yang sebegini...pasti dia turut merasa kesal tak terhingga terutama kepada keluarga arwah Md Nor...tidakkk...Ishah anak yg baik...dia meminta agar dijauhkan sebarang bencana ke atas rumahtangga anak lelaki tunggalnya itu...

Fairez berjalan keluar dari rumah mak ayahnya...fikirannya bercelaru masih....namun dia benar2 inginkan ketenangan jiwa.....

#####################################################

Sampai di rumah azan berkumandang menandakan masuk waktu maghrib...Fairez menapak longlai masuk ke rumahnya...keretanya sudah berada di beranda luar....Kosong sahaja dia memerhatikan sekeliling....lalu terus naik ke tingkat atas dan merebahkan dirinya di atas katil beradunya milik dia dan Ishah....perlahan matanya dilelapkan.....

Sayuup..sayupp..Fairez terdengar suara bacaan Al-Quran di dalam bilik itu...seperti suara Ishah yang selalu membaca Al-quran tika selesai solat maghrib....tiba2 hatinya menjadi rindu dan dia melihat Ishah mengaji penuh khusyuk dan wajah isterinya itu putih bersih bersinar dan bercahaya...disamping Ishah juga ada seorang lelaki yang turut duduk berhadapan dengan Ishah sambil di tangannya ada tasbih..wajah lelaki itu Fairez tak dapat melihat..,terdengar kalimat2 tasbih yg keluar dari gerakan bibir lelaki itu....Fairez ingin bersura memanggil namun...sukarnya lidahnya digerakkan bahkan..seluruh tubuhnya turut kaku untuk digerakkan..matanya turut berusaha untuk dibuka...namun tak berdaya......dia hanya mampu melihat bayangan Ishah selesai mengaji dan bersalaman mengucup tangan lelaki disampingnya lalu sebelum sempat Fairez menahan keduanya berlalu...bayang keduanya itu menoleh memandang ke arahnya....dan wajah lelaki itu mirip wajahnya.......Fairez terkedu dan....

"AstaufiruAllah halAzim.."Lancar lidah Fairez menyebut kalimah suci itu,tubuhnya berpeluh2 dan melekit...ingatan Fairez teringat kembali pada mimpi2nya sebentar tadi....matanya terlilau disekeliling bilik...dan akhirnya terhenti pada sehelai sejadah dan kopiah yang terletak elok di satu sudut bilik,di atas meja kecil bersebelan dengan lampu tidurnya....juga ada baju melayu yang tersangkut elok di sebelah kerusi ... mengingati semula dalam mimpinya itu dia memakai baju melayu yang sama....' Ya Allah aku bermipi tadi...' Fairez tergumam sendirian ,seperti baru tersedar dan meraup wjahnya perlahan....lantas dia bangun mencapai tuala ,ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat fardhu Maghrib yang masih bersisa.....

"Ya Allah...Ampunilah dosa ku Ya Allah,sesungguhnya telah terlalu lama aku mengabaikan suruhanmu,Aku terlalu hina dengan kemaksiatan dunia hingga aku lupa pada keagunganmu...Berilah aku petunjuk Ya Allah agar aku dapat menyelamatkan rumah tangga ku ini..Aku mohon kepadamu agar kau beri juga petunjuk kepada isteriku agar dia bertaubat ke atas apa yg dilakukannya dan berilah dia kesedaran kembali seandainya dia melakukan dosa itu,dan tunjukkanlah aku jalannya agar aku tidak terus membencinya..aminn...." Fairez berdoa untuk yg kesekian kali setelah dia mulai sedar yang dia sudah terlalu jauh dari nikmat Allah dan dia merasakan seperti tersedar sesuatu setelah terjaga dari mimpinya tadi....dan dia mula terfikir...adakah Ishah benar2 pernah menduakan dirinya ... ? Adakah firasat mak ayahnya adalah benar menyatakan ishah isteri yang suci dan bersih.....? soalan2 itu bermain2 difikiran Fairez....

Sedang Fairez mengemas dan menyusun barangnya ke dalam laci almari biliknya..tiba2 Fairez terpandang sebuah buku yang tertulis di Kulit hadapannya.. "Catatan Harian Ku~Ishah~ buku itu menarik minat Fairez untuk dia melihatnya...dia pernah melihat Ishah mencoretkan sesuatu di buku itu,tak sangka Ishah terlupa untuk membawanya sekali....'mungkin aku akan menemui sesuatu di buku ini....' Fairez mengeluarkan buku itu dari dalam laci dan dia sudah bersedia untuk menyelongkar rahsia hati milik Ishah.......Helaian pertama Catatan Milik Ishah tertulis.....


[I]Izinkan Aku memiliki Cintanya Ya Allah..Andai Itu Bisa mendekatkan Aku Pada Mu Selalu....Kerana Aku Mendambakan Cinta Yang Lebih Tulus dan Kudus Hanya Dari Mu Ya Rabbi....

...Ishah...


Cinta Embunan Pagi

Berseri indahnya bagai pelangi
Berkembang mekarlah bunga-bunga di hati
Namun ku tiada juga begini
Hujan turun melanda dan bunga gugur ke bumi

Cintamu sesegar embunan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar, mengeringkan
segala keindahan yang penuh kepalsuan

Engkau yang aku sayangi
Siakan hidupku ini
Lautan madu ku beri
Engkau racuni

Ku sedari hina diri ini
Kosong tiada bererti
Biarlah diriku pergi
Ku ubati lukaku sendiri

Ku cuba gagahi bahu sendiri
Biarpun sayapku telah tiada lagi
Namun ku tak berdaya menghadapi
Di dalam kegelapan bimbang tersungkur lagi


Oh Tuhan kau teguhkanlah keimanan
Untukku tempuhi suratan kehidupan
Walaupun di hati rasa terkilan
Tapi apakan daya semua takdir Tuhan

Fairez terasa ada sesuatu yang menyelinap masuk dalam hatinya tika itu...perasaan rindu pada Ishah....hatinya bergetar...
######################################################
_________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan