#########################################
Pada malam itu rumah Ishah dan Fairez riuh rendah dengan suara adik beradik Fairiz. Hj.Mohd Zain sengaja mengajak isteri dan anak mereka 2 orang kakak Fairez datang bersama untuk bercuti,cadang mereka ingin tidur semalam di rumah Fairez dan mengajak sekali anak lelakinya itu bercuti sama ke Bukit Merah sekeluarga keesokkan harinya.Anak Kak Sal dan anak Kak Ani berlari berkejaran sesama mereka,terhibur juga hati Ishah pada malam itu,walau pun agak sibuk melayan keluarga mertuanya.Fairez seperti biasa belum pulang ke rumah...pelik Ishah dengan sikap suaminya,walhal dia sudah memberi tahu akan kedatangan mak ayah dan keluarga Fairez petang tadi.Nak tak nak terpaksa dia berbohong pada ayah dan mak mertuanya menyatakan Fairez berjumpa client.
"Manalah si Fairez nie,agak2nya tak suka kami datang ke sini nie.." Puan Zawiyah mak mertua Ishah bersuara setelah selesai makan malam..
"Hisshh...awak nie,ada lah kerjanya lagi tu yang masih dibuat kat pejabat tu...sekejap lagi balik lah tuhh..."Hj.Mad Zain ayah mertua Ishah bersuara menepis kata2 isterinya sambil mereka berjalan duduk di ruang tamu...
Dua orang anak menantu lelaki mereka masing2 berbual sesama sendiri sambil memerhati anak2 mereka bermain selepas makan malam bersama.Kak Sal ada 4 orang anak 1 perempuan dan 3 orang lelaki,manakala Kak Ani ada 2 orang anak,kedua2nya lelaki...Oleh kerana masing2 berumur antara 10 ke 3 tahun itu yang membuatkan suasana agak riuh dengan karenah anak2 mereka masing2....
"Ishah esok macam mana nak ikut kita orang tak?"soal Kak Sal pada ishah ketika masing2 mengemas dapur selepas makan malam bersama tadi...
"Entahlah kak,Ishah tak kesah tapi tak tahu lah kalau abang Fairez kena kerja esok..."Ishah menjawab perlahan..
"Fairez memang selalu sibuk macam nie ke Ishah ?" Soal Kak Ani pula yang sedang membasuh buah2an untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut .
"Kadang2 macam nie lah kak,kalau dia kena ke luar daerah 2 ke 3 hari baru balik.." Ishah menjelaskan lagi
"Alahai..apalah yang disibukkan sangat si Fairez tuhh,kau orang pun belum ada anak lagi ,tak cukup2 lagi ke...??"Bising Kak Ani pada Ishah tentang sikap adik lelaki tunggalnya itu...
"Ko jangan manjakan sangat si Fairez tu Ishah,dia tu kalau orang tak bising ikut suka hati dia lah di buatnya ko nanti...akak nie dah paham sangat perangai si Fairez tuhh...makin di diamkan makin tak kesah di buatnya ko nanti..." Kak Sal pula yang membebel dengan perangai Fairez..kasihan juga dia pada adik iparnya itu...bukan dia tak tahu perangai fairez macam mana,semakin tak di tegur semakin buat tak tahu....Ishah pula dilihat terlalu pendiam dan menurut...
"Buat masa nie abang Fairez tak pernah lagi buat hal kak,Ishah masih dia layan seperti dulu...alhamdulillah abang Fairez masih sayangkan Ishah sepertimana kami mula2 kawen dulu..."Ishah tersenyum kelat,dia cuba mempertahankan juga suaminya walaupun dihadapan iparnya sendiri...tugas isteri untuk menutup keburukkan suaminya ,selagi dia rasa dia perlu..
Fairez muncul juga akhirnya,dia bersalaman dengan keluarganya yang semua sedang berkumpul menunggunya sambil menonton tv..anak2 buahnya pula bising bermain permainan ps2 di dalam bilik bacaan Fairez,kecuali anak Kak Ani Munir yang berusia 3 tahun sudah terlelap dipangkuan ibunya....
"Apalah kau nie Fairez,banyak sangat ke kerja kau di pejabat tu,balik sampai malam2 macam nie..?"Soal Haji Mad Zain pada anak tunggal lelakinya...
"Ya ayah,riz memang tengah sibuk sekarang nie,minggu depan nak kena pergi Brunei 2 minggu..."Jwab Fairez hormat..walau pun letih sedikit melayan pelanggannya yang banyak kerenah tadi di pejabat,terpaksa juga dia memaniskan mukanya berhadapan dengan semua familynya...dia berborak2 mesra bersama ahli keluarganya sehingga lewat malam...bukan mudah nak berkumpul bersama sekeluarga,masing2 sibuk dengan urusan sendiri....
"Abang penat....nak Ishah urut abang.."Perlahan suara Ishah sambil tangannya sudah memicit2 lembut bahu suaminya,ketika mereka berdua berada di bilik sendiri..suaminya sudah selesai mandi dan berpakaian bersih berbaring di sampingnya....haruman dari rambut suaminya yg basah menyegarkan...rindunya Ishah pada suaminya itu....dia terus memicit perlahan,fairez hanya memejamkan mata sebelum dia tertidur keletihan...
Ishah menggerakkan fairez untu bangun bersolat subuh...walau pun kadang2 agak liat menyuruh Fairez bangun namun Fairez tetap juga bangun menunaikan solat Subuh...
"Abang tak dapat ikut dorang hari nie,tak dapat nak ambil cuti,banyak kerja...Ishah pergi dengan dorang erkk.."Fairez bersuara sambil menyikat rambutnya,sementara Ishah sibuk mengemas katil mereka..
"Kalau abang tak ikut Ishah pun tak nak lah bang...lagi pun mak kata balik esok,nanti siapa pulak nak masakkan makan malam abang..."Ishah bersuara perlahan...dia memang teringin untuk pergi bercuti dah lama Fairez tak mengajaknya bercuti....pernahlah dahulu tahun lepas mereka berdua bercuti ke Teluk Cempedak,itu pun sebab mengikut fairez pergi ke seminar 4 hari...rasanya kalau setakat dia yang pergi sendirian tanpa suaminya Fairez, pasti dia merasa kesunyian nanti..walaupun keluarga suaminya itu melayannya dengan baik...
"Terpulnglah Ishah ,kalau nak pergi abang tak larang..lagi pun abang memang tak ada masa nak ajak Ishah pergi bercuti sekarang nie..kalau nak tunggu pergi dengan abang...tak tahu bilalah..."Fairez menjelaskan,dia tahu benar sudah lama dia dan ishah tidak pergi bercuti..bukan dia tak mahu membawa isterinya bercuti..tetapi entahlah...dia sendiri tak tahu kenapa dia bersikap malas,selalu pun dia sengaja menyibukkan dirinya,bila berdepan lama2 dengan Ishah dia rasa serba salah dan kasihan....bukan dia tak rasa bersalah pada isterinya itu....tapi dia rasakan seolah2 mereka berdua bukan lagi suami isteri,hambar...kadang2 dia lebih gemar menghabiskan masanya di pejabat sendiri,puas Harun sahabatnya menasihati dirinya...entahlah berdepan dengan Ishah seperti membuat dia bersalah,dan memandang wajah Ishah seperti membuat dia kasihan pada isterinya...dia tahu Ishah setiap malam menunggunya pulang tak pernah jemu,kadang2 dia tahu Ishah penat memasakan untukknya namun dia tak mahu menjamah...dia perasan yang mereka berdua sebenarnya ada masalah,namun biarlah dahulu...ujarnya sendirian,tanpa dia sedar ada hati yang telah dilukainya...
"Kami pergi dulu lah kalau macam tu...sesekali nak ajak kau nie bercuti pun susah lah Fairez..merungut Puan Zawiyah sambil mereka sekeluarga sudah bersiap2 untuk berangkat pergi bercuti ke Bukit Merah..terjerit2 anak2 kak sal dan kak ani di dalam kereta masing2 melambaikan tangan..
"Maafkan kami mak,bukan tak nak ikut tapi Riez memang betul2 banyak kerja.." Jawab Fairez sambil bersalaman pula dengan ayahnya..
"Kau pun Ishah,Fairez tak mahu ikut,kau pun tak mahu pergi...apalah yang nak di tunggu,takut si Fairez nie bawa perempuan lain balik rumah ke..?" celupar mulut mak Fairez membuatkan ishah dan fairez berpandangan...
"Baik cepat2 kau mengadung Ishah..." Puan Zawiyah bersuara lagi,sebelum sempat mereka membalas kata2 pedasnya tadi...
"Awak nie tak habis2 nak baut budak2 nie merajuk...nanti dia orang tak balik jenguk awak,awak juga yang bising2...ini kalau dah ade dua2 depan awak...asyik nak menyakitkan hati sahaja...dah jom kita pergi.."Ayah Fairez menegur ketrlanjuran kata isterinya itu,dia tahu pasti kata2 isterinya itu melukakan hati anak dan menantunya...sempat juga dia melihat rona wajah Ishah tertunduk dan tersenyum kelat,begitu juga Fairez yang memeluk bahu isterinya...sebelum dia sendiri menarik tangan isterinya menuju ke kereta sambil diperatikan oleh anak dan mennantunya yang lain memanti mereka di kereta masing2...
"Babai...cik ishah,cik Fairez..."riuh suara anak2 bauh Fairez melambaikan tangan ke arah mereka sebelum 3 kereta itu hilang dari pandangan mereka membelok keluar pagar rumah....
"Ok lah Ishah abang nak pergi pejabat dah nie...jangan ambil hati dengan kata2 mak tadi,Ishah faham dengan mak abang kan...??"Lembut Fairez bersuara menenagkan hati isterinya,dia tahu Ishah terasa hati..dia juga turut terkejut dan panas telinga dengan kata2 ibunya tadi...
"Tak apalah bang,Ishah faham...lagi pun mungkin mak terasa hati sebab kita tak dapat ikut dorang bercuti...Ishah tak kesah , janji abang sayangkan Ishah.."Ishah tersenyum ke arah suaminya dan menghantar suaminya ke muka pintu..
satu ciuman mesra hinggap di atas kening kirinya lalu dia mengucup lembut tangan suaminya...Ishah setia menghantar pandangan pada pemergian suaminya sehingga hilang bayang kereta suaminya dari pandangan.....rindunya dia pada suaminya itu..... dia akan setia menanti kepulangan suaminya hari itu yang baru sahaja pergi ke pejabat sebentar tadi....'Ishah akan tunggu abang balik hari ini...' ujarnya perlahan di dalam hati sambil melangkah masuk menutup pintu rumahnya,hatinya penuh rindu pada suaminya itu....
Rindu-rindu aduh! sayang merindu
Jauh-jauh orang sudah menjauh
Kasih-kasih aduh! sayang berkasih
Bukan-bukan hamba orang terpilih
Kiri duri kanan pun berduri
Arah mana ke mana
Hendak hamba melangkah
Nasib diri begini nasib diri
Rela hamba terima
Walaupun jiwa parah
############################################
Rumah Ishah terasa sunyi,sesunyi hati dan perasaan Ishah tika itu ditinggalkan Fairez kesaorangan, jika sehari pun dia sudah merindukan suaminya itu...inikan pula hendak menunggu habis 2 minggu..Fairez baru sahaja kelmarin bertolak ke Brunai...'Ahhh....ada lagi sebelas hari,apa aku nak buat nie...' dia bercongak2 sendirian dalam hati.Butang remote astro ditukar2 channel-nya namun tak satu pun siaran yang menarik hati...dia bosan sendirian di rumah besar itu...lalu tv di offkan,berlalu dia ke luar balkoni rumahnya,melihat persekitaran kawasan perumahan yang hampir 4 tahun didiaminya itu...sama,serupa tiada apa yg berubah,kecuali perubahan yg terdapat pada beberapa buah rumah lain ada yg berubah warna cat rumah mereka,ada yg bertukar pintu pagar baru dan ada juga rumah mereka yg kelihatan dindingnya sudah berlumut cat nya sudah berubah warna....duduk di kawasan perumahan elit di tengah bandar besar ini,hanya dapat melihat bangunan ,dan tembok batu sahaja....hati pun bole jadi beku macam batu...Ishah menarik nafas dalam2 dan melepaskan semula,matanya terhenti di halaman sebuah rumah,dia melihat seorang anak kecil sedang bermain pancuran air,manakala si ibu sedang leka meneliti pokok bunga yg ditanamnya,kerana terkena percikan air dari si anak,segera si ibu itu berlari pada anaknya dan mematikan paip air itu lalu memimpin anaknya masuk semula ke rumah...Ishah lihat baju kanak2 itu juga basah ...hati Ishah sedikit terhibur...'Alangkah bahagianya jika yg tadi itu adalah aku' bisiknya sendirian....
'hanya dirimu,yg bisa..
membuatku tenang....'......lagu dari telefon bimbit Ishah berbunyi berkali2...tertera nama Kak Ain ,kakak kandung Ishah.
"Hello...Assalamualaikum..." Ishah menjawab panggilan itu.
"Waalaikumsalam.."Ishah datang rumah akak petang nie,Hari jadi Najwa..ajak Fairez sekali..." Terdengar suara Kak Ain di hujung sana...Dua beradik itu berbual mesra seketika....
Ishah bersiap2 untuk ke rumah Kak Ain dia memandu sendiri kereta kenarinya ,hadiah dari Fairez sempena hari lahirnya yang ke 25 tahun yang lalu,dengan kereta itu juga dia sering kemana2 sendirian,sebab itu juga Fairez tidak kisah pada dirinya,kerana suaminya itu tahu Ishah pandai berdikari sendiri..sebelum pergi sempat Ishah singgah mencari buah tangan dan hadiah buat Najwa anak saudaranya itu..
"Kau dengan Fairez sekarang macam mana Ishah semua ok..?" soal kak ain padanya.
"Biasalah kak Ain,macam nie lah abang Fairez asyik sibuk dengan kerja dia je..kadang2 tu boring gak kena tinggal sorang2..lainlah kalau ada anak.."Ishah sedikit mencebik sambil mencuit pipi gebu Najwa anak ke dua Kak Ain yang sedang minum susu botol dipangkuan kak Ain...
"Dah tugas dia Ishah,kau banyakkanlah bersabar...lagi pun belum ada anak tak kesah sangat ishah..dah ada anak nanti bila suami tak de kalau anak2 demam tu yang susahnya tu...macam akak nie lah, bawak kereta pun tak pandai...harapkan abang Malik jerr...nasiblah abang Malik tu kerja kerajaan ,normal plak tuhh..."Kak Ain memberi kata2 semangat semula pada Ishah adik bongsunya itu...teringat dia dulu sebelum Ishah berkahwin menangis2 Ishah mengadu kepadanya....
"Malam nie kau tidur lah sini Ishah.." pelawa kak Ain pada ishah..
"Ehh...tak pa lah kak,lagi pun Ishah bagi tahu abang Fairez nak datang rumah akak sekejap jerr ,tak cakap plak nak tidur sini...hmm...lagi pun Ishah nak pergi ziarah kubur arwah mak dengan ayah,terlanjur dah balik nie..." Ishah bersalaman dengan Kak Ain dan abang Malik,dia menghulurkan duit kepada dua orang anak saudaranya,Mira dan Najwa....
di pusara ayah dan ibunya Ishah menyedekahkan bacaan Fatihah dan surah al-Ikhlas,dia berasa tenang seolah2 dapat merasakan yg kedua orang tuanya sedang tersenyum di sisinya....setelah mendoakan rahmat untuk kedua orang tuanya Ishah sendu sendirian...'doakan kebahagiaan untuk Ishah mak ayah...'bicaranya perlahan , dia teringat akan kata2 seorang ustaz sewaktu dia menghadiri ceramah di masjid kawasan permahannya tempohari ' Arwah akan mendengar doa orang2 yang menziarahinya..insyaAllah arwah juga akan mendoakan kembali umtuk orang2 yang mendoakan mereka..' semoga doaku kau makbulkan Ya Allah..."menitis air mata Ishah penuh keinsafan....dia bangun perlahan ,melangkah meninggalkan tanah perkuburan itu .. yang hidup harus meneruskan hidup...
#############################################
#################
Tersedar dari lamunan , Ishah mencapai telifon bimbitnya yang berbunyi nyaring..baru sebentar tadi dia menghubungi Fairez,,,,engage...dia menyangka Fairez menghubunginya semula....
"Hello Assalamualaikum abang...!!" mesra dan manja suara Ishah...
"Hello...ehh...nie aku lah Ishah.. Nisa nie..." Suara Nisa yang menjawab di talian...
"Ehh...kau Nisa...maafkan aku...ingat suami aku tadi...." Ishah terkejut sedikit ,dan malu sendiri dia menyangka Fairez...hampa sedikit perasaanya...
"Nisa...aku dengar Fairez pergi Brunai kan...so, aku rasa nak tidur teman kau malam nie....bolehkan....." Terdengar suara Nisa mempelawakan dirinya untuk menemankan Ishah ...
"hmmm...dah masuk seminggu dah Fairez pergi...aku nak gak pelawa kau temankan aku...tapi aku rasa serba salah pulak ...takut2..manalah tahu nanti aku ganggu privacy kau pulak..ye lahh anak dara macam kau nie,mesti lah ada privacy sendiri...lagi pun aku segan nak mintak kau temankan aku lagi....selalu sangat...nanti kau kata apa plak..." Ishah menyatakan pandangannya,sememangnya dia ingin juga mempelawa Nisa tidur dirumahnya,Fairez pun ada berpesan dengannya...tapi dia segan takut kalau2 Nisa fikir yang bukan2 pula nanti,lagi pun Nisa bekerja,fikirnya sendirian...
"Ehh....kau nie,macamlah aku nie siapa...aku kan kawan kau....kalau aku sibuk aku cakaplah aku tak boleh....tapi aku kalau ko ajak Ishah,sesibuk mana pun aku,aku mesti senangkan diri....hehe...bukan senang tau nak dapat kawan macam aku nie...Nie pun Fairez yang bagi tahu aku ko kat rumah sorang2..."Nisa menjelaskan , sememangnya Nisa menunggu peluang ini untuk bermalam di rumah Ishah lagi...
Namun kenyataan Nisa,menimbulkan sedikit tanda tanya pada diri ishah...'Fairez beritahu...' hatinya berbisik sendiri...
"erkkk...fairez ade teli......" belum sempat dia menghabiskan kata2,Nisa memotongnya...
"k lah Ishah aku ada hal nie...,petang nie aku datang rumah kau ,kta sambung lagi nanti...tunggu aku tau...ok..." Klik.....talian dimatikan....
Ishah termati kata2....dia termanggu2 dan akhirnya dia terlelap awal tengahari itu...dia rasa kepalanya sedikit berdenyut pening....
######################################
Dekat nak Maghrib baru Nisa tiba di rumah Ishah yang tika itu baru selesai menggoreng ikan dan memotong sayuran untuk hidangan makan malam mereka berdua...
"Amboii...harumnyerrr bau goreng ikan nie, perut aku memang lapar nie..maaflah Ishah aku lewat tak dapat nak tolong ko masak...ehmm...nanti malam aku tolong ko erkk..."Nisa mengenyit mata ke arah ishah yang tersenyum menyambut kedatangannya,beg pakaian digalas di bahunya...
"Ishah..,aku naik atas dan guna bilik biasalah erkk..."Nisa selamba menapakkan kaki memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas...biasa...
"Ishah hanya menganggukan kepala dan memerhati sekilas tindak-tanduk Nisa sahabatnya itu..,mungkin kerana kebiasaan Nisa bermalam di rumahnya menjadikan Nisa seolah2 sudah terbiasa dengan situasi dan keadaan dirumah Ishah..dan sememangnya bilik yang digunakan oleh Nisa sememangnya khusus untuk para tamu...Ishah juga tak kesah....
Selesai solat Maghrib Ishah berteleku sejenak di tikar sejadahnya,dia khusuk berdoa kepada penciptanya agar diberi kesejahteraan dalam rumahtangganya dan mendoakan keselamatan buat suaminya Fairez...sejak seminggu Fairez ke Brunai hanya 3 kali sahaja suaminya itu menghubunginya....mungkin terlalu sibuk duganya sendirian...dia rindukan Fairez...terlalu....dan airmatanya berlinangan ada terbit rasa sendu dalam hatinya..entah kerana rindukan suaminya atau kerana dia merasakan terlalu kerdil dihadapan Allah s.w.t meminta dan bermunajat sebegitu...doanya lagi agar dia diberi kekuatan dan ketabahan hati,dia lebih mendambakan cinta dari Allah s.w.t ,juga tidak pernah lekang dari bibirnya bermunajat agar Allah mengurniakan dia dan suaminya zuriat sebagai penyeri rumahtangganya....Selesai bersolat baru dia teringat yang Nisa ada dirumahnya...bergegas dia turun kebawah mencari Nisa...
"Amboi Nisa,diam2 dah de buah hati nampak...hmm...jangan lupa cerita pada aku nanti..."Ishah menegur Nisa yang tika itu dilihatnya sedang duduk di sofa tersenyum2 sendirian sambil jemarinya ligat menaip sesuatu pada telifon bimbitnya yang tak lekang dari genggamannya itu...
"ehh...kau Ishah..terkejut aku...ehmm...tak de lah buah hati...kawan aku tadi tuhh....,jom aku tolong kau masak..."Nisa tersenyum memandang Ishah sambil membuntuti Ishah ke dapur untuk menggoreng sayur yang telah siap dipotong dan di basuh tadi...
"Kau teman aku sampai suami aku balik yerr Nisa.."Pinta Ishah sewaktu mereka berdua sedang memasak bersama tika itu...
"Tengoklah aku tak janjilah..lagi pun kalau 2 malam nie boleh lah...kau tahulah mak aku tu kan....dia mana suka aku dok merewang lelama rumah orang nie...lagi2 rumah kau,dia kata takut aku mengganggu kau plak nanti..."Nisa bersuara sambil tanganya ligat mengacau air laicy yang dibancuhnya didalam jak.
"Kau beritahulah yang suami aku tak de kat rumah...lagi pun aku sunyilah Nisa..."Balas Ishah yang sedang menyenduk nasi dari ricecooker ke dalam mangkuk nasi...
"Kadang2 kesian gak aku tengok kau nie Ishah,suami kau asyik pergi outstation jerr....kau plak tinggal sorang2..tak boring kerr...?" soal Nisa kembali kepadanya...
"Habis tu nak buat macam mana Nisa,dah dia kene bertugas...aku sebagai isteri kenalah faham..tak akanlah plak aku nak halang dia pergi..." jawab ishah perlahan...
"Kalau aku lah Ishah mesti aku nak ikut kemana suami aku pergi....lagi2 lama sampai 2 minggu...kau nie percaya sangat dengan si Fairez tuhh...manalah tahu kalau2...."Nisa memandang ke arah Ishah yang selamba mengelap gelas...tak berani pula dia meluahkan semua yg ingin dilafazkan....
"Nisa...kau belum berkahwin dan kau tak faham situasi seorang isteri tu...kadang2 sebagai isteri nie selalu di uji dan di hasut dengan kata2 dari hati kita sendiri...cemburu dan rasa tak percaya pada suami...aku tak nak simpan dan layan perasaan macam tuhh...tak baik dan bole buat aku rasa syak yang bukan2 pada Fairez....lagi pun aku sangat2 percayakan Fairez,dia tak kan abaikan aku..."Jelas Ishah dengan betul2 yakin pada dirinya...lagi pun dia sudah menyerahkan segalanya pada ketentuan Allah..sejak dari awal perkahwinan lagi dia sudah memasrahkan dirinya dan perkahwinannya itu.....dia sudah bersedia pada ketentuan Allah ke atas dirinya nanti....
"Ialah aku belum berkahwin mungkin aku tak faham situasinya macam mana..,tapi entah2 suami kau selalu outstation pun pasal sunyi tak kat rumah nie Ishah...hmmm.."Selamba Nisa meluahkan kata,entah kenapa dia rasa puas melihat Ishah mengalah dan lemah,sambil bercerita yang sedih2 dihadapannya....adakah dia cemburu pada teman baiknya sendiri...ahhh...dia tak pasti..tetapi kenapa...rasa bersalah tetap datang...entahhlahh...
"Entahlah Nisa...mungkin juga....kadang2 aku dapat rasakan sendiri yang dia seolah2 tak gembira macam dulu...bila aku tanya dia kata tak apa2...aku pun berharap sangat yang kami akan ada anak satu hari nanti..."Ishah mengetap bibir sendirian....dia tak merasa apa2 yang lain dari kata2 Nisa kepadanya...
"Kau Nisa...bila dapat suami yg perangai macam nie nanti...kene bersabar,kene jaga hati suami kau...jangan buat perangai keras kepala kau tuhh...aku bukan tak kenal dengan perangai kau tuhh...suka ikut kata hati...dah jadi isteri nanti kene faham dan percaya suami.....fahamm..."Ishah memberi sedikit nasihat pada sahabatnya Nisa..dia merasakan kadang2 Nisa nie terlalu keras hati,degil...tapi kadang2 mudah bersimpati dan penyayang....Ishah percaya pasti Nisa akan berubah satu hari nanti...
"Erkkk....baiklah puan ustazah...bila aku kawen nanti...aku nak jadi macam kau...lebih baik lagi dari kau....boleh..."jawab Nisa...sambil mengiyakan kata2 Ishah...
Dan mereka berdua tergelak sendiri, sambil duduk di meja makan untuk makan malam bersama....telifon di ruang tamu rumah Ishah berderingg nyaring.....
Rabu, 24 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan