~NUFFNANG KLIK-KLIK~

~SELAMAT DATANG~

KEPADA SEMUA TETAMU TERHORMAT SAYA TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KERANA KESUDIAN ANDA SEMUA UNTUK SINGGAH KE HALAMAN SAYA INI.
DI SINI SAYA AKAN MEMBAWA ANDA SEMUA UNTUK MASUK SENDIRI KE DUNIA CERITERA CEREKA CERITA MENARIK DARI SAYA.SEKADAR MENGISI WAKTU YG TERLUANG ...IZINKAN JARI JEMARI INI MERAYAP PADA HURUF-HURUF ABJAD ,MENAIP KISAH DEMI KISAH BAIT DEMI BAIT BERSAMA ILHAM YG BERTANDANG.HARAP MAKLUM...LAMAN INI HANYA SEKADAR TEMPAT ANDA MENUMPANG SINGGAH DAN TIDAK ADA BAYARAN DIKENAKAN.

TERASA INGIN BERKARYA....BERKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA.MANALAH TAHU JIKA SATU HARI NANTI DIIZINKAN KEPADA SAYA UNTUK MENJADI PENULIS NOVEL....HAHA..NAMUN TIDAKLAH HINGGA KE SITU, MIMPI SAYA DI SIANG HARI..

SELAMAT MEMBACA.TERIMA KASIH.SEBARANG KOMEN AMATLAH DIALU2KAN...

Ahad, 28 Februari 2010

~CERPEN BARU2010 (BIARKAN SEMUA BERLALU...)

Assalamualaikum....

kepada pengunjung dan kawan2 yg sudi menjengah thanks.Untuk cerpen terkini sedang dalam pembikinan......tapi mcm biase mel akan posting dahulu sedikit demi sedikit kisah dan cerita..korang kene selalulah jenguk2 blog ni untuk tengok edit terkini ok.Haha...mcm biase cerita direka ikut MOod penulis..kalau ilhamkarya datang mencurah adelah entry baru...hikhik...harap maklum...luv korang.,,

Ok jom layan perasaan utk kisah cerpen terkini.

#############################################

~BIARKAN SEMUA BERLALU............."

" Kau ingin ku menyalakan..diri ini bagai lilin...
Yang terbakar oleh...Perbuatanmu...."


Air matanya menitik lagi…kali ini entah yang keberapa dia sendiri tak mampu untuk menghitungnya…
“Biarlah Allah yang menghitung tiap titisan air mata yg mengalir ini….kerana segalanya Hak Allah” Bisik hatinya sendirian….
Masih segar dalam ingatannya kisah petang kelmarin sewaktu Ikram naik hantu…Masih terasa perit pipi kirinya ditampar oleh lelaki itu…..Masih mengalir darah di hatinya akibat parut luka yg semakin parah andai mampu dilihat oleh pancaindera mata….Berapa lama lagi dia harus bertahan menjadi isteri seorang penagih Marijuana Tegar….dia sendiri tak tahu….dia tak tahu…yang dia mampu menangis dan terus menangis…Fikirannya benar-benar terganggu.

“ Izzah..kau menangis lagi? Eh…sudah-sudah lah tuhhh..nanti ape pulak org lain kata tengok engkau macam ni… Nampak budak Zamri tu karang lagi kecoh plak di buatnya..” Salmi teman sepejabatnya menghulurkan tisu dan sudah berdiri di sebelahnya tanpa Izzah sedari….Perlahan dia menyeka air matanya yg mengalir dengan tisu yg dihulurkan temannya itu.

Dia sudah cuba menahan perasaan ,namun ada waktunya tika kisah sedih yg terjadi itu datang,pasti hatinya menjadi sayu.Orang lain tak tahu itu….Tak ada sesiapa yang tahu apa yg dirasakan olehnya ,apa yg sedang dihadap dan ditelannya sekarang.Biarlah ..dia tak mahu mencanang mulut bercerita kisah sendiri,biarlah segala keaiban dirinya dan suami dia telan sendiri dan tanam dalam-dalam jauh dilubuk hatinya…Dia akan cuba cari jalan sendiri untuk pulihkan semuanya.

“Izzah aku tengok engkau ni makin tak de semangat kenapa? Sudahlah semalam ,pagi tadi kau asyik menangis .. mengelamun sana sini…Kalau ade masalah ceritalah pada aku.Kita kan kawan sepejabat,manalah tahu aku boleh tolong…” Pujuk Salmi lagi tika melihat teman yg dikenali hampir 3 tahun itu masih kelihatan sugul…Setahunya Azzah tidak begitu,dia selalu bercerita kisah keletah anaknya Fatin Aina yg baru berusia setahun.

“ Terima kasih Salmi,kau memang kawan yang baik….tapi…tak apalah setiap manusia kan memang ada masalah masing-masing.Aku rasa ini masalah biasa InsyaAllah aku dapat uruskan sendiri.” Izzah cuba tersenyum memandang Salmi di sisinya,walau dia tahu dia sedang menipu dirinya dan semua orang bahawa dia masih kuat dan tabah.Hakikatnya..hatinya seperti sudah mati dan membeku….


Tiada ulasan:

Catat Ulasan