~NUFFNANG KLIK-KLIK~

~SELAMAT DATANG~

KEPADA SEMUA TETAMU TERHORMAT SAYA TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KERANA KESUDIAN ANDA SEMUA UNTUK SINGGAH KE HALAMAN SAYA INI.
DI SINI SAYA AKAN MEMBAWA ANDA SEMUA UNTUK MASUK SENDIRI KE DUNIA CERITERA CEREKA CERITA MENARIK DARI SAYA.SEKADAR MENGISI WAKTU YG TERLUANG ...IZINKAN JARI JEMARI INI MERAYAP PADA HURUF-HURUF ABJAD ,MENAIP KISAH DEMI KISAH BAIT DEMI BAIT BERSAMA ILHAM YG BERTANDANG.HARAP MAKLUM...LAMAN INI HANYA SEKADAR TEMPAT ANDA MENUMPANG SINGGAH DAN TIDAK ADA BAYARAN DIKENAKAN.

TERASA INGIN BERKARYA....BERKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA.MANALAH TAHU JIKA SATU HARI NANTI DIIZINKAN KEPADA SAYA UNTUK MENJADI PENULIS NOVEL....HAHA..NAMUN TIDAKLAH HINGGA KE SITU, MIMPI SAYA DI SIANG HARI..

SELAMAT MEMBACA.TERIMA KASIH.SEBARANG KOMEN AMATLAH DIALU2KAN...

Rabu, 24 Februari 2010

CEMPAKA DIREMBULAN PART 7

##############################

"Assalamualaikum mak ayah..."mesra Ishah bersalaman dengan kedua orang mertuanya..dia membawa buah tangan sedikit buah2an .. lama sudah dia tidak berjalan melawat ke rumah mertuanya itu,bukan dia tidak mahu tapi Fairez yang malas membawanya ke situ....
"Mak ayah sihat..?"Ishah berbasabasi dengan mereka...
"Eehmmm...,kami sihat alhamdullilah..kau sihat ishah...Fairez tak ikut sekali..?"Ayah Fairez yang bersuara..
"Sihat ayah,Fairez kerja hari ini..."Ishah menjawab lembut sambil duduk diantara keduanya.....Puan Zawiyah sedang leka dihalaman sedang membelek tanamannya bunga Orkid , walaupun dia sering mengata2 Ishah namun dia tetap menganggap Ishah anak menantunya juga,pilihan suaminya untuk Fairez..memang Ishah baik namun yang terkilannya Ishah masih belum mengandungkan zuriat milik Fairez lagi,itu yang buat dia terkilan sedikit..namun setelah puas dinasihati dan dileteri oleh suaminya..akhirnya dia sdar sendiri..
"Mana Kak Ani mak,Ishah tak nampak pun...sunyi jerr...?" Soal Ishah tika mak mertuanya itu datang mendekati mereka berdua yg duduk di meja rehat di hadapan balkoni rumah banglo satu tingkat itu...
"Semuanya balik kampung suaminya,ntah ada kenduri katanya minggu nie,kenduri kawenkan adik perempuan abang Kamal apa katanya.."Puan Zawiyah menjawab sambil minum air Jus Kiwi yang terhidang dihadapan mereka..

Ishah berjalan2 di halaman rumah keluarga mertuanya itu,cantik taman mini di satu sudut halaman itu memikat pandangannya..ada kolam kecil dan pancuran air buatan sendiri yang unik dan cantik...leka Ishah melihat anak2 ikan yang berenang bebas di kolam kecil yang jernih airnya itu...tersenyum sendirian dia di situ...sewaktu ingin melangkah masuk dan duduk berborak semula dengan kedua mertuanya pandangan ishah tiba2 gelap dan berpusing...dia jatuh pengsan di tengah halaman itu....
"Ya Allah Ishah...."Terkejut Pak Zain dan puan Zawiyah melihat Ishah terbaring tiba2...
Suara kedua mertuanya sayu2 Ishah dengar dan dia tidak sedarkan diri lagi....Ishah dihantar ke Klinik yang berdekatan dia kembali sedar dan stabil semula...Puan Zawiyah di sisinya menemani anak menantunya itu...
"Nampaknya makcik akan bergelar nenek tak lama lagi.."Spontan doktor yang merawat Ishah bersuara apabila selesai memeriksa Ishah...
"Betul ke nie dokter..."Puan Zawiyah mengajukan semula soalan kepada doktor perempuan yang merawat Ishah menantunya itu,terkejut antara percaya dan tidak...
"Ya betul,nampakknya Puan Ishah sedang hamil 2 bulan lebih.."Doktor perempuan itu menjelaskan kembali sambil tangannya mencoret sesuatu di dalam fail peribadinya...
Ishah duduk di kerusi bersebelahan ibu mertuanya setelah bangun dari rawatan..dia juga tak percaya dengan apa yg baru didengarinya tadi...khusyuk dia mendengar penjelasan dari doktor dihadapannya itu sambil sesekali berbalas pandang dengan mertuanya itu..Pak Zain menunggu mereka di luar bilik rawatan..
"Kadungan puan masih muda dan baru...rahim puan juga saya dapati lemah dan tidak kuat,jadi saya sarankan agar puan tak banyak bergerak dan buat kerja berat untuk waktu kehamilan yang pertama ini..."
Ishah mengangguk tanda faham dan bersalaman dengan doktor bagi mengucapkan terima kasih lalu keluar dari bilik rawatan...Puan Zawiyah memeluknya dan mereka berdua mengucaplakn syukur kepada Allah bersama2....Pak Zain kehairanan melihat kelakuan dua beranak itu,dia akhirnya turut tersenyum dan mengucap syukur setelah dijelaskan oleh Puan Zawiyah...

Tak sabar2 Ishah mahu sampai ke rumahnya,perjalanan satu jam itu dirasakan terlalu lama..dia nekat mahu memandu balik ke rumah tengahari itu juga,walaupun puas mak ayah mertuanya menegah kerana bimbangkan keadaan Ishah....tak sabar dia mahu menemui suaminya tengahari itu dan memberitahu berita gembira yang dirinya sudah hamil....dia lupa akan sengketa yang melanda dirinya dan Fairez tiga bulan lepas...'Ahh...mudah2an Fairez akan memaafkan aku dan kami akan berbaik semula'...bicaranya sendirian dalam hati,sambil tangannya tak lepas mengusap2 perutnya yang masih belum nampak tanda apa2 lagi ,kerana kandungannya yang masih baru.....Ishah tak sangka yang dirinya sedang hamil,disangkanya period nya yang lewat 3 bulan adalah kerana kesan hormon dalam tubuhnya yg tak stabil kerana truama yang dihadapinya....Alhamdulillah tak henti bibirnya mengucapkan syukur betapa dia rasa terlalu bahagia tika itu,baginya Allah menganugerahkannya Rahmat di sebalik kejadian yg pahit tempohari....

Setibanya Ishah dihalaman rumahnya dia lihat kereta PerdanaV6 milik Fairez sudah ada di halaman,dia tersenyum dan masuk ke rumah dengan wajah ceria ingin menemui suaminya Fairez....namun tatkala dia membuka pintu biliknya di lihat Fairez sedang bersiap2 dan berkemas menyusun pakaiannya masuk ke dlam bag pakaian yang biasa fairez bawa untuk pergi ke outstation seperti kebiasaanya....Ishah tergamam memerhatikan suaminya...
"Eerkkkkhh...abang berkemas nak pergi mana nie...??.."Ishah bersuara perlahan sambil masuk ke bilik menghampiri suaminya,lalu dia duduk di birai katil sambil memerhatikan suaminya memasuk2kan baju ke dalam bag...
"Ohh yerr Ishah...abang kena pergi semula ke Brunei untuk 4 hari...projek abang kat sana ada masalah sikit...,mak dengan ayah abang sihat..?" Fairez bersuara sambil tangannya mengemaskan baju tanpa memandang ke arah Ishah...
"Dorang semua sihat ,mak ayah kirim salam dengan abang.."ishah menjawab perlahan,sambil turut membantu melipat sebahagian baju Fairez...dia tidak terus meluahkan apa yg hatinya cuba meronta2 ingin memberitahu Fairez sebentar tadi,mungkin waktunya tidak sesuai tika ini...bisiknya menyejukkan hatinya sendiri....
"Errmmm...abang nak makan dulu..? Ishah ada beli lauk sikit tadi dan mak pun ada bagi kita lauk masak tadi..."Ishah mempelawa Fairez makan sebelum suaminya itu berangkat pergi...selalunya pun memang jarang fairez makan di rumah....
"Tak apalah Ishah ,abang dah lambat nie..flight abang bertolak pukul 2.00 ptang nie....Ishah makan sendiri yerr....ok sayang abang dah nak pergi nie,takecare jaga diri...kalau takut kat rumah sendiri pergi tidur rumah mak abang tau...ok sayang..."Fairez memberi arahan kepada Ishah,lalu mengucup dahi isterinya lembut dan melangkah turun...
Ishah menuruti suaminya itu turun ,hatinya merintih dan sayu sendiri...sebenarnya dia ingin sahaja menghalang Fairez dari meninggalkannya seorang diri lagi di rumah itu...dia teringin berdua2an dengan suaminya...dia rindukan belaian Fairez..hatinya meronta2 ingin menghalang fairez pergi...dan tangannya meraih tangan suaminya tika fairez ingin melangkah keluar rumah...
"Ishah minta maaf bang,untuk semua kesalahan Ishah....ishah tak de maksud nak buat abang kecewa dan terluka...ishah tahu Ishah dah berdosa dekat abang..."ishah menagis sambil mengucup tangan suaminya,air matanya bergenangan dan berjuraian jatuh....
"Kenapa nie ishah ,abang pergi tak lama lah 4 hari jerr...jangan risau ok...abang akan balik segera...kejadian hari tu tak kan berlaku ,lagipun penjahat tu dah kene tangkap polis...abang maafkan Ishah dan abang pun minta maaf k...."Fairez memujuk lembut isterinya...terharu juga dia dengan sikap Ishah yg tiba2 menangis dan sensetif itu...Fairez mendakap erat Ishah...
Ishah terasa sedikit lega dan dia menganggukan perlahan dan melepaskan kepergian suaminya dengan pandangan sehingga jauh dari bayangan.....




Walaupun bersendiri malam itu,Ishah dapat tidur lena....dia bermimpi yang indah2 dalam tidurnya......dia sudah bahagia kini apabila doanya sudahpun termakbul dan mereka bakal bergelar ayah dan ibu tidak lama lagi......

Pagi2 lagi Ishah sudah bangun dan seperti biasa dia mengemas rumahnya luar dan dalam rumah,bukanlah kerja yang berat baginya...Sedang dia leka menyiram pokok2 dihalaman rumahnya...

'Pinnn..Pinnn..!!..' ada bunyi hon nyaring di luar pagar rumahnya,Ishah tersenyum riang...mak dan ayah Fairez yang datang,dia melambai2 dan bergegas menghampiri membuka pintu pagar....

"Mak ayah apa khabar...sihat??"Ishah bersalaman dengan mak dan ayah mertuanya
"Kami sihat...,kau macam mana..? sihat?,kandungan kau baik..?"Soal Puan Zawiyah mengusap2 perut Ishah yang masih belum ada tanda2 menampakkan kehamilannya...
"Ishah sihat alhamdullilah mak ayah...kenapa tak beritahu dulu mak nak datang..?..ehmm...abg Fairez pun belum balik lagi dari Brunei..."soal Ishah kepada mak ayah Fairez sambil mempelawa keduanya masuk ke dalam rumah....
"Alah,mak kamu nie hah Ishah,tak sabar2 ajak ayah ke sini,dari semalam kau tahu...dia risaukan sangat kat kamu tu..."Jawab Pak Zain ayah mertua Ishah sambil duduk bersebelahan dengan Puan Zawiyah di ruang tamu rumah Ishah...Puan Zawiyah hanya mencebikkan bibir menjeling suaminya....
"Erhh...Bila si Fairez pergi Ishah...?..melampau betul lah si Fairez nie...dah lah kau tengah mengandung...ditinggalkannya kau sorang2...siap lah dia nanti bila balik...."Puan Zawiyah membebel geram apabila mengetahui anak lelakinya itu pergi semula ke Brunei...
"Erkkk...Tak apa2 lah mak...lagipun abang Fairez ada pesan kalau Ishah takut sorang2 kat rumah dia suruh Ishah pergi rumah mak ayah...lagipun tadi Ishah memang bercadang nak pergi rumah mak ayah..."Ishah cuba meredakan perasaan ibu mertuanya....
"Ishah ...,errrhhh..,sebenarnya mak nak minta maaf pada Ishah pasal tempoh hari mak ada menyakitkan hati Ishah...mak minta maaf ya Ishah..."Puan Zawiyah mengakui kesilapannya yang sering berkasar bahasa dengan Ishah,dia sedar kini segala rezki itu Allah yang menentukan...Pak Zain hanya tersenyum sendiri menyaksikan tingkah laku isteriya...
"Mak ...Ishah tak pernah pun nak ambil hati...lagi pun sekarang nie Ishah dah mengandungkan cucu mak anak abang Fairez,Ishah tak kan nak berdendam dengan mak...bakal nenek anak Ishah..."Ishah tersenyum dan mengusap perutnya memandang ibu mertuanya....kedua beranak itu saling berpelukan sambil diperhatikan oleh Pak Zain....

"Malam nie mak tidurlah di sini,teman Ishah ya mak.."Pelawa Ishah pada ibu mertuanya,sewaktu mereka selesai makan tengahari dan mengemas meja makan...
"Memang pun mak nak bermalam di sini,kasihan mak tengok kau sorang2...kau tu dahlah tengah mengandung sulong ...risau pula mak.."Puan Zawiyah membantu Ishah mengemas meja makan,manakala Pak Zain sudah duduk berehat di ruang tamu semula sambil menonton Astro....
"Terima kasih mak...."Ucap Ishah gembira....rasanya seolah dia memiliki seorang ibu kembali...dia tersenyum sambil tangannya lincah mencuci pinggan kotor ,walaupun ibu mertuanya itu sibuk mahu mencucinya...namun Ishah tetap berkeras....
"Bila Fairez nak balik Ishah..?" Puan Zawiyah bertanya kembali,di tangannya ada sebilah pisau untuk memotong mangga bagi pencuci mulut...
"Kalau tak ada apa2 hal lusa mak..."Ishah menjawab lembut..
"Ermmm..." Ibunya hanya menggangukkan kepala sahaja dan berlalu ke ruang tamu membawa sepiring buah mangga yang telah dipotong....

#######################################

Dari Lapangan terbang Bandar Sri Begawan,Fairez menaiki fligt penerbangannya untuk balik ke Semenanjung...dia agak letih menyelengarakan organisasi firma terbarunya di sana....semuanya memerlukan penelitian terperinci bagi memastikan projek kerjasama dua hala syarikatnya dapat berjalan lancar,'lepas nie bole bercuti dengan Ishah...' dia berbisik di dalam hati sebelum terlelap....

"Mak ..tadi abang Fairez telefon..dia kata dalam petang nie dia sampai..."Ishah girang mengabarkan berita itu kepada ibu mertuanya.....dia tak sabar2 mahu bertemu dengan suaminya...,perutnya yg masih ramping di usapnya lagi...'ibu tak sabar nak beritahu ayah..sayang..' dia berkata perlahan sambil membahasakan dirinya ibu...Ishah tersenyum sendiri....

Fairez selamat tiba di rumahnya...terkejut juga dia bila melihat mak dan ayahnya berada di situ...Ishah tidak pula memberitahu akan kedatangan mereka...dan tak disangkanya lagi ibunya itu sudi menemankan Ishah dan sudi pula bermalam di rumah mereka...pelik juga Fairez bila melihat perangai ibunya yg kelihatan mesra dengan Ishah....namun dia tak berani nak bertanya apa2....

"Fairez esok kami nak balik dah..kau tu jangan lupa jaga Ishah nie elok2...janganlah selalu tinggalkan isteri kau nie sendirian lama2 dirumah..."Ibunya Puan Zawiyah berpesan kepada Fairez,sewaktu mereka duduk berehat di ruang tamu....

Ishah masih belum berkesempatan nak memberitahu Fairez tentang keadaan dirinya....dia lihat tadi Fairez terlalu letih,dia biarkan Fairez berihat sahaja dulu....

Fairez hanya mengangguk2kan kepala,dia tak berfikir apa2 pada kata2 ibunya,tetapi hatinya terdetik sendirian...'kenapa mak dah berubah..' duga hati kecilnya...
"Ishah nie mengandung sulong,jadi dia tak bole kerja berat2 kau tahu...mak nak kau jaga dia baik2...kalau bole tolong dia buat kerja2 rumah yg berat2 tuhh..."Puan Zawiyah memberi ingat lagi,disangkanya Fairez sudah mengetahui keadaan Ishah,dan dia fikir Ishah sudah memberitahu hal itu kepada Fairez....
Kenyataan ibunya itu membuatkan Fairez memandang Ishah serta merta....hatinya berdebar2 kencang....dilihatnya Ishah hanya menundukkan wajah sambil tersenyum....namun bukan bagi Fairez...dia mula sangsi tetapi tidak menunjukkan apa2 reaksi.....

Malam itu mereka berdua tidur sahaja,buat kali pertamanya setelah tiga bulan tidur berasingan mereka berdua tidur bersama kembali di kamar mereka,namun Ishah pelik melihat sikap Fairez...'dia marah aku lagikah...bukankah aku sudah memohon maaf darinya...dia tak gembirakah dengar khabar dari ibu tadi..'Ishah memandang Fairez sepi,suaminya itu tidur memalingkan tubuh darinya,membelakangkan Ishah...sedari tadi Fairez tak berkata apa2 tentang diri Ishah,hanya dihadapan mak ayahnya sahaja Fairez mesra,tapi di bilik...Fairez diam membisu dan terus tidur....'letih mungkin..'duga Ishah lagi...dia hampa....

####################################################

#####################################################


Setelah Tuan Hj.Mohd Zain dan Puan Zawiyah pulang,Fairez terus diam membisu duduk berhadapan dengan Ishah,sedangkan Ishah duduk ingin bermesra bersamanya.Sewaktu Ishah menghampiri Fairez dan ingin memeluk suaminya itu,tiba-tiba Fairez bersikap dingin dan dengan kasar menepis tangan Ishah...terkejut Ishah dengan sikap kasar suaminya itu...hatinya tiba2 rasa sakit ngilu....Fairez berubah...

"Abang nak Ishah berterus terang...."Fairez bersuara keras sambil duduk membatu memandang ke arah skrin tv yg terpasang,namun satu cerita pun tak lekat di mindanya...yg ada hanya perasaan marahnya pada Ishah...dia ingin tahu semua kebenaran dari mulut Ishah..
"Kenapa nie bang,apa yg tak kena...?,Ishah buat salah pada abang ke..?"Ishah cuba berlembut dan dia cuba menyentuh bahu suaminya Fairez.
"Jangan nak tunjuk baik dengan abanglah Ishah,dan jangan nak menipu mak ayah abang sama..."Fairez bangun dari duduknya dan menepis tangan Ishah lagi...
"Apa maksud abang nie,Ishah tak faham apa2 pun..."Ishah masih dalam situasi keliru dengan sikap suaminya yg tak boleh disentuh malahan menatap wajah Ishah pun Fairez tak sudi lagi....IShah bingung..
"Aku nak kau beritahu aku,apa yang kau buat semasa aku tak de kat rumah nie....?,Cakap Ishah.."Jerkah Fairez dengan kasar sambil memandang keras wajah Ishah....

Ishah rasa mau menangis tika itu,dia benar2 tak memahami karenah Fairez yang tiba- sahaja berubah,dan dia semakin bingung dengan pertanyaan suaminya terhadap dirinya...Fairez tak pernah guna perkataan aku dan kau bila bersuara..Ishah terasa seperti ada pisau tajam yg menguris parut lukanya yg silam...pedih sekali...dia hanya tertunduk kaku...
"Maafkan Ishah abang...Ishah betul2 tak faham apa yg abang maksudkan...Ishah ada buat salah ke sampai abang marah begini...?"Ishah bersuara perlahan sambil membalas pandangan keras suaminya,dan menyoal semula kata2 suaminya itu....
"Kau jangan nak belakon baik lagi dengan aku Ishah...aku tahu selama ini kau menipu aku, mak , ayah dan seluruh keluarga aku....dan aku tak percaya anak yg ada dalam perut kau tu anak aku..."Fairez bersuara lantang sambil jari telunjukknya turut naik ke kepala Ishah....dia geram melihat Ishah terus berlakon dan seolah tidak bersalah apa-apa....
"Abang...sampai hati abang cakap macam nie pada Ishah...apa yang Ishah dah buat?,Ishah sayangkan abang dan seluruh keluarga kita...."Ishah bersuara sambil tersedu..terkejutnya dia mendengar kata2 Fairez sebentar tadi...dia bangun dan meluru ke arah Fairez untuk mendakap Fairez,agar Fairez sedar dia sungguh2 menyanyanginya...namun Fairez menepis lagi dan buat Ishah tertolak dan terduduk semula di sofa empuk di ruang tamu rumah itu yg kaku dan suram...terasa sedikit nyilu dibahagian ari2 Ishah...Ishah cuba bertenang dan menyedari akan kewujudan mahluk dalam diri dan tubuhnya..walaupun masih belum menjadi janin bayi yg bernyawa lagi,namun Ishah pasti ia tetap hidup di rahimnya....
"Aku dah malas nak dengar macam2 cerita dari orang lagi Ishah pasal kau,selama aku tak de,kau seronok berjumpa kekasih lama kau tu..dan tak cukup dengan tu kau bagi dia no.telifon rumah nie dan kau bergayut di telifon...jangan ingat abang tak pernah tahu Ishah..."Fairez bersuara lagi,dia jelaskan segalanya pada Ishah,biar Ishah tahu dan ingat semua kecurangan yg dilakukannya...hatinya puas melihat Ishah tergamam dan terkejut...dia pasti isterinya itu tak menyangka yang segala rahsianya sudah terbocor....

Ishah kelu,hatinya tiba2 beku...fikirannya bercelaru..dia memang tak faham...langsung....apa yg telak merasuk Fairez,kenapa farez begitu?...dan dengan nama Allah dia berani bersumpah andai sumpahnya itu laku dihadapan Fairez untuk mengaku yg dia tak pernah langsung mencurangi suaminya itu...Ishah tak dapat menyusun kata2...,dia cuba menarik nafas panjang2 dan bertenang..serasa pandangannya berpinar seketika..Ishah ingin mendapatkan Fairez..namun Fairez dilihatnya sudah mencapai kunci kereta dan keluar meninggalkan Ishah sendirian...Ishah duduk perlahan2 dan dia merasakan pandangannya gelap....Ishah pejam mata dan mindanya berputar mengingati majlis perkahwinannya empat tahun lepas,dan saat perpisahannya dengan Zul dan segalanya yang lalu...airmata Ishah mengalir laju ,Ishah terbaring longlai di sofa ruang tamu rumahnya.....lagu cinta dalam hati Ishah menyanyi sendu.......


Dalam hidup tak seindah yang tersirat
Dalam cinta tak seasyik yang diduga
Dalam hati ada cinta yang terbiar
Entah bertahun ku siram kasih
(Yang) bersarang dalam jiwa

Dikau hadir bagai selembut sutera
Terpesona dalam diam ku terlena
Membuai impian cinta kita
Sehingga ku tenggelam
Dalam arus yang menyeksakan


Kasih tidak pernah ku meminta
Selain cinta dan kejujuran hatimu
Cinta dalam meniti usia
Punah semua saat yang bahagia


Di mana kelembutan yang ada dulu kasih
Merana dalam senyuman ku meratap sedih
Selendang sutera yang menjadi saksinya
Kisah cinta yang tertulis kini telah berakhir

Dengarkanlah ucapan sendu hatiku
Kenangilah erti cinta yang bermula
Kembalilah agar bisa ku merubah
Terangi hati agar bersinar di dalam percintaan



Oh kekasih simpan kenangan buatmu
Untuk daku yang masih ada di sini
Kerasnya hatimu untuk kembali
Tak terdaya ku tanggung penyeksaan
Yang abadi dalam selembut sutera





Perlahan kelopak mata Ishah terbuka,pening kepalanya serasa berdenyut2 ...
"Astaufiruallah...aku terlelapkah.." Ishah memerhati sekeliling,dia menyapa air matanya yg kering di pipi...baru dia teringat apa yg berlaku , 'aku pengsan..' duganya sendirian....dia kembali sedih dan sendirian lagi duduk di sofa itu...jam di dinding di lihat menunjukkan angka 2.00 ptg...lebih kurang dua jam lebih dia tak sedarkan diri...Fairez entah kemana perginya,dia melihat garaj letak kereta kosong..hanya kenarinya yg ada di situ...Ishah melangkah longlai meuju ke tingkat ats untuk mandi dan bersolat zohor...

Selesai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai muslim,Ishah duduk termanggu ke luar balkoni biliknya , dari atas dia memerhati sekeliling kawasan Taman Perumahan yang hampir 5 tahun dia duduki...sesekali dia mengusap perutnya yg masih ramping...dia senyum sendirian.....'Ibu tetap sayangkau kau,dan ibu tak sabar nak lihat kau ke dunia nak..' Ishah bersuara berbisik seolah dia mendapat kekuatan dan melupakan persengketaan antara dia dan Fairez seketika tadi....

##################

Fairez memandu kereta tanpa arah,dia memberhentikan keretanya di pinggir jalan dan berdiam diri di situ...kenderaan agak lengang petang itu.Dia memikirkan tentang semua tuduhannya pada Ishah sebentar tadi...entah kenapa,hatinya terasa seperti dihempas batu...dia tak sangka Ishah sanggup menipu dirinya dan keluarganya...dengan mata kepalanya sendiri dia melihat Ishah bersama seorang lelaki berjalan beriringan keluar dari sebuah kedai cenderahati petang kelmarin.Benarlah selama ini kata2 Nisa,yang Ishah menghubungi kekasih lamanya....dia sangka Nisa berbohong dan cuba mereka2 cerita....
"Zul aku bunuh kau..."Jerit Fairez di dalam keretanya,sambil melepaskan tumbukan ke stereng keretanya,dan bunyi hond yang nyaring mengejutkan beberapa ekor burung pipit yg hinggap rendang di hujung dahan pokok yang berhampiran.....

Ishah masih leka didalam biliknya ,mencatat sesuatu pada sebuah buku dairy miliknya...sememangnya dairy adalah merupakan sahabatnya sejak dahulu lagi...dari di bangku sekolah dia sudah memiliki buku catatan hidup,dan segala kesedihan dan kegembiraannya hidupnya abadi tersimpan rapi dalam rakaman buku diarynya...selesai mencatat sesuatu Ishah menutup buku diary itu dan menyimpannya di dalam laci almari bajunya...kemudian matanya terhenti pada sekotak hadiah berbalut cantik...Ishah ambil kotak hadiah itu dan mengusap perlahan,sambil menyimpan kembali...hajatnya ingin diberi pada Fairez tapi belum berkesempatan....'nantilah..'bisik hati kecilnya..

lalu dia keluar menutup pintu bilik dan turun ke dapur...malam nie dia nak masak sesuatu yg istimewa buat suaminya Fairez...tiba2 hatinya riang semula...'manalah tahu nanti abang Fairez dah tak marah lagi..'dia mencongak2 sendirian...dan langsung tidak sedar yang dirinya sedang masih di musuhi oleh suaminya sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan