#########################
"Tak sangka aku ,teman baik aku dah jadi tunangan orang....huhu..." Nisa rasa sedey kerana dia kehilangan Ishah,nampaknya hanya tinggal dia sahaja keseorangan tanpa teman lelaki...pelik satu pun payah nak datang....
"Nisa...aku tak berubah punya...tetap samalah...jangan wisau ok,kita tetap sahabat sampai bila2....aku sayangkan kau,aku doa lepas nie turn ko plak erkk...jangan wisau..."Ishah menenagkan Nisa,dia juga terlalu sedey,rasanya belum puas dia menikmati zaman riang rianya....'lepas nie mesti tak dapat nak bebas dah...' keluhnya di dalam hati....
"Tahniah Ishah.."Ucapan dari teman2 silih berganti di hari pertunangannya,semua terkejut mendapat berita Ishah bertunang,masing2 tak percaya,sebelum nie Ishah mengaku masih solo...tup..tup...dah bertunang...namun kelihatan semuanya tersenyum melihat Ishah manis berbaju kurung putih dan di jari manisnya ada cincin emas bertahta sebutir batu putih...tampak sesuai di jarinya....
Ishah hanya mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih...dia lihat wajah2 disekelilingnya...semua gembira...namun dalam hatinya,hanya Tuhan yang tahu...dia pasrah andai semua ini mengembirakan hati mereka....
"Kami pihak lelaki kalau boleh tak nak lama dalam tempoh pertunangan nie..maklumlah macam2 bole terjadi sekarang nie..." wakil dari pihak lelaki bersuara menyatakan hasrat mereka agar tempoh pertunangan itu dipendekkan...
Setelah berunding dan memberi kata putus,kedua2 pihak bersetuju dan majlis perkahwinan akan berlangsung 3 bulan dari tarikh pertunangan,mereka berjanji untuk menanggung segala kos perbelanjaan perkahwinan bagi pihak keluarga belah perempuan...hajat mereka benar2 bersungguh untuk mengambil ishah menjadi menantu kepada anak bongsu lelaki mereka...
"Bertuah kau Ishah,dapat bakal suami orang kaya..." terdengar suara2 sumbang bercerita sana sini,kemana sahaja Ishah pergi....kadang2 Ishah merasa rimas dan dia semakin tertekan dengan semua itu.....dia langsung tidak punya semangat dan apa2 perasaan untuk menyiapkan urusan perkahwinannya...semuanya diaturkan oleh keluarganya dan keluarga bakal suaminya.....ishah tak peduli dia malas nak ambil kesah,rutinya dalam tempoh pertunangan itu adalah kerja dan balik kerja,malamnya pula dia lebih banyak berkurung di dalam bilik dan termenung....kadang2 dia menangis,dia takut untuk berhadapan dengan semuanya....
"Ishah , aku cemburu dengan kau ishah....sebab kau dah nak kawen...aku gak yang tinggal sorang2....lainlah kalau aku dah de boyfriend mesti tak terasa sangat ko dah nak kawen...." Nisa mencebikkan bibirnya,dia memang terasa kehilangan Ishah...
"Nisa...aku pun tak sangka jodoh aku datang secara tiba2...ko ingat senang ke aku nak lalui semua nie....tuhan jerr yang tahu apa yang hati aku rasa....bukan macam nie keadaanya yang aku mintak..."Nisa cuba menerangkan keadaan perasaanya pada Nisa,biarlah Nisa tahu yang dia sendiri tak minta semua nie terjadi...kalau bole dia ingin bercinta dahulu baru kahwin,tapi siapa lah dia nak menolak kehendak takdir...
"Aku harap kau tak lupakan aku lepas kawen nanti..."Nisa menghampiri ishah dan dua sahabat itu berpelukkan mesra,Ishah sungguh terharu dan hatinya terasa piluuu.....tiba2 dia teringat Zul....dia rinduuu.....
Hari semakin dekat,sedar tak sedar tinggal seminggu sahaja lagi hari pernikahan Ishah...Ishah semakin berdebar2 dalam tempoh pertunangannya itu ntah berapa kali dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya...dan acap kali itu juga dia menerima makian dan amukan dari ibunya....sedih hatinya,seolah2 dia langsung tidak punya kuasa lagi untuk menentukan keputusan hidupnya...pernah dia mengambil keputusan untuk lari dari rumah...emy selaku penasihatnya tak putus2 memberikan dia kata2 perangsang dan kuat semangat,dia lah yang meyakinkan Ishah....
"Hello ... bole saya bercakap dengan bakal pengantin ? "
Terdengar suara dari hujung talian,sememangnya suara itu Ishah kenal dan cukup kenal....Zulfakar....
"Hello...e..eiyyaa...Ishah bercakap...niiee zul ke..?Ishah sedikit gugup hatinya tiba2 berdebar2....kenapa dia menghubungi aku dalam waktu2 sebegini,ingin mendera perasaan aku kah kau zul....Ishah bermonolog sendiri....
"Hehe...maafkan zul mengganggu,harap ishah tak kesah...sekejap je...zul rindu pada Ishah.." terdengar Zul tertawa kecil...
"Tak pe..Ishah ok..tak buat apa pun...ehmmm...zul sihat ??" ishah cuba mengawal getar hatinya,semenagnya dia pun rindukan zul,sudah beberapa malam dia termimpikan lelaki itu,semakin hampir hari pernikahannya semakin kerap dia teringatkan zul....
"Zul sihat jerr....wahhh...meriah rumah...persiapan macam mana dah sedia ke semua..., mesti ishah gembira kan...zul jerr yang sorang2 ,kesunyian...." ada nada berjauh hati di sebelah sana...
"Persiapan.. Ishah tak buat apa2 pun zul,semua dorang dah uruskan....Zul apa khabar,sihat....macam mana kat tempat baru...seronok...janganlah jauh hati,sedey plak Ishah dengar Zul macam nie,kan kita dah janji jangan sedeh lagi...." Ishah cuba menyedapkan hatinya juga hati zul....
"Hmmm..tempat baru biasa lah,mula2 mesti tak seronok,tapi sekarang dah ok dah...maafkan zul,kadang2 cemburu gak pada bakal suami Ishah tu....tak sangka ye semua jadi macam nie....apa nak buat dah tak de jodoh" Zul juga turut mengawal situasi agar tidak terlalu emosi..dia juga tak bermaksud nak buat Ishah berbelah bagi....tapi sememangnya dia masih sayangkan Ishah ...terlalu...apakan daya dia juga tak mampu mempertahankan hubungan mereka berdua...
"Zul jangan sedeh2,nanti Ishah pun sedeh sama...kalau zul masih sayangkan ishah,lepaskan ishah dari hati zul dan satu jerr yang ishah nak...Zul doakan bahagia untuk hidup Ishah ye...." Ishah merasa terlalu pedih hatinya dan dia rindukan zul,ingin sahaja dia berlari mendapatkan Zul...tapi mana mungkin,dia sudah menjadi kepunyaan orang.,
"Zul doakan Ishah bahagia dan jadilah isteri yang beriman untuk suami Ishah,dan maafkan zul,mungkin Zul tak dapat hadirkan diri pada Majlis perkahwinan Ishah minggu depan...Zul kena bertugas di Johor...apa pun semangat Ishah ada bersama zul selalu...Jaga diri...assalamualaikum"
Zul memutuskan talian sebelum Ishah menjawab salam dan membalas ucapan terakhir Zul...
"Waalaikumsalam...terima kasih Zul..." menitis air mata Ishah,terjelepuk dia di birai katil biliknya dan tiada siapa tahu penderitaan hati kecilnya....Dia menaip bait2 lirik lagu yang dirasakan sesuai untuk dirinya dan Zul waktu itu...dia mahu Zul kuat dan tidak lemah sepertinya...
"Zul maafkan Ishah.....,"
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah.."
###############################################
"Seperti yang awak tahu hari ini awak akan dinikahkan ye cik Ishah,jadi sebelum saya mengakad nikahkan awak dan bakal suami ,saya nak tanya awak sendirilah.......' Nor Farishah bt Mohd.Nor,sudi kah kamu untuk dinikahkan dengan pasangan kamu Mohd Fairez bin Tuan Hj.Mohd Zain berwalikan abang kandung kamu...? " Suara dari kadi yang akan menikahkannya seakan tidak jelas didengarinya,kerana tika itu dia merasakan jiwanya kosong dan dia merasakan perasaanya terbang kesaorangan...tanpa dia sedar semua orang sedang memerhatikan dirinya yang haya terdiam seakan berfikir....
"Diam tandanya setujulah tu..."satu suara yang tiba2 mematikan lamunanya dan tanpa dia sedari di jarinya sudah ada sebatang pen untuk dia menandatangani borang akad nikah itu....antara ya dan tidak dia akur dan mata pena bergerak2 di atas sekeping kertas sebagai saksi perkahwinan dirinya..."Dalam hati dia berdoa semoga Allah bersamanya dan dia benar2 berada dalam kepasrahan...
Di luar bilik sanak saudara dan kawan2 semua menyaksikan hari bersejarah bagi dirinya,dimana majlis akad nikah bagi pengantin lelaki sedang berlangsung...dengan 2 kali lafaz dia kini sah menjadi isteri orang,ibunya memeluk dirinya dan kedua2nya menangis..
"Mak harap Ishah dapat jadi isteri yang baik dan jaga nama baik keluarga kita dan arwah ayah...mak tetap sayangkan Ishah ,ingatlah perkahwinan ini adalah untuk kita mendapat redha dari Allah.." maknya memberi kata2 nasihat untuk anaknya itu,baginya apa yang dilakukan adalah untuk kebahagiaan anaknya,dia sudah tua dan sering sakit2,andainya Allah ingin mengambil nyawanya nanti sekurang2nya..Ishah sudah ada yang akan menjaganya,dia tak akan risau lagi....
"Terima kasih mak...doakan Ishah bahagia dan dapat jadi isteri yang beriman mak..." Ishah tak dapat menahan hibanya,sedikit sebanyak dia mendapat kekuatan dan seperti ada sesuatu yang menyelusup masuk ke dalam hatinya memberi dia semangat untuk bersedia memikul tanggungjawab menjadi seorang isteri....
Majlis persandingannya berlangsung dengan meriah ramai jemputan yang datang meraikan perkahwinanya....Ishah cuba kelihatan untuk gembira dan tersenyum di samping suaminya Mohd.Fairez..keduanya nampak anggun dan segak dengan baju songket berwarna kuning raja,Ishah ayu bertudung....
Bagi Mohd.Fairez sendiri , dia rasa bertuah dan bersyukur kerana Allah menjodohkannya dengan isterinya itu,kesopanan dan kelembutan pada riak wajah Ishah membuatkan hatinya terus terpaut sejak pertama kali ibunya menunjukkan Ishah di majlis perkahwinan sepupunya dahulu.Lantas semenjak itu dia terus bersetuju dengan pilihan ibunya..
"Ya Allah , kau yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang aku mengharapkan cinta dan kasih sayang dari mu agar aku bisa memilikinya..berilah aku kemuliaan sebagai seorang isteri sebaris dengan isteri para nabi yang kau muliakan mereka agar aku bisa menjunjung amanat mu ini....aku berserah diri kepadamu dan ampunilah segala dosaku..perliharalah rumah tangga yang baru terbina ini sehingga akhir hayat kami....aminnn ya rabbalalamin...." Panjang doanya untuk solat Maghrib itu,dia menyangka yang dia akn di imammi namun..suaminya tidak mahu,kerana dia takut dan tidak mampu katanya...terkedu dia dengan ungkapan itu dan hatinya sedikit terkilan,namun cepat2 dia beristifar dan akhirnya masing2 solat bersendirian.....
Kini Ishah dan Fairez berada dirumah mereka sendiri,Ishah tidak bekerja kerana Fairez tidak mengizinkan dia menyambung kerjanya.Rutin Ishah setiap hari adalah mengemas rumah,memasak dan segala tugas sebagai seorang suri rumah dilakukannya sendiri.Kehidupan dirinya memang selesa kini.dia bersyukur kerana punya seorang suami yang penyayang,perlahan2 dia mula melupakan masa silamnya dan hatinya cuba untuk membaja cinta pada suaminya Mohd.Fairez.
"Ishah malam nie kak sal ada buat kenduri dirumahnya , dia telefon abang pagi tadi jemput kita kesana..Kita datang awal ya..." fairuz memberitahu Ishah lewat tengahari itu sewaktu mereka berdua sedang makan tengahari.
"Baiklah bang..,Ishah tak kesah lagipun semenjak kita kawen,Ishah tak pernah pun lagi pergi ke rumah kak sal dan abang kamal.."jawab ishah mesra,sememangnya semenjak 4 bulan mereka berkahwin ,suaminya fairez belum pernah sekali pun membawanya ke rumah sedara mara sebelah fairez.Kesibukan tugas suaminya itu menjadikan mereka belum berkesempatan untuk menziarahi sanak saudara..
" Hai Ishah ..apa khabar ? amboii!..makin berisi dah kamu nie,ada apa2 ke..? tegur kak sal sambil bersalaman dengannya.Ishah hanya tersenyum dan membalas salaman,seterusnya bersalaman pula dengan ayah dan ibu fairez serta kaum kerabat fairez yang lain...kekoknya dia waktu itu,walau pun dia berasa tidak selesa,namun dia cuba sedaya upaya untuk melayan mereka dengan mesra...banyak suara2 asing yang bertanyakan keadaan dirinya dan abang fairez,tentunya soalan samada dia sudah mengandung atau belum...Sememangnya itu soalan biasa bagi orang yang baru berkahwin seperti mereka.Ishah hanya mampu tersenyum sahaja,namun yang pasti dia masih belum merasakan yang dia akan hamil dan tanda2 itu belum lagi datang,lagipun dia merasakan masih terlalu awal,usia perkahwinanya baru mencecah 5 bulan dan rasanya dia seperti belum bersedia,walaupun dia tahu Fairez memang ingin anak cepat2...
"Semua tanya abang pasal anak..,bila lah agaknya kita akan dapat menimang cahaya mata kita sendiri ya..?" fairez bersuara sambil melirik isterinya disebelah sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari rumah kak sal.
" "entahlah bang,mungkin Allah belum nak bagi kita rezki lagi..Insyaallah sampai waktunya adalah nanti.."Ishah menjawab ikhlas dia tersenyum sambil memandang suaminya....
Rabu, 24 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan