~NUFFNANG KLIK-KLIK~

~SELAMAT DATANG~

KEPADA SEMUA TETAMU TERHORMAT SAYA TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KERANA KESUDIAN ANDA SEMUA UNTUK SINGGAH KE HALAMAN SAYA INI.
DI SINI SAYA AKAN MEMBAWA ANDA SEMUA UNTUK MASUK SENDIRI KE DUNIA CERITERA CEREKA CERITA MENARIK DARI SAYA.SEKADAR MENGISI WAKTU YG TERLUANG ...IZINKAN JARI JEMARI INI MERAYAP PADA HURUF-HURUF ABJAD ,MENAIP KISAH DEMI KISAH BAIT DEMI BAIT BERSAMA ILHAM YG BERTANDANG.HARAP MAKLUM...LAMAN INI HANYA SEKADAR TEMPAT ANDA MENUMPANG SINGGAH DAN TIDAK ADA BAYARAN DIKENAKAN.

TERASA INGIN BERKARYA....BERKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA.MANALAH TAHU JIKA SATU HARI NANTI DIIZINKAN KEPADA SAYA UNTUK MENJADI PENULIS NOVEL....HAHA..NAMUN TIDAKLAH HINGGA KE SITU, MIMPI SAYA DI SIANG HARI..

SELAMAT MEMBACA.TERIMA KASIH.SEBARANG KOMEN AMATLAH DIALU2KAN...

Ahad, 28 Februari 2010

BIARKAN SEMUA BERLALU ~PART 2

LAYAKKAH AKU ...
SEPERTI CINTANYA RABIA'TULADAWIAH PADA KEKASIHNYA...
TIDAK..AKU TAK SETANDING DAN SEKUAT ITU......
#########################################################

Sekilas dia menjeling jam di dinding, sudah menunjukkan angka 6.30 ptg.Dikerlingnya pula pada sekujur tubuh suaminya Ikram yg masih belum usai tidurnya...entah kemana Solat Zohor,Asar suaminya itu,menggeleng sendirian dia...Aina pula diam berbaring di sebelahnya sambil menyusu botol, Aina anak yg baik dia tak akan menggangu ibunya waktu bersolat...tersenyum dia sambil membelai lembut rambut anakknya.



Tergocoh-gocoh dia pulang tadi sambil singgah ke taska untuk ambil Aina.Memang sudah lumrah setiap hari....malas dia nak menyuruh suaminya...setiap hari perlu diingatkan.Bukan dia tak pernah menyuruh suaminya,pernah dia terpaksa pulang lewat dan sudah berpesan kepada Ikram untuk ambil Aina,tapi yg buat dia sakit hati suaminya boleh tertidur dan bila dia tiba ke rumah..Aina belum balik...memang tak boleh nak diharapkan pada Ikram untuk menjaga Aina...

Selesai berdoa pendek dia bangun dan membawa Aina ke dapur.Dia perlu memasak makan malam mereka,dilihatnya barang2 dapor sudah berkurangan...perlu keluar berbelanja...



" Jom sayang..ikut mama ke Pasar..." Izzah sudah bersiap ringkas,didukungnya Fatin Aina yg sedari tadi mengikut dirinya kemana sahaja mamannya itu pergi.Ikram masih lena.."aahh..biarkan.." gumam Izzah sendiri.Dia pergi bukan lama,sebentar lagi azan Maghrib berkumandang,hanya keluar untuk cari makanan di Pasar berhampiran.Jika dikejut Ikram pasti akan marah-marah dan maki hamun dirinya.

" Bagi saya 2 keping Murtabak daging..." Izzah beli 2 keping Murtabak..Fatin Aina suka makan Murtabak.Untuk Ikram,sebungkus nasi Dagang dan dirinya pula hanya satu bungkus soto.Cukuplah untuk makan malam mereka bertiga malam itu.Selainnya dia membeli ikan dan sayur untuk simpanan.

Tiba dihadapan pintu rumah dan mengeluarkan semua barang dari tempat duduk belakang kereta kancilnya..dia mendengar salah satu pintu di dalam rumahnya dihempas kuat....Tergamam sebentar dia sambil mendukung Fatian Aina dan penuh tangannya memegang barang dia meluru masuk ke dalam rumah sambil memberi salam.Pasti Ikram sudah bangun dari tidur dan mencari dia tiada...

" Ehh..Abang dah bangun...??"Lembut Izzah menyapa sambil meletakkan Aina di sofa ruang tamu.Lalu berjalan membawa barang ke dapur membuntuti Ikram yg berjalan selamba ke dapur.

" Kenapa balik lambat sangat...." Ikram bersuara sambil matanya memandang Izzah.
" Maaf abang...tadi Izzah balik abang tidur,Izzah pergi pasar cari barang dapur sikit.." Izzah bersuara namun dia tak memandang suaminya...tangannya pantas menyusun makanan yg dibelinya di pinggan dan diletakkan di atas meja dihadapan suaminya.

"Sejak bila keluar rumah tak minta izin dari aku...." Ikram masih bersoal untuk mencari kesilapan Izzah.

Sekilas Izzah menoleh suaminya....sambil menyusun ikan dan sayur di peti sejuk.Dalam2 dia menarik nafas panjang mencari kekuatan untuk bersuara.Nampaknya Ikram mahu memulakan benih2 pertengkaran semula.baru sahaja dia mahu melupakan sakit hatinya kerana sikap Ikram..kini lelaki itu memang sengaja mahu menguji kesabarannya lagi.

" Abang tadi tengah lene,saya malas nak kejut...lagipun saya keluar sekejap dan ke Pasar malam depan simpang tu sahaja abang.." Jelas Izzah dia sebolehnya tidak mahu bertengkar apa2 hari itu...dia penat...

"Ehh..aku tanya lain..sejak bila kau keluar rumah tanpa izin aku...Itu yg aku tanya..." Ikram menepok meja, sambil bersuara tinggi..panas hatinya di lihat Izzah acuh tak acuh dan sebuk mengemas dapor tanpa mempedulikan dirinya...

"Abang....saya dah malas nak bertekak dgn abang, kalau saya salah ..saya minta maaf." Ringkas jawapan Izzah dan dia berlalu dari dapur sambil menjeling suaminya...Entah keberanian apa yg datang dalam dirinya...berani dia melawan sikap suaminya hari itu...Sebenarnya Izzah sudah terlalu penat dgn tingkah laku Ikram.Biar kali ni dia bertegas...dia mahu lihat apa yg Ikram boleh buat...

" Kurang ajarr.."Baaanggg... kerusi meja di tendangnya...hangat hatinya dgn sikap Izzah.

Izzah terus berlalu ke ruang tamu mendapatkan Aina, di Tv Azan maghrib berkumandang...'Ampunkan aku Ya Allah...' doanya dalam diam di hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan