~NUFFNANG KLIK-KLIK~

~SELAMAT DATANG~

KEPADA SEMUA TETAMU TERHORMAT SAYA TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KERANA KESUDIAN ANDA SEMUA UNTUK SINGGAH KE HALAMAN SAYA INI.
DI SINI SAYA AKAN MEMBAWA ANDA SEMUA UNTUK MASUK SENDIRI KE DUNIA CERITERA CEREKA CERITA MENARIK DARI SAYA.SEKADAR MENGISI WAKTU YG TERLUANG ...IZINKAN JARI JEMARI INI MERAYAP PADA HURUF-HURUF ABJAD ,MENAIP KISAH DEMI KISAH BAIT DEMI BAIT BERSAMA ILHAM YG BERTANDANG.HARAP MAKLUM...LAMAN INI HANYA SEKADAR TEMPAT ANDA MENUMPANG SINGGAH DAN TIDAK ADA BAYARAN DIKENAKAN.

TERASA INGIN BERKARYA....BERKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA.MANALAH TAHU JIKA SATU HARI NANTI DIIZINKAN KEPADA SAYA UNTUK MENJADI PENULIS NOVEL....HAHA..NAMUN TIDAKLAH HINGGA KE SITU, MIMPI SAYA DI SIANG HARI..

SELAMAT MEMBACA.TERIMA KASIH.SEBARANG KOMEN AMATLAH DIALU2KAN...

Isnin, 22 Februari 2010

~CINTA STATIK~KARYA 2004


CINTA STATIK (karya 2004)

Keadaan di dalam office itu sibuk sekali.Semua penghuninya tertumpu dengan kerja-kerja mereka.begitulah keadaannya, lebih-lebih lagi menjelang hujung minggu.Semua kerja harus dibereskan segera.
“Hello En.Sapuan,”Kedengaran suara dari intercom.

“Ya hello,Harlina ada apa hal ?”
“En.Sapuan pekerja baru yang nak interview tu dah datang.So,nak suruh dia masuk sekarang ke ?.”
“ya,Harlina suruh dia jumpa saya sekarang.”
Tidak lama selepas itu kelihatan seorang gadis cantik masuk dengan gaya yang menawan.
“So, awaklah pekerja baru tu ya?,jemput duduk”.
“Terima kasih Encik, nama saya Julia Hani Kamarul.”
“Sedap nama tu secantik orangnya,oh ye awak tentu dah tahu apa kerja yang awak akan buat di syarikat inikan.?’’
“Ya,saya tahu tapi saya perlu diberi peluang untuk belajar semuanya dahulu.Lagipun saya belum ada apa-apa experience dalam pekerjaan ini.Ini adalah kerja saya yang pertama.”
“Bagus ,awak akan diberi tunjuk ajar dahulu sebelum mula kerja nanti.Harlina tolong tunjukkan meja untuk Cik Julia ni ya.”
Arahnya sebagai ketua pekerja di syarikat itu,selepas bapa saudaranya pergi bercuti semalam,dia juga terpaksa bertanggunjawab meng-interview pekerja baru.
***********************************
“Cikgu!cikgu!,tengok Ain ni dia ambil colour pencil saya.”
Suara manja anak-anak itu sudah biasa didengarnya.Semenjak dua tahun dia bekerja di situ ,anak-anak itulah penghiburnya.
“Ain, jangan macam tu,pulang semula pada Shira.”
“Tapi Ain nak pinjam je,nanti Ain pulang balik.”
Terkedek-kedek anak kecil itu berlari,dan yang seorang lagi sudah mula mencebikkan muka.
“Sudah-sudah nanti cikgu sharp-kan colour Ain,pulang semula pada Shira Ain.”
Begitulah dirinya memujuk anak-anak itu,pelbagai telatah dan ragam yang kadang kala menguji juga kesabarannya.Namun itu adalah sebahagiaan dari tanggungjawabnya untuk menjaga anak-anak itu.Mereka perlukan perhatian ,seperti juga dirinya yang pernah membesar tanpa kasih sayang ayah dan ibu.
“Oi… cik kak ,ingat siapa,buah hati engkau si Sapuan tu ke?.Lama dah akak tak nampak dia kesini,gaduh ke?,.Suara teman serumah mematikan lamunannya.
“Hish..akak ni,pandai-pandai jerlah kata si Sapuan tu buah hati saya,dengar dek orang karang malu besar saya.”
“Alah Wawa ,aku kenal engkau orang berdua ni dah lama,dah boleh teka apa yang muka engkau tu tunjuk.”Suara kak Pah memecah kesunyian hatinya.
“Kak Pah ni bukan apa,engkau orang kan dah kenal lama dari kecil lagi, sekarang ni dua-dua dah besar, dah ada kerja masing-masing pun,nak tunggu ape lagi.”
Kak Pah yang tua enam tahun dari aku yang sudah kuanggap seperti kakak ku sendiri,memang begitu mengambil berat tentang aku.kepadanyalah tempat aku selalu mengadu.Tahun hadapan dia akan berkahwin pasti aku akan rasa kehilangannya nanti.
“Hish..kak Pah ni,Wawa kan perempuan .Sapuan tu pun tak pernah cakap apa-apa pada Wawa,tak akanlah Wawa yang nak mula dulu?,hi malulah.”
“Hai yang selama ni,kak Pah tengok engkau orang berdua selalu jer bersama,tak akanlah tak pernah cakap apa-apa pasal masa depan.”
“Tak adalah kak Pah,lagipun memang kami dah rapat dari kecil,jadi kalau keluar selalu pun tak rasa apa-apa.Kalau pasal masa depan tu ,kita orang cuma cerita nak kumpul duit banyak-banyak untuk masa depan sendiri,tu aje.”
Betulkah aku tak ada apa-apa perasaan,atau aku yang menipu diri sendiri,aaahh…hati, kau mengelirukan.
************************************
“Ehm..Julia,kalau Wan tanya sikit, Julia jangan marah ye,.
“Tanyalah kalau soalan tu ok,Julia jawap.”
Jari-jarinya yang runcing itu lincah bermain-main straw minuman yang masih belum luak.Nampak manis sekali.
“Julia ni dah berpunya ke ?Maksud Wan the best couple?.Issh ..betul ke mulut gatal aku ni.
“Oh, kalau yang itu belum lagi.Lagipun semenjak kerja ni Ju sibuk sikit dan yang selalu Ju jumpa pun Wan seorang sahaja.”Suaranya begitu manja dengan jelingan mata yang menggoda.
*******************************************************
Satu office sudah tahu tentang hubungan yang terjalin antara dirinya dengan Julia Hani,walaupun telah cuba diselindungkan namun dapat juga dihidu oleh pekerja-pekerja bawahannya.Mana tidaknya lagak Julia Hani yang kadangkala kelihatan manja,seperti sengaja mahu menunjuk-nunjuk pada stuff yang lain.Kadang-kadang dia terasa rimas juga mendengar sindiran dari teman-teman yang lain.Tapi memang pun dia menyukai gadis itu.

“Assalammualaikum,Wawa..sibuk ke hari ni?”Sengaja dia mengejutkan gadis itu dari belakang.
“Eh Wan, kenapa tak call dulu nak datang?,Wan tak kerja ke hari ni?.”Ada getar dalam suara itu.
“Saje nak tengok Wawa,kan dah lama Wan tak datang sini,Wawa tak rindu pada Wan ke?.”
Hissh…lelaki ni sengaja nak uji aku ke,tanya soalan cam ni..
“Rindu..,ade ler sikit.”Cuba dia menjawab dengan nada gurauan,takut jika ada yang perasan dengan getaran jiwanya.
“Kak Pah mana?, ada hal ler nak cerita sikit.”
“Kak Pah dah keluar,petang nanti dia balik ler,Wan nak cerita apa pada Kak Pah?.Ceritalah pada Wawa sekali.”Pasti ada cerita menarik sampai kak Pah pun dia ajak dengar.Duga hatinya sendiri.
“Minggu depan wan nak bawa sorang kawan Wan kesini,saje nak tunjuk tempat Wan dibesarkan”.
Kawan,..tak pernah pun dia bawa kawan dia sebelum ni.

“Kawan tempat kerja Wan ke?”.
“Haa..dia kawan tempat kerja Wan namanya Julia Hani,dia teringin tengok pusat ni,tempat Wan dibesarkan.”
Tiba-tiba hati ini tak menentu,kawan dia perempuan,kekasih dia ke perempun tu…

“Oh ye ker,Wan tak pernah cakap pun sebelum ni pasal kawan Wan yang ni.”
“Memang ler,dia baru masuk kerja tiga bulan lepas,tulah yang nak cerita ni.”

Oh..patutler dalam tempoh tiga bulan ni,dia tak datang sini dan tak hubungi akupun.Rupanya ada benda yang dia utamakan.
“Eh..Wawa yang engkau ni apasal,…?”
“haa…eh.. tak dek apa lah.Ha,Wan bawalah dia ke sini ,boleh ler Wawa kenal sekali.”

Betul ker dengan apa yang aku cakap ni,sekali lagi Wawa bersekongkol sendiri.
**********************************************
“Wan dekat pusat tu memang untuk anak-anak yatim jer ke?”.
“Ia Julia,pusat jagaan tu untuk anak-anak yang macam aku tak ada mak ayah.Dari kecil aku membesar di situ.”
“Siapa yang Wan kenal kat sana ?.”
“Nanti Wan kenal kan pada Julia ,dia orang semuanya macam saudara Wan sendiri.”
“Wan tak ada adik –beradik kandung yang lain ke?.”
“Tak der, Wan ni anak tunggal.Tu pun Pak Cik Wan yang beritahu masa Wan kenal dia lima tahun lepas.”
************************************************
“Wawa ,betul ke si Wan tu nak bawa makwe dia datang sini?”
Soalan yang cukup menyiksakan aku untuk menjawabnya.
“Betul la agaknya Kak Pah.”
“Biar betul si Sapuan tu,habis engkau macam mana Wawa?”.
“Hishh..macam mana apanya kak Pah ni,biarlah Sapuan kenalkan pada kita makwe dia tu.Sekurang-kurangnya kita ni orang penting juga dalam hidup dia.Sebab tu dia nak kenalkan pada kita.”
“Engkau ni bercakap macam lah aku tak tahu,yang engkau pun ada hati pada dia.”
“Mana ada ,kak Pah ni pandai-pandai aje.Siapalah saya ni yang Sapuan nak pandang ,dah lah orang tak ada,pelajaran pun tak seberapa.”
Terasa hinanya aku,tak layakkah aku untuk bertahta dihatimu.Terlalu lama aku menyimpannya,dan kini aku terpaksa untuk terus menyimpannya.Biarlah..kau tak mengerti dan tiada siapa tahu.
***************************************************
“Assalammualaikum..,Kak Pah ni lah kawan Wan, Julia Hani.”
“Waalaikumsalam,ehh…apa khabar?”
“Saya baik,akak kerja kat sini ke?”.
“Ya Julia,nilah kakak angkat Wan,dia pun dah lama kerja di sini.Mana Wawa kak ?.”
“Oh..,dia masih dekat bilik prep budak-budak tu.Kejap lagi turunler tu.”
*********************************************
Kelihatan rancak benar perbualan antara mereka,dan dari jauh Wawa dapat melihat wajah gadis yang berjaya mencuri hati Sapuan.Gadis itu memang cantik jelita,berbanding dirinya yang tidak pernah bermekap pun.
Oh hati semoga kau kuat.Walaupun dia tahu hatinya cukup berdebar tika itu.
“Eh Wan, dah sampai ke?”huluran tangan di sambut dan kemudian bertukar ke tangan lembut dan halus yang satu itu.
“Oh ya Julia,ni lah Wawa adik angkat yang Wan cerita tu.”
“Oh, hai Wawa.”Sambil mesra menyambut huluran tadi.Cantik juga,tapi Sapuan tak terpikatkah?..

Hanya tuhan yang tahu betapa luluhnya hatiku.Mengapa aku berperasaan begini,sayangkah aku pada Sapuan.Aaah.. adik, aku yang beberapa bulan jer beza dengan dia,dia kata aku adik..Sampai hati kau Wan,takut perempuan tu salah faham dengan aku ke.


“Hai..eee..Cik Julia Hani ..ya?”Nekad ku cuba bertatapan pandang dengan gadis itu.
“Ya,dan awaklah Wawa yang Wan selalu cerita tu ya?”


Cerita?,apalah yang budak Wan ni dah cerita kat si Julia ni. Wawa menjeling Sapuan yg tersenyum kambing.

Selepas dari pertemuan itu,Wan tak datang lagi,telifon juga jarang.Dan aku telah menjadi seorang perindu.Aku betul-betul merinduinya.Adakah aku mula menyayanginya.Oh tuhan..,jika benar aku telah pun kehilanganya.

**************************
“Kak Pah ,Wawa mana?dah lama Wan kat sini batang hidung dia pun tak nampak?.”
“Wawa pergi ke pekan,nak cari barang sikit katanya,yang engkau ni Wan dah lama tak nampak.Telifon pun dah jarang,sibuk dengan budak Julia tu ke?.”
“Eh kak Pah ni,saya dengan budak Julia tu bukan ada apa-apa.Kita orang kawan biasa sahaja.”
“Ha ..ialah tu,bukan main manja lagi kak Pah perhati dia hari tu dengan engkau,biasa apa ?.Akak ni bukan apa Wan,Wawa tu akak rasa lagi sesuai dengan kau.Lagipun kan engkau orang berdua dah kenal lama.”


“Wawa tak akan pandangnya orang macam Wan ni kak Pah.Lagipun kita orang ni dah macam adik beradik.”

“Tapi akak rasa Wawa tu ada hati pada engkaulah Wan,sengaja dia tak nak tunjuk.Bukan apa ,lepas engkau bawa Julia ke sini hari tu,akak perhati dia macam tak senang duduk.Termenung jer selalu tunggu call dari kau.”
***************************************************
Wawa suka dekat aku,hissh..harap-harap tak betulah apa yang kak Pah fikir,tak akan le..Tapi apa salahnya kalau ya,dah lama aku tunggu waktunya.

“Hai Wawa,lama tak nampak .Wan call pun asyik sibuk jer.”
“Eh Wan datang sendiri jer,mana Julia Hani dia tak ikut sekali ke ?”
“Sengaja Wan tak bawak,tadi dia memang nak ikut,malas ler Wan nak bawak.”

Oh hubungan mereka masih mesra rupanya,mungkin saling sayang menyayangi…Tak mengapalah.

“Wawa cuba pilih cincin ni ,yang mana satu cantik.?”
“Cincin untuk siapa ni Wan?.”Dia nak belikan aku cincin ke?tapi kenapa, untuk apa?.

“Wan nak bagi pada Julia.”
Jawapan itu cukup ringkas,tapi dalam maksudnya untuk aku benar-benar memahaminya.Tabahlah hati.

“Wawa ,Wan nak ucap terima kasih sebab sudi temankan Wan beli cincin ni.Lagipun selera perempuan lain,kalau Wan pilih nanti mesti tak cantik pada mata Julia.”


Kalau dia benar-benar sayangkan engkau Wan,cincin tu tak berharga pun dia akan sanggup terima.Cinta tu bukan dari harta atau emas yang kita beri,tapi dari hati.Engkau tak akan faham Wan. Wawa bersenandung sendiri dalam hati kecilnya.Rasa mahu sahaja dia menjerit sekuat hati.

“Wawa ,Wan tanya sikit boleh tak?”
“Wan nak tanya apa?.”
“Sudi tak Wawa jadi teman istimewa Wan untuk sehidup semati.Wan cintakan Wawa.”
Apa yang dia cakap ni,aku mimpi ke atau dia yang dah gila.Habis cincin tu….
“Wan,cincin tu kan untuk Julia…”
“Wan nak tahu jawapan ya atau tidak, itu sahaja.”


Dan adakah aku yang gembira kerana tanpa ku paksa aku telah pun menganggukkan kepala dan air mata ini bergenangan.
“Ha! Wawa ,macam mana best tak ayat power Wan?.Harap Julia pun terima dan jawab sama macam mana Wawa jawab.”

Apa lelaki ni maksudkan,aku atau Julia…

“Eh..Wawa,rasa-rasanya Julia terima tak cinta Wan?.”
Baru aku mengerti dia maksudkan Julia,dan aku baru dengar satu babak lakonan sahaja sebentar tadi.Cepat-cepat aku seka air mataku dan senyum ke arahnya.Semoga dia tak perasan apa-apa. Gila sungguh kau Wan.


Seminggu telah berlalu ,namun aku rasakan baru berlaku sebentar tadi.Aku betul-betul merasa tertipu dengan apa yang dilakukan olehnya,Wan sampai hati kau melukakan hati ini,…aku kecewa Wan ,terlalu….

*******************************
“Eh..,Kak Pah ada tamu ke?,mungkin bakal mak mentuanya”,duga hati ini sendiri dan salam kemesraan ku hulur ,dan semanis mungkin senyuman ku berikan pada tetamu itu.Lantas meminta diri untuk terus masuk ke bilik.


“Oh ya kak, abang, itulah Wawa.”Kak pah memperkenalkan Wawa pada tamunya.Mereka semua tersenyum memandang antara satu sama – lain.

“Wawa,akak nak beritahu engkau sesuatu.Ini hajat orang,dia nak meminang engkau untuk anak saudara mereka.Budaknya baik Wawa ,tapi terpulanglah pada engkau.”
“Meminang saya?,jadi yang tadi tu orang datang meminang lah ya kak….?.”
Kak Pah hanya mengangguk dan tersenyum ,namun ianya bagaikan kemalangan padaku.
“Ni cincinya,engkau tengoklah sendiri.Fikirlah baik-baik,jangan buat keputusan melulu.”
Kak Pah meletakkan satu kotak kecil bekas yang mungkin diisi dengan sebentuk cincin pinangan untuk aku.


Tiba-tiba aku terkenangkan Wan,kalau kau dah bahagia,kenapa aku tak boleh rasa kebahagiaan itu.Dan bekas cincin itu aku buka juga..,sebentuk cincin emas bertahtakan batu-batu berlian berkerlipan dihadapan mataku,terletak cantik.Tapi cincin itu sama seperti…..
********************************************

“Hai sayang, tengok apa kat cincin tu,sampai abang kat sebelah pun tak perasan?”.
Teerkejut aku dengan sapaan Sapuan,yang kini telahpun menjadi suamiku.Tak ku sangka cincin yang ku pilih dulu,sudahpun berada di jari manisku.Sapuan juga menjadi milikku.Aku hanya mampu tersenyum bahagia memandangnya.


“Terima kasih Wan,semoga kita akan terus bahagia bersama.”
Sapuan merangkul lembut pinggang isterinya,dia tahu kasih-sayang isterinya itu terlalu dalam.Sengaja dia ingin mengujinya dahulu,ternyata dia tidak salah mentafsir perasaan gadis itu terhadapnya.Kini ,dia berjaya memiliki cintanya.

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>


Tiada ulasan:

Catat Ulasan