############################################
'Kring...kring...kring....ringgg...' ...dari dapur Ishah bergegas berlari kecil ke ruang tamu,mungkin Fairez duganya...
"Hello..Assalamualaikum..."lembut suara Ishah memberi salam di talian.
"waalaikumsalam..Ishah ke...nie abang nie,nape lambat angkat fon nie sayang..tadi abang call ishay guna handphone ishah tak jawab pun...." Suara Fairez mesra dihujung talian....
"Maafkan Ishah abang,Ishah kat dapur tengah makan,handphone Ishah kat atas ishah tak dengar...err...macam mana abang kat sana,sihat..?"Ishah menjawab soalan Fairez suaminya dengan tutur kata yang sopan,hatinya berbunga cinta...dia ingin tahu keadaan suaminya di sana...
"Abang kat sini sihat...sibuk sikit melawat tapak projek kat sini...maaflah masa Ishah call abang tadi ,abang tengah mandi baru balik meeting..semua ok Ishah,Ishah plak sihat tak...? Nisa ada temankan Ishah kan...."Fairez bersuara memulakan perbualan...
Pertannyaan Fairez menjadikan Ishah teringatkan Nisa yang ditinggalkan bersendirian makan di dapur...
"Oh yerr...Nisa ada di sini temankan Ishah,macam mana abang bole tahu Nisa temankan Ishah..?"Soal Ishah semula pada Fairez..seingatnya sewaktu berbual dengan Nisa dalam telifon juga Nisa ada berkata tentang Fairez memberitahunya pagi tadi...
"Oh..abang yang telifon Nisa suruh temankan Ishah..lagi pun Nisa kata dia free..."Terang Fairez lagi..
"Jadii..maknanya abang yang berr..."
'Ok lah Ishah...Ishah tengah makan tadikan...kasihan plak dengan Nisa ..mesti dia tengah makan dan Ishah tinggalkan dia sorang2....abang nak keluar jumpa kawan sekejap nie...nak pergi makan lapar...nanti abang balik kita jumpa ya sayang...jaga diri..Assalamualaikum..."
"erkkk..abb.."
Klik!...Talian dimatikan.. Ishah belum sempat menjawab salam dan mengucapkan selamat buat Fairez...'belum sempat nak jawab dah letak...teruklah abang nie..'gumam Ishah sendirian...dan dia kembali ke dapur melihat Nisa....
#######################################
Pagi2 lagi Ishah dah pergi ke pasar membeli barang2 dapur dan lauk...petang nanti Fairez akan pulang ...tak sabar2 Ishah nak bertemu suaminya...dia akan masak mee kesukaan Fairez..mee udang hailam....sepanjang hari itu dia girang sahaja...dia mengemaskan rumah dan menghias rumahnya seperti ingin menyambut kedatangan tetamu baru....Ishah seronok melakukan tugasnya sebagai isteri,dia akan sambut Fairez balik dan biar suaminya rasa selesa dengan keadaan baru pada perubahan hiasan susunan perabot dirumahnya...walaupun bukan perabot baru,tetapi susunan dan hiasan dalaman yang berbeza dari sebelum fairez pergi...pasti Fairez suka dan selesa...fikirnya di dalam hati sambil sibok mengalihkan set sofa di ruang tamu rumahnya,bilik mereka sudah Ishah kemas dengan menukar cadar baru....semua dilakukan untuk keselesaan suaminya....selesai mengemas ruang tamu,dilihatnya jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari...bergegas dia ke dapur untuk memasak makanan kegemaran Fairez...
Tepat yang dijanjikan kereta Fairez muncul dihalaman rumahnya...Ishah awal2 lagi sudah bersiap menyambut suaminya itu..wajahnya manis dirias rapi,berbaju kurung biru lembut dan rambutnya disikat rapi..anggun dia menyambut suaminya pulang.....
"Assalamualaikum , sayang..."Fairez tersenyum dan berjalan ke arah isterinya,kereta sudah pun di parking di hadapan garaj..
Tangan Fairez Ishah sambut mesra dan mengucupnya...terasa ciuman hangat singgah di dahinya..mereka berjalan seiringan dan duduk di ruang tamu...
"Abang penatkan...,pergilah abang mandi dan berehat...Ishah ada masakkan mee kegemaran abang..." perlahan Ishah bersuara....
Fairez hanya menganggukan kepala dan menarik tangan Ishah lembut agar dekat dan duduk disampingnya...."Abang ada belikan Ishah sesuatu..."Fairez mengeluarkan sesuatu dari Beg pakaianya...Kotak empat segi sederhana kecil yang berbaldu meroon itu diserahkan kepada Ishah..
Ishah agak terkejut dengan pemberian suaminya itu,gementar tangannya tika membuka Kotak baldu meroon itu....didalamnya ada set barangan kemas mutiara Pink yang cantik dan indah..ianya adalah seutas rantai,gelang dan kerongsang mutiara...perlahan Fairez mengambil rantai mutiara itu dan memakaikannya di leher Ishah....ishah memejamkan matanya...teringat dia sekilas saat sewaktu mereka diijabkabulkan,Fairez membatalkan air sembahyang dengan memakaikannya rantai,rantai itu masih lagi dilehernya setelah mereka berkahwin hampir lima tahun.....
'Kling..Kling...'....Loceng pintu berbunyi di luar rumah...Ishah dan Fairez berpandangan seketika sebelum Ishah meminta izin untuk membuka pintu....
"Assalamualaikum Ishah..errkk..."
Terpancul Nisa diluar pintu rumah memberi salam...Ishah terkejut sedikit dan senyum kembali sebelum menjawab salam Nisa..
"waalaikumsalam...ehhh...Nisa...kenapa tiba2 datang tak cakap nie..?"Terkejut sedikit Ishah ,baru 3 hari lepas Nisa balik semula ke rumahnya setelah 3 hari menemankannya....mungkin tertinggal barang duganya sendiri...
"Erkkk...maafkan aku Ishah..aku tak sengaja lalu sini dan baru lepas jumpa client,tu yang aku singgah tuhh...hmm...Fairez dah balik ye....?"Ucap Nisa teragak2...,dia sedikit gugup.....
"Nisa masuklah...kenapa borak depan pintu sahaja.."Pelawa Fairez dari dalam.setelah dilihatnya Nisa yang berdiri tercegat dimuka pintu....
Ishah juga baru tersedar akan kesilapannya yang hanya berbual2 dengan Nisa di hadapan pintu...dan menjemput Nisa masuk ke dalam
######################################################
#################################
Selepas balik dari Brunei,Fairez banyak berubah ..dia melayan Ishah dengan baik.Sikap Fairez nie menjadikan Ishah semakin percayakan dan yakin pada kasih sayang suaminya itu.Dia memahami Fairez sekiranya Fairez pulang lewat bekerja,pasti Fairez akan memberitahunya terlebih dahulu,dan tak perlulah Ishah penat memasak atau menunggu Fairez sehingga tertidur di ruang tamu.
"Abang .. maafkan Ishah sebab Ishah dah kecewakan abang dalam perkahwinan kita nie..?"Suara Ishah memecah kesepian lewat malam itu,dia merangkul lembut pinggang Fairez yang berbaring disebelahnya...
"Nape Ishah cakap macam tu pulak..?"Fairez membalas persoalan Ishah kembali sambil menoleh sekilas isterinya disebelah...
"Ishah tahu abang pun seperti Ishah inginkan anak juga kan...?"Ishah bersuara lagi..
"Nak buat macam mana belum ada rezki ..."Ringkas jawapan Fairez sambil dia memusingkan badan membelakangi Ishah...
Terasa sedikit hati Ishah dengan tingkah suaminya itu,seperti Fairez tak berminat lagi untuk bercerita tentang hal itu...'mungkin dia sudah jemu dengar cerita pasal anak...'hati kecil Ishah berkata sendirian...
"Abang...apa kata kita amik anak angkat..?"Ishah masih memancing perhatian Fairez...sejak dari petang tadi dia berangan2 sendirian dan inilah saat yg di tunggu untuk berbincang dengan suaminya dan meminta pendapat suaminya itu....
"Jangan nak mengarut lah malam2 macam nie Ishah,abang nak tidur nie..."jawab Fairez acuh tak acuh sambil menarik selimut..Fairez sebenarnya agak terperanjat mendengar kata2 Ishah itu namun dia buat2 tak tahu....Tak akan sesekali dia mahu mengambil anak angkat,dia mahukan anak dari benihnya sendiri...bukan anak orang lain...gerutunya di dalam hati sendirian,pasti ibunya Puan Zawuyah turut tak setuju....
Kata2 Fairez menghampakan Ishah,dia tak menyangka Fairez tak bersetuju langsung dengan cadangannya itu.....sedih hatinya kerana Fairez langsung tidak sudi berbincang atau berbicara apa2 pun tentang hal itu...sebaliknya suaminya itu terus berdengkur ...Ishah ditinggalkan terkapai2 sendirian dan akhirnya Ishah turut tertidur....
##################
'Tininitt...tiniiit....' jam penggera berbunyi nyaring...Ishah meraba2 meja kecil disebelahnya dan tangannya mencapai jam kecil tersebut dan menekan punat off..dia bangun perlahan dan dilihat Fairez masih tidur lena disebelahnya,dia mengerakkan suaminya agar bangun namun Fairez hanya mendesah sahaja...jam menunjukkan pukul 6.00 pagi,Ishah mencapai tuala dan menuju terus ke bilik air...Dia mensucikan dirinya dan terus mengambil wuduk untuk solat subuh..
"Ishah ,hari nie abang balik lewat sikit,mungkin sampai malam...lagipun malam nie ada discussion dengan semua ahli lembaga syarikat ...Ishah tak payah masak macam2 dan tak payah tunggu abang k..."Fairez memberitahu awal pada Ishah sebelum dia berangkat ke pejabat hari itu...
"tengahari nie pun abang tak balik makan rumah ke bang..?"soal Ishah pula,sambil menuangkan air nesceffe ke dalam cawan suaminya...
"Tengahari nie pun abang tak balik,ehmmm..abang ade janji dengan orang..ok,sayang abang pergi dulu..hati2 tunggu rumah ye,ada hal apa2..telefon abang balik..."Fairez hanya menghirup sedikit Nesceffe panas dari cawannya dan bangun mengucup pipi Ishah...
Ishah hanya tersenyum dan berjalan mengikut Fairez ke keretanya...setelah bersalaman dan melambai mesra suaminya dia masuk ke dalam semula..'Fairez marahkan aku kah..'duganya sendiri....
#################################################
Malam itu Ishah tidur sendirian di biliknya....tidur seorang isteri tanpa suami pasti hanya tidur2 ayam,begitu juga Ishah,dia hanya lelap tak mampu terlena lama....
dia terjaga apabila mendengar sesuatu benda jatuh ditingkat bawah rumah,dia melihat jam menunjukkan angka 2.00 pagi..'Hairizkah itu??' bisiknya sendirian...dia menunggu sahaja suaminya itu naik..namun kelibat suaminya belum juga kelihatan lagi...manakala di tingkat bawah dia mendengar seperti ada suara orang dan bunyi sesuatu...hatinya tiba2 berderau sendirian...siapakah mereka itu ,ngerinya jika yang dibawah itu adalah perompak seperti cerita yang didengarnya di sekitar kawsan perumahan mereka tentang kejadian rompakan baru2 ini...Ishah ketakutan,seingatnya semua pintu sudah ditutup rapat....dia hanya mampu berdoa dan bertawakal...dan bermohon semoga suaminya cepat2 pulang...dia mencari2 telefon bimbitnya untuk menghubungi Fairez sayangnya telifon bimbitnya itu ada di bilik bacaan...dia memberanikan diri perlahan2 membuka pintu dan keluar untuk ke bilik bacaan ,setelah yakin dibawah itu bukan Fairez...mujurlah bilik bacaan bersebelahan dengan biliknya..tanpa menghidupkan lampu dia berjalan cermat ke bilik bacaan dan mencari telifon bimbit menghubungi suaminya....belum sempat Ishah mendengar suara fairez menjawab,tiba-tiba....
"Jangan pandai2 nak buat apa2 kalau nak selamat..."Satu suara di belakang Ishah sambil mengacukan pisau...
Ishah terkejut dan terlepas telifon itu dari genggamannya,sebelum telifon itu dirampas oleh salah seorang perompak tersebut.Perlahan Ishah menoleh ke belakng dilihatnya hanya ada dua orang yang berpakaian hitam dan kepala mereka ditutup hanya mata mereka sahaja yang kelihatan.....Ishah ketakutan dan amat takuttt....
"Ikut semua kata kami,atau puan akan dibunuh.."Kasar suara itu memberi arahan dan menyuruh Ishah berjalan turun ke bawah...
"Apa yang kau mahu...tolong jangan apa2kan aku .."Ishah merayu bila salah seorang lelaki itu mengikat tangan dan kakinya...sebelum mereka mencuri barang2 yang berharga milik Ishah dan Fairez....
"Rasanya suaminya tak de di rumah..."Berkata satu suara milik salah seorang diantara mereka...sambil turun dari tingkat atas menuju ke arah Ishah yang terduduk di sofa dalam keadaan terikat...
"Mari puaskan kami..." salah seorang dari dua orang perompak itu menarik tangan Ishah yang berikat dan Ishah terdorong jatuh di lantai ruang tamu rumahnya...dia terasa sakit sekali...
Seorang daripadanya menarik baju Ishah,Ishah cuba melawan dalam keadaan dia terikat...dia menjerit meminta tolong...manakala yang seorang lagi menutup mulut Ishah...Ishah meronta2 dan berusaha untuk menghalang perbuatan terkutuk mereka itu.....Tiba2...pintu hadapan terbuka dan muncul Fairez terus menjerit dan meluru menyepak lelaki yang sedang ingin memperkosa Ishah ..lelaki itu tergolek jatuh ,manakala yang seorang lagi bertindak untuk menyerang Fairez...Fairez dapat mengelak dan memberi tumbukan pada lelaki itu...dua2nya meluru dan lari keluar ikut pintu dapur yang telah dikopakan oleh mereka sewaktu hendak masuk mencuri tadi...
Ishah ketakutan....dia menangis di sebelah sofa...bajunya koyak rabak dan hampir dia diperkosa tadi....sememangnya jika fairez tak muncul tepat pada waktunya pasti dirinya akn menjadi habuan dua orang perompak itu....
"Ishah maafkan abang .."Fairez terduduk dihadapan Ishah sambil menggenggam jemari isterinya...
Ishah menepis tangan Fairez,dia masih merasa trauma dan masih terlalu takut dengan kejadian itu....badannya mengigil...Fairez menghampiri Ishah dan memeluk isterinya itu...dia juga berasa sangat terkejut dengan kejadian dihadapan matanya tadi..Setelah membuka pintu pagar rumahnya,dia mendengar bunyi bising didalam dan terus berlari bila mendengar suara Ishah meminta tolong...bila pintu dibuka,dia menyaksikannya sendiri bagaimana Ishah isterinya sedang ingin diperkosa oleh dua orang lelaki yang bertopeng dan salah seorang mereka sedang menggomol tubuh Ishah isterinya...terus sahaja dia meluru menyepak lelaki itu...Ishah menangis dibahu suaminya semahu2nya...dia merasa jelek dengan apa yang dialaminya itu.....Fairez menenagkan Ishah ,walaupun hatinya berasa sedikit cemburu ,namun dia sedar itu atas kesilapannya sendiri....
###########################
Selepas kejadian itu,ternyata Ishah banyak mendiamkan diri...hatinya benar2 terganggu..ini menjejaskan kembali hubungan diantara dirinya dan Fairez suaminya...Entah kenapa dia merasa seolah tawar hati dengan suaminya Fairez,dia sering menolak permintaan Fairez untuk bersama...,kini bilik tidur dia dan Fairez berasingan hanya sewaktu balik ke rumah keluarga Fairez sahaja dia sudi tidur bersama itu pun tanpa disentuh oleh Fairez....hanya mereka berdua sahaja yang tahu...
"Ishah ..abang tak faham...kenapa Ishah buat abang macam nie.."Fairez melontarkan kata2 tak puas hatinya tika dia cuba mendekati Ishah untuk tidur bersama sekembalimya pulang dari rumah mak ayah nya.
Ishah hanya mendiamkan diri sahaja sambil kepalanya ditundukkan,diam2 dia merasa sendu....
"Abang mengaku abang salah,dan abang dah minta maaf pada Ishah...dan Ishah tahukan berdosa kalau seorang isteri tidak mahu melayan kehendak batin suaminya..."Tegas Fairez sambil memerhati ke arah Ishah...geram sungguh dia melihat sikap Ishah selepas kejadian itu...Ishah banyak berubah sering menangis dan sensetif...kadang2 selepas solat dilihat Ishah menangis dalam doanya....walaupun Fairez tak nafikan Ishah masih sudi sediakan makan minum dan tugas sebagai isteri yang lainnya masih lagi dilakukan,tetapi jika untuk bersama Ishah akan menolak dan mengelak...Fairez tak faham...Pintu bilik ishah dihempaskan kuat,dia benar2 terkilan dengan sikap Ishah...dan dia mula memikirkan hal yang bukan2 pada Ishah tentang kejadian tempoh hari...'mungkinkah...??' duga hatinya sendirian...dan syaitan mula masuk menghasut fikiran dan amarah hati Fairez...
#########################################
"Ya Allah ..Sesungguhnya hanya kepadamu aku berserah diri ampunilah dosa2ku..aku mohon kekuatan darimu agar aku dapat berdepan dengan tiap dugaanmu dengan tabah..kurniakanlah dalam diri ini sifat2 yang ada pada diri Saiditina Siti Fatimah ,Puteri Rasulluah s.a.w itu agar aku bisa mengikhlaskan diriku dan menerima setiap ujianmu itu dengan sabar...Ya Allah aku bermohon kepadamu agar kau peliharailah rumah tangga ku ini,ampunilah dosa2 suamiku dan berilah keimanan dan kasih sayangmu kepada kami agar bisa kami mengasihi dengan cinta darimu Ya Allah........" Ishah bermunajat kepada Allah s.w.t di satu malam tika selesai solat sunatnya ,hatinya penuh kecelaruan lalu dia bangun di malam hari untuk menghadap kepada Allah s.w.t mengadu segalanya..... masalah yang dihadapinya bersama Fairez belum selesai lagi...entah kenapa kini Fairez juga semakin dingin dengannya,bagi diri Ishah dia masih menyayangi Fairez sepenuh jiwa raganya,dia tak bermaksud untuk menyakiti hati suaminya tempoh hari...hanya dia tidak punya kekuatan lagi tika itu...dia masih dalam trauma dan teringat2 tentang dirinya yang hendak diperkosa oleh 2 lelaki yang merompak rumah mereka.Perompak itu pun sudah diberkas oleh pihak polis setelah siasatan dilakukan,sememangnya 2 orang perompak itu sedang dalam buruan pihak polis...
Ishah memerhati suasana kamarnya..sunyi..Fairez masih tidur di bilik tamu,di tingkat bawah rumah mereka...Ishah turun ke bawah dan dia ingin mengetuk pintu bilik suaminya itu,namun hajatnya itu dipendamkan tika memandang jam menunjukkan pukul 3.15 pagi..dia hanya memulaskan tombol pintu dan dari pintu dia melihat suaminya Fairez sedang tidur lena bertemankan batal peluk...sayu hatinya...terasa berdosanya dirinya tika itu...dia menutup semula pintu bilik itu dan melangkah semula ke kamarnya...."esok aku mesti minta maaf pada Fairez'..hajat hatinya malam itu...
Pagi itu selesai solat subuh badan Ishah menggigil sejuk,kepalanya sedikit pusing..hajat hatinya malam tadi ingin menemui suaminya di tingkat bawah dibatalkan sahaja,sebaliknya Ishah berbaring semula dan tertidur...Fairez bangun seperti biasa dan disangkanya Ishah masih merajuk lagi,dia menggelengkan kepalanya tika melihat Ishah masih tertidur dibiliknya dan dibiarkan sahaja isterinya itu lalu bersiap untuk ke tempat kerja...
"Abang..nanti..."Ishah bergegas bangun setelah tersedar dari lenanya dan mendengar enjin kereta suaminya di luar rumah...dia terus turun ke tingkat bawah untuk mendapatkan Fairez..namun Fairez sudah membelokkan keretanya ke luar pgar...hampa Ishah.....
Rabu, 24 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan