~NUFFNANG KLIK-KLIK~

~SELAMAT DATANG~

KEPADA SEMUA TETAMU TERHORMAT SAYA TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KERANA KESUDIAN ANDA SEMUA UNTUK SINGGAH KE HALAMAN SAYA INI.
DI SINI SAYA AKAN MEMBAWA ANDA SEMUA UNTUK MASUK SENDIRI KE DUNIA CERITERA CEREKA CERITA MENARIK DARI SAYA.SEKADAR MENGISI WAKTU YG TERLUANG ...IZINKAN JARI JEMARI INI MERAYAP PADA HURUF-HURUF ABJAD ,MENAIP KISAH DEMI KISAH BAIT DEMI BAIT BERSAMA ILHAM YG BERTANDANG.HARAP MAKLUM...LAMAN INI HANYA SEKADAR TEMPAT ANDA MENUMPANG SINGGAH DAN TIDAK ADA BAYARAN DIKENAKAN.

TERASA INGIN BERKARYA....BERKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA.MANALAH TAHU JIKA SATU HARI NANTI DIIZINKAN KEPADA SAYA UNTUK MENJADI PENULIS NOVEL....HAHA..NAMUN TIDAKLAH HINGGA KE SITU, MIMPI SAYA DI SIANG HARI..

SELAMAT MEMBACA.TERIMA KASIH.SEBARANG KOMEN AMATLAH DIALU2KAN...

Rabu, 24 Februari 2010

CEMPAKA DIREMBULAN PART 13

###########################

Riuh rendah suara di rumah Fairez dan Ishah,saudara mara Ishah dan Fairez datang untuk bersama2 bergotong royong bagi majlis doa selamat yang akan diadakan malam itu...Kaum perempuan sibok di dapur manakala Fairez dan kaum lelaki yang lain sibuk di halaman rumah menegakkan khemah ...
Manakala Ishah berbaring di biliknya bersama puterinya Cempaka Darwina....

"Sayang..dah besar nanti dengar cakap ayah tau,jangan nakal2....Ibu tetap sayangkan Darwin walau apa pun yang terjadi...." Entah kenapa hati Ishah tiba2 sebak sekali melihat wajah putih bersih puterinya itu....digomolnya pipi mungil puterinya itu puas2 sehingga menangis anaknya itu terjaga dari tidur....kemudian di dodoinya lagi....Dia ingin mendakap puterinya itu puas2 hari itu seperti tiada lagi masa untuknya bersama2 puterinya itu di hari esok...entahlah perasaannya sangat berlainan hari itu...kesakitan bekas jahitan diperutnya juga tidak terasa....perlahan diletakkan Cempaka Darwina di atas katil dan dia bangun perlahan2 berjalan menuju ke balkoni yang ada di biliknya...ingin melihat suara riuh rendah di halaman sana...sesekali suara Fairez turut kedengaran....tersenyum Ishah memerhati gelagat suaminya yang bersungguh2 menyusun kerusi meja ...

Fairez yang sedang sibuk itu perasan Ishah di atas balkoni sana sedang asyik memerhatinya....dia menoleh dan melambai tangan..." I love u.." perlahan dia berkata seolah berbisik sambil menunjukkan isyarat cinta kepada Ishah di atas...
Ishah hanya menggeleng dan tersenyum manis sambil membalas lambaian...tiba-tiba...terdengar suara tangisan dari Cempaka Darwina dari dalam...Ishah tergopoh gapah berlari masuk dan dia tidak perasan tika itu ada bantak golek kecil milik Darwina yang jatuh berdekatan katil,ishah terpijak kesan dari sarung bantal yang licin dengan lantai mar2 dilik yang licin membuatkan Ishah terpeleset dan....bedepapp.....Ishah jatuh terlentang ke lantai..seketika dia menahan sakit pandangannnya kelam...terasa ada kesakitan yang teramat sangat di bahagian perutnya....dia lihat tapak tangannya berdarah..dan darah merah turut berada di lantai...Ishah longlai...Suara tangisan Cempaka Darwina semakin kuat.....

Bergegas Puan Zawiyah naik ke tingkat atas setelah mendengar suara tangisan dari cucunya Cempaka Darwina yang tidak diam2...

"Ya Allah...Ishahhh..." Terkejut Puan Zawiyah melihat Ishah terbaring kaku dengan darah merah yang mengalir di sisinya....segera dia berlari ke balkoni memanggil Fairez....


########################################

Jenazah Ishah selamat dikebumikan,dan kenduri doa selamat itu bertukar menjadi kenduri arwah....suasana pilu menyelubungi rumah Banglo satu tingkat itu...kehadiran orang ramai tak henti2 mengucapkan takziah kepada keluarga...Fairez hampir terjelepuk tika melihat jenazah Ishah di kebumikan tadi..mujurlah ayahnya Pak Zain dan keluarganya sempat memapahnya dan menguatkan semangatnya semula....dia kena redha untuk satu keputusan yang maha hebat....

Fairez seolah2 masih merasakan Ishah masih bersamanya tika itu....senyum dan lambaian Ishah di balkoni masih lagi bermain2 di ruangan matanya..."..Ishahhhhh....." Fairez terlolong lemah......
"Sudahlah Fairez....banyakkan beristifar Fairez....terima ketentuan qodo' dan qada' tuhan...." ayahnya Pak Zain tak henti2 mententeramkannya....Puan Zawiyah dan sanak saudara kedua2 buah keluarga yang lain turut menangis dan bersedih.....mereka juga tidak menyangka kejadian seperti itu akan berlaku....

Fairez tak mampu meluahkan apa2 kata lagi perlahan dia bangun dan berjalan mengambil bayinya Cempaka Darwina yang lena dipangkuan Kak Ain kakak iparnya dan longlai menapak lemah ke tingkat atas....Semua mata memerhati ke arahnya....
Pintu bilik ditutup rapat2 perlahan Cempaka Darwina diletakkan ke atas katil,bayinya itu mengeliat perlahan sebelum tertidur semula.....kepiluan hati Fairez makin bertambah tika melihat seluruh dan segenap ruang bilik itu yang menjadi milik dia dan Ishah....lalu dia duduk sambil menyentuh lantai,tempat kali terakhir dia melihat seraut wajah pucat Ishah menahan kesakitan...matanya dipejamkan rapat2.....cuba mengingati kembali kata2 terakhir yang keluar dari mulut Ishah dalam kepayahan....

" Abang...maafkan Ishah abang...jaga anak kita..halalkan semuanya...." Sejuk tangan Ishah menyentuh wajahnya sebelum matanya terpejam rapat dan mulutnya perlahan menyebut kalimah Allah....dan waktu genggaman tangan Ishah terlerai tika itu Fairez sedar...Ishah telah meninggalkan dirinya dan kebahagiaan yang baru sahaja bermula...
Air mata Fairez menitis laju ke pipi segera dia tersedar dari ingatanya dan bangun menuju ke almari milik Ishah...laci Ishah di tarik keluar dan buku catatan Ishah dikeluarkan....dia ingin melihat catatan terakhir Ishah dan luahan hati arwah isterinya itu.....pantas tangannya menyelak helaian demi helaian dan matanya terhenti pada helaian yang terakhir...tertulis bait2 kata seolah2 Ishah dapat merasakan kehidupannya tidak lama....Fairez terus membaca dan hatinya amat terharu pada kata2 Ishah yang terakhir...


"Abang....Ishah bahagia menjadi suri dalam hidupmu , Cempaka Darwina adalah anugerahnya yang besar untuk kita berdua...Tidak ada apa yang dapat Ishah beri untuk membalas segala kebahagian ini....hanya satu...terimalah kehadiran puteri kita ini dengan penuh kesyukuran..Kerana kewujudanya adalah kerana Cinta kita berdua...tiada sangsi lagi....Maafkan Ishah Untuk segalanya..."


Ikhlas..Isterimu...

Perlahan buku itu ditutup semula dan sekuntum bunga Cempaka layu jatuh disebalik helaian buku itu....Fairez ambil dan dia terpaku....Itulah bunga yang diselitkan di telinga Ishah tempoh hari...Ishah simpan dalam diari hatinya.....'cintamu begitu tulus dan suci Ishah.....,Abadilah kau di sana..semoga roh mu di cucuri rahmat olehnya....' hati kecil Fairez berkata-kata dan bunga Cempaka itu dikucupnya...serentak itu tangisan Cempaka Darwina memecah kesepian suasana....seolah anak itu turut mengerti ibunya sudah pergi jauh meninggalkannya......


Cempaka Di Rembulan

Doa sepiku ini
Dihiasi bunga cempaka
Mengiringi kembaramu

Cinta yang asli
Oh kekasih ku...
Kerinduan bersama masih bermain di jiwa
Engkau tetap kucintai
Namun rembulan tak mungkin berkembar siang

Di tepiku kenangan silam
Mengusik-usik naluri ini
Di depanku hidup yang tanpamu
Kau kekasihnya pencinta yang abadi...
Oh... Pencinta abadi

Hanya jemarimu telah digantikan
Dingin salju dan air mata
Yang kian lenyap dan terbenam

Kerana syurga yang kita idamkan
Kita terpisah di dalam igauan
Engkau hampiri aku yang tertinggal menantikan
Saat-saat bersamamu...

##################

'Dan Siapa kita untuk menolak takdir Tuhan....Walau tika bahagia itu hadir ...Hargailah sesuatu itu sebelum ia hilang dari sisi...Hargailah kasih sayang itu, Sebelum ia pergi dan tak kembali...'...
Sebutir Permata Nilam
~Ishah~

~TAMAT~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan