'Bulan terang menyeri malam,
Bintang-bintang menjadi sahabat,
Hanya menghibur hati yang lara...'
Suami yang ditunggu masih belum menampakkan bayang...Ishah sudah siap menghidangkan makan malamnya...dia menjenguk sesekali di luar rumah,namun kekasih hati yang ditunggu tak menampakkan wajah lagi...
"Hai...manalah abang Fairez nie,dari tadi di tunggu tak balik gak dia..." Ishah agak kerisauan dan nombor telefon bimbit suaminya dihubungi lagi...namun hampa tiada berjawab,khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh Ishah juga tidak berbalas....
dalam menunggu kepulangan Fairez itu,Ishah berlari semula ke tingkat atas ingin mengambil sesuatu dari laci biliknya...hadiah yg berbalut kemas di dalam laci itu diambil dan dengan tersenyum riang dia kembali semula turun ke tingkat bawah...bersedia menanti Fairez di meja makan,sambil hadiah itu diletak di kerusi sebelahnya...hadiah itu adalah Ishah beli adalah dari pilihan seseorang untuk Fairez,Ishah tersenyum dia berangan sendiri pasti suaminya akan berkenan dengan hadiah yang dibelikannya itu.Hadiah pertama dari Ishah untuk suaminya...
Fairez balik dalam keadaan marah2....semua hidangan Ishah tidak dijamah tetapi sebaliknya kata2 nista dan ucapan kasar yang di lempar....habis hidangan makan malam yang Ishah sediakan Fairez campak ke lantai...berterabur lauk ikan kerapu masak tiga rasa yang Ishah sediakan....Ishah sedih dan berlari ke dapur,Fairez terus ke tingkat atas dan turun membawa beg pakaian yang berisi pakaian keluar rumah semula....dari tingkap dapur Ishah melihat kereta Fairez dalam kesamaran malam...dan di sebelah Fairez ada sekilas pandangan seorang gadis yang tersenyum memandang ke arah Ishah,sebelum kereta Fairez keluar meninggalkan rumah dan Ishah sendirian.....
'Ting tong..' Jam di hadapan ruang tamu berbunyi menandakan hari sudah lewat malam menunjukkan tepat pukul 12.00 malam..Ishah terkejut dari lena...dia terpisat2 sambil menggosokkan mata...dihadapannya masih terhidang masakan dan makanan yg dimasaknya petang tadi...Ikan kerapu tiga rasa kesukaan Fairez masih lagi utuh di dalam piring....'Ya Allah aku bermimpi rupanya....manalah dia nie tak balik lagi...' sambil mengurut dada,Ishah mengintai lagi di balik langsir tingkap rumahnya...tiada juga kelibat bayang kereta PerdanaV6 Fairez kelihatan....Ishah hampa,dia mngemaskan semula hidangan dan dapur sebelum menapakkan kakinya ke tingkat atas untuk bersolat Isyak dan tidur...dia pasti malam itu Ishah akan sendirian lagi......
"Ya Allah ..Kau lah yang Maha Agung dan Berkuasa....Ampunilah dosa hambamu ini dan dosa suamiku.....Aku tak berdaya lagi Ya Allah..berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam iman...Kurniakanlah padaku Ketaatan dan cinta padamu,agar aku bisa bertahan dengan semua cubaanMu ini...amminn...." Sehabis doa dilafazkan,air mata Ishah turut berlinangan...Ishah merasakan dia terlalu letih dan penat....akhirnya dalam ia berwirid kepada Allah s.w.t dia terlelap dan terbaring di tikar sejadahnya sendirian....Dia bermimpi lagi melihat Fairez pergi meninggalkan dirinya bersama seseorang...Fairez dan wanita itu hanya tersenyum memandangnya dan melambaikan tangan...sedang dia berlari mengejar Fairez yang semakin jauh.....dalam alam reality,sememangnya Ishah menangis dan memanggil2 nama Fairez....
##########################
(4 bulan berlalu...)
"Nisa kau nak tahu,Fairez dah tak macam dulu lagi dengan aku....dia dah mula berubah..."Ishah bersuara memulakan cerita dukanya pada Nisa....puas dia mengajak Nisa untuk datang ke rumah dan bermalam seperti dahulu jika ketiadaan Fairez...namun Nisa sering mengelak katanya segan dan macam2 lagilah alasan...dan hari ini Nisa baru nak datang melawat dirinya,itupun untuk satu malam sahaja katanya....
"Erkk...apa maksud kau Ishah?" Duga Nisa kepada Ishah,lain benar dia mendengar ayat yg keluar dari mulut Ishah hari itu...
"Maksud aku,abang Fairez dah jemu dengan aku Nisa...."Ishah bersuara perlahan...dia meneguk minumah laici yg dibuat sendiri dan yg dihidangkan buat Nisa...
"Kau nie merepeklah Ishah...kau tu kan tengah sarat mengandung...takkanlah dia nak berubah hati pula dengan kau Ishah...dulu dia sendiri juga kata nak kau mengandunglah..nie sekarang ...."Nisa bersuara dan cuba membuang semua syak yg ada dalam diri Ishah....
"Memanglah aku tak menafikan...tapi itu dulu,dan aku tak sangka Nisa ..Fairez tak suka anak dalam kandungan nie dan dia tak mengaku anak nie anak dia..."Ishah mengetap bibir dan dia mengusap lembut perutnya yg sudah montel...terasa ada gerak balas di dalam sana....
"Mustahil lah Ishah...habis tu ,anak siapa...?? kau pernah buat curang dengan Fairez ke Ishah..."Nisa menduga sahabat disebelahnya itu lagi,manalah tahu tiba2 ada rahsia yg tak diduga yg Ishah akan beritahu,mudah sedikitlah kerjanya nanti....Nisa berharap....
"Nauzubillah kau nie Nisa....kau pun tak percayakan aku ke Nisa....walaupun Fairez selalu tinggalkan aku sendirian...aku tahu batas2 kehormatan diri yg aku perlu jaga sebagai isteri....hati aku hanya ada Fairez suami aku.."Ishah bertegas bersuara kepada Nisa,tak sangka Nisa juga seperti Fairez menganggap dia mengandungkan anak orang lain....kandungan Ishah turut bergerak aktiv,seolah tahu ibunya sedang dituduh dan di hina....
"Erkk...maafkan aku Ishah,bukanlah maksud aku kau curang...tapi aku cuma sekadar bertanya...tu lah kau nie,cerita dengan aku yg tak de pengalaman nie...manalah aku tahu...."Nisa merungut sambil menjuihkan bibirnya ...
"Ehmmm...maafkan aku Nisa,aku lupa kau masih anak dara...hemm...lupakanlah pasal aku...cerita pasal life ko plak ok...." Ishah tersedar yang riak wajah Nisa tak gemar untuk mendengar kisah hidup rumah tangganya itu...dia sedaya upaya untuk kembali ceria...walaupun hakikatnya dia memang ingin meluahkan dukanya kepada seseorang.....
"Macam tu lah...pasal tu lah aku malas nak jumpa kau nie,nanti asyik tengok ko sedey hati jerr...dahlah aku nie tak kawen lagi...tak pasal2 aku takut nak kawen nanti...hmmm..."Nisa girang semula dia tidak sedar katanya2 mengguris hati Ishah sebenarnya....
"Maafkan aku Nisa kalau buat kau tak senang hati....tapi aku dah anggap kau macam sedara kandung aku sendiri...kau je lah kawan baik yang aku ada kat dunia nie...."Ishah memeluk tubuh ramping Nisa sahabatnya...hatinya yg pedih cuba diselindungkan terus....dia ingin rasa bahagia sedikit....
"Ok...sekarang nie aku nak kau dengar pulak kisah hidup aku...kerja aku semakin cemerlang dan baru2 nie bos tempat kerja aku tu cakap nak naikkan lagi salary aku untuk bulan yang akan datang...dan yang terkini....aku sedang dilamun cinta..."Nisa menunjukkan riak wajah yang gembira dan bahagia...
"Wah..dilamun cinta dengan siapa....? mesti cerita best nie..."Ishah cuba menunjukkan riak wajah yang seronok,dia cuba untuk melupakan kedukaan hatinya....
"Ehmm...masih awal lagi dan dia pun masih belum bagi tahu aku yang dia cintakan atau sayang kat aku...tapi dari sikap dan layanan dia pada aku macam dia suka pada aku...."Nisa menjelaskan sambil tersenyum senang.....
Dan satu persatu kisah cintanya yang baru bersinar itu diceritakan semuanya pada Ishah.....Ishah menjadi pendengar yang setia....
"Kau nie dari tadi cerita kat aku bagai nak rak pasal dia,tapi siapa namanya,kerja apa...tinggal kat mana...tak bagi tahu aku pun...nie cerita betul ke cerita tipu2 nie..."Ishah pula bersuara setelah bosan mendengar cerita cinta Nisa yg tidak mahu menyebut nama kekasih barunya itu...
"Rahsia..." Nisa hanya tersenyum dan berlalu meninggalkan Ishah sendirian untuk naik ke bilik .....
Ishah mengelengkan kepalanya sambil tersenyum memerhatikan Nisa....dia menumpang bahagia dan seronok....sekurang2nya terubat sedikit keresahan hatinya tika itu...diam2 dia teringatkan Fairez yg keluar daerah menghadiri kursusu keusahawanan selama tiga minggu....Fairez layan dirinya endah tak endah...batin Ishah tersiksa....berkali2 ishah jelaskan yang anak dikandungannya adalah milik mereka berdua,namun fairez tetap ego dan menuduhnya bukan2.....namun bila Ishah minta kepastian pada semua tuduhan yg dilemparkan,fairez membisu dan kadang2 meninggalkan Ishah dalam tangisan sendirian....pernah Ishah ditahan di hospital beberapa minggu,gara2 mengalami stress dan kandungannya mengalami masalah namun Fairez langsung tak peduli...yang datang hanya ibu dan ayah mertuanya sahaja melawat...dan terpaksalah Ishah menipu bahawa Fairez sudah balik dan belum datang...mujurlah mak ayah Farez tak tahu apa2 tentang masalah mereka...jika tidak pasti lagi berat keadaan itu....Ishah tetap bersabar dan terus menjalankan kewajipan nya sebagai isteri kepada Fairez...lagi pun Ishah tidak berdaya dan dia terlalu penat melayan situasi fairez yg tiba2 berubah perangai dan sikap....diam2...airmata Ishah menitis lagi....lamunanya terhenti pada bunyi lagu handpone ...hanpone Nisa duganya sendirian....dia menunggu Nisa yg tak turun2 dari tingkat atas....lalu dia sendiri yg bangun dan mencapai handpone Nisa yang setia berbunyi berhampiran dengan almari tv di ruang tamu rumah Ishah...tertera nama 'SAYANG' belum sempat Ishah menekat butang calling,panggilan sudah ditamatkan.....Ishah tersenyum sendirian....dan dalam fikirannya pasti itu kekasih Nisa yg tadi diceritakan...
Baru sahaja Ishah mahu meletakkan handpone Nisa,satu messeg diterima di peti simpanan messeg Nisa...Ishah tersentak seketika dan kemudian mencapai semula hanpone Nisa....entah kenapa tiba2 dia terasa ingin tahu siapakah yang menjadi teman istimewa Nisa itu..'hmmm...ntah2 ada nama pakwe Nisa'..lalu dia membuka messeg yg baru masuk itu tadi....tertera nama 'SAYANG'...
####################################################
"Ehh...Ishah apa yang kau buat tu...kau tengok messeg aku kerr....?"Soal Nisa yang turun buru2 tatkala melihat handpone nya berada di tangan Ishah...
"Ehh...Nisa..maafkan aku...err..tadi handpone kau bunyi de call masuk,aku tunggu kau tak turun2 tu yg aku nak angkat tu,kot de emergency call ke..baru jerr aku nak jawab dah putus...Nahh.."Ishah mengembalikan semula handpone yg dipegangnya kepada Nisa...
Nisa menyambutnya penuh kekuatiran ,sambil memandang ke arah Ishah yg berlalu selamba untuk ke tingkat atas...'Fuhhh...lega...' dia menarik nafas dan mengurut dada.....
"Ohh...ye Nisa..tadi calling dari eehhhmmm...'SAYANG'....kekasih kau lah tuhh..."Ishah tersenyum menoleh ke arah Nisa sebelum dia terus naik ke atas....
Nisa hanya tersenyum kelat sambil terus memerhatikan Ishah hilang ke tingkat atas....'Nampaknya dia tak perasan apa2 haha...' dia bersuara di dalam hati dan tersenyum sendiri.....'Nasib kau masih baik Fairez...' dia bersuara perlahan penuh dendam....
"Hai selamat pagi Nisa...aku ingat dah nak ketuk bilik kau tadi kalau kau tak turun2...hmmm...tidur lena lepas cik abang call malam tadi..."Ishah tersenyum menyambut pagi Nisa,sambil duduk di ruang makan menghadap sarapan pagi...
"Morning...hmmm...tak cukup tidur aku si Fairez nie lah berborak panjang...ehmm..maksud aku Faiz..sorry..."Nisa membetulkan kesilapan katanya cepat2 dia membetulkan nama sebutannya tadi,sambil diperati Ishah...
"Faiz??....ohh jadi sayang kau tu namanya Faiz lah erkk...hmmm....ok gak nama tuhh..serupa macam Fairez..'F' gak pangkalnya...hmmm...jangan perangai macam suami aku tu dah lah Nisa....makan hati jerr kau nanti..."Selamba Ishah bersuara sambil mulutnya mengunyah mee goreng menu sarapan mereka pagi itu...
"Hmmm....tak de lahhh..."Nisa menjawab sambil menjuihkan bibir menghirup kopi panas.....
"Ok Ishah kita jumpa lagi nanti....jaga diri kau elok2..,pasal Fairez tu janganlah kau hirau sangat..lelaki nie tak bole kita nak kongkong sangat...ok..."Nisa sudah bersiap2 untuk naik ke kereta sambil bersalaman dengan Ishah....
"Ok...terima kasih sudi temankan aku..,tak hilang lagi rindu aku pada kau..."Ishah berbalas senyum sambil melambai dan memerhatikan kereta Nisa hilang dari pandangannya....
##############################
##################################################
March 18 ,
Abang...
Lamanya abang pergi...Ishah rindukan abang..anak kita pun sama rindukan abang.Esok abang balik Ishah nak peluk abang lama2,biar abang rasa rindu Ishah pada abang....
Abang...
Nape abang dingin dengan Ishah...Ishah buat salah apa dengan abang?? Ishah tak pernah buat apa2 seperti yang abang maksudkan...anak dalam perut Ishah nie anak kita berdua...Sampai hati abang tak nak terima dia...Seingat Ishah abang tak pernah pun belai dan sentuh kandungan Ishah nie..kecuali kalau abang nak Ishah layan abang...Tapi lepas tu,abang tak hiraukan Ishah lagi...
Abang....
Ishah rindukan belaian dan kemesraan abang yang dulu....Ishah nak kan abang suami Ishah yang dulu....Ishah nak abang Fairez yang dulu semula...ishah dah kehilangan abang ke...Siapa Ishah di mata abang....??
Ishah terlelap dengan air mata berlinangan di pipinya....dan pen masih dalam genggaman tangannya,menitis air matanya membasahi helaian buku diarynya itu....
#############################################
Ishah hanya memerhatikan Fairez yang sedang berselera makan...Tak berani dia mahu menegur suaminya bimbang kalau2 akan membuatkan mereka berdua bertekak lagi...Fairez baru sahaja pulang ke rumah,dia tak mahu Fairez keluar terburu2 lagi....raut wajah Fairez ditenung dalam..alis mata yang lebat dan bulu mata Fairez yg juga lentik ditambah dengan sepasang lesung pipit yg sesekali terlihat kala Fairez mengunyah makanan...Suaminya itu memang agak tampan walaupun sudah berumur 30-an...
Fairez terus berlalu selesai makan tanpa sepatah bicara atau ucapan terima kasih pada isterinya Ishah....Ishah termanggu sendirian pilunya hati melihat tingkah suami tercinta,tiada kata2 manis yg diharapkan hanya mengiringi langkah suaminya yg terus naik ke tingkat atas.....Umpama seorang tukang gaji Ishah bangun dengan perut membuyut mengangkat pinggan2 kotor suaminya terus ke sinki untuk di cuci....Perlahan air mata Ishah menitis ke pipi.....hatinya dipagut sedih...mampukah dia meneruskan hidup berdepan dengan keadaan fairez yg membuatnya seperti tak wujud di sisi...berbaloikah pengorbanan dirinya yang setia menanti kepulangan seorang suami,tiap kali Fairez pergi ke luar daerah...tapi hampa jika penantiannya hanya dipandang sepi.....
"Aduhh..!!" Ishah bersuara merintih memegang perutnya yg sedang sarat itu,menunggu cukup bulan untuk melahirkan...bayinya itu kadang2 terlalu aktiv bergerak seolah tak sabar melihat ke dunia menyaksikan perbuatan kejam si ayah....
"Sabar ya sayang...ibu akan tetap inginkan kau walau apa pun yg terjadi...." Ishah mengurut2 perutnya sambil duduk seketika di kerusi menarik nafas dalam2...dia perlu ketenangan agar tidak mudah stress nasihat dokter yg merawatnya tempoh hari....
#########################################
Fairez tidur lena di sofa sambil tv terpasang....Ishah berjalan perlahan menghampirinya...dia duduk bersebelahan dengan suaminya itu...ingin sahaja dia mengusap dan membelai rambut Fairez seperti dahulu...namun dia membatalkan niat hati nya kerana takut tidur Fairez terganggu,rasanya kini seperti dia tak punya apa2 hak lagi terhadap suaminya itu...seperti orang asing...hanya tika mak ayah dan keluarga mertuanya datang sahaja Fairez seolah berubah menjadi seperti dahulu...mesra ,ramah dan penyayang....perlahan airmata Ishah menitis lagi...dia seka dengan hujung jarinya....menutup mulut menahan sendu....'Abang Ishah rindukan abang...' hatinya berlagu sendu......
Di atas meja set sofa ruangan tamu itu terletak handset Fairez,Ishah capai dan dia ingin sangat melihat sesuatu kepastian yang membelenggu ruang fikirannya....di peti keluar messeg Fairez Ishah mencari2 sesuatu dan hatinya tiba2 berdebar kencang......
Nisa, Kalau u ada rasa rindu
pada i..apa lagi diri i .....
recipient:
Nisa
+60123597248
bait2 ayat yg Ishah pernah baca dan lihat...betapa Ishah terasa seperti hatinya direntap dengan kasar...jari jemari Ishah terus meneroka peti messeg2 keluar masuk Fairez...hancur luluh hatinya...dia cuba menepis semua hasutan kata hatinya selepas terbaca messeg yg diterima oleh Nisa tempohari,walaupun memang dia pasti nombor yg tertera itu adalah nombor Fairez dia cuba tutup mata dan buang semua prasangka yg buruk...namun kini...,dia tak mampu menutup mata lagi......kata2 yg tercatat di paparan skrin handset Fairez bukan satu penipuan tapi kenyataan...'Fairez dan Nisa sedang....Ya Allah...' tak mampu hati Ishah melontarkan kata2....dia memandang Fairez yg nyenyak tidur di sebelahnya dia rasa seperti ingin meraung dihadapan Fairez...lalu dia bangun dan melangkah laju naik ke tingkat atas....
Ishah menguncikan diri di dalam bilik .... dia menangis semahu2nya,hatinya benar2 terluka...dia merasakan seperti dipersendakan.....hatinya menjadi gelap dan kosong...seketika dia lupa dengan keadaan dirinya yg sedang mengandung itu......"Ya Allah ..aku mohon kekuatan Mu....Inikah Ujian hidup untuk ku...berilah aku kekuatan dan kesabaran....aku pasrah dan serah diri ini kepada MU ..." Ishah menagis lagi...airmatanya sudah tidak terhitung,dia merasakan seperti tertipu Ishah merasakan perutnya berdenyut2 ...'Ya Allah bukan waktu ini...., sayang sabar ya...maafkan ibu buat kamu tertekan sama...ibu tetap sayangkan kamu...'Ishah mengelus2 lembut perutnya....hatinya bertambah pilu......
##################################
Ishah nekad untuk berdepan dengan Fairez...dia harus tahu segalanya,sudah tidak ada apa yg perlu Fairez sembunyikan...ternyata bukan dia yg bersalah tetapi Fairez...dia mahu Fairez berterus terang tentang hubungannya dengan Nisa..bukan dia yang sering dipersalahkan dan dituduh curang...hati Ishah terlalu sakit dan pedih.....dia kuatkan hati ....
"Abang Ishah nak cakap sikit dengan abang...." Ishah bersuara perlahan sambil cuba menyembunyikan derita hatinya...
"Abang tak de masa nak kleuar sekarang nie..." Fairez berkata selamba sambil mencapai baju yg tergantung di dalam almari....
"Tapi ini hal penting abang...Ishah perlukan penjelasan..."Ishah mula mendesak fairez...dia tahu memang sebegitu sikap Fairez jika diminta untuk berbincang dan berunding sesuatu bersama...
"Bagi aku kau dah tak ada kepentingan apa2 lagi dalam hidup aku....Kalau kau tak mengandung dah lama aku tinggalkan kau,kau tahu..." Fairez bersuara keras,entah kenapa sejak dia melihat kecurangan Ishah yg lepas hatinya seperti benci dan sakit melihat Ishah...dia jijik dengan Ishah dan kandungan Ishah....
"Abang...sampai hati abang cakap Ishah macam tu...apa dosa Ishah pada abang?..,dan apa salah bayi kita bang.." Ishah bersuara dalam tangisan,dia tak mampu lagi menahan airmata dihadapan suaminya itu,sedih dengan ungkapan kata2 yg terkeluar dari mulut Fairez....
"Abang yang curang dengan Ishah...abang yg dah beralih kasih dari Ishah...abang cintakan kawan Ishah sendiri ..Nisa..,sampai hati abang...."Ishah melepaskan segala yang bersarang dalam hatinya,sebetulnya dia tak berani nak menuduh Fairez sebegitu..dia hanya ingin bertanya tentang hubungan Fairez dengan Nisa..tetapi ternyata hatinya sakit dengan lafaz kata2 dari mulut Fairez sendiri....
"Heii...apa yg kau merepek nie....antara aku dengan Nisa itu hak aku untuk berkawan dengan siapa yg aku mau...kau tahu ,kalau tanpa dia aku tak tahu kau curang dengan aku kau tahu..." Pekik Fairez dihadapan Ishah sambil menghempas pintu bilik turun ke tingkat bawah...hatinya panas....
Ishah menangis pilu...dia tak faham kecurangan apa yg Fairez maksudkan..dia tak pernah pun bersentuhan dengan mana2 lelaki kecuali dengan perompak2 yg pernah ingin memperkosanya dahulu...itu pun Fairez yg menyelamatkan dirinya....dan tak sepatutnya Fairez sanggup menipu dirinya dan menduakan cintanya dengan mencintai Nisa sahabat karibnya sendiri....Ishah berjalan perlahan turun ke tingkat bawah...dia lihat fairez masih berdiri di ruang tamu....
"Abang...maafkan Ishah bang...tapi percayalah Ishah tak pernah curang dengan abang...Ishah berani bersumpah bang...."Rayu Ishah kepada Fairez
Namun Fairez langsung tak endah malahan terus mencapai kunci kereta terus keluar meninggalkan rumah...Ishah hampa lagi dia hanya mampu menagis sendirian......
Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Menbuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi
Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyatakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu
Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini
Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu
Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita
Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu
############################
Rabu, 24 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan