##############################################################
"Ishahhh...Ya Allah Ishah.." Fairez terus menerpa ke arah Ishah tatkala melihat Ishah terbaring lesu di atas katil dalam keadaan yg amat lemah...
"Kenapa dengan kau Ishah..?...maafkan abang...bangun Ishah...abang dah datang..."Fairez memangku Ishah sambil membelai2 rambut isterinya itu,dia kucup wajah Ishah berulang kali,namun mata itu masih tertutup rapat,diam membisu...
"Kak Ainn..nape dgn Ishah nie kak..."Fairez menjerit dari dalam bilik memanggil kakak iparnya itu...
"Ya Allah kenapa Ishah Fairez...?? ..Ishahhh...bangun Ishah...jgn buat akak takut...nie Fairez dah datang nie....bukak mata Ishah..." Kak Ain turut sama membantu Fairez menyedarkan Ishah....
Tika air sejuk di sapu ke wajah Ishah,perlahan2 mata Ishah terbuka dan dia memandang Fairez yg memangkunya dan berada dekat dengannya..
"Abang ...abang dah datangg...Ishah sakitt..." perlahan ishah bersuara sambil tersenyum kelat pada Fairez ,airmatanya mengalir perlahan di hujung kelopak matanya...hatinya terharu dan bahagia seketika..melihat Fairez di sisi dan memangkunya.....
"Ya Sayang...abang dah datang....Ishah jangan risau..abang tak akan tinggalkan Ishah lagiii...abang janji...."Fairez mengucup dahi Ishah dan menggenggam tangan isterinya itu erat2.....
"Erhhhggg...abang..sakittt...abangg..ya Allah..." ishah tiba2 mengeluh kesakitan,sambil memegang perutnya.....
Abanggg...Ya Allah..." Ishah mengerang lagi,seolah waktunya sudah tiba untuk dia melahirkan anak.....
"Cepat Fairez bawa Ishah ke hospital...." Kak Ain menyuruh Fairez membawa Ishah ke Hospital setelah melihat Ishah begitu...dia sangat khuatir lagi2 kesihatan Ishah bermasalah dan kandungan Ishah masih belum cukup bulan baru masuk lapan bulan....
"Ya...ya Kak...." Fairez yg kelam kabut terus mencampung isterinya dan di bawa keluar untuk masuk ke kereta pergi ke Hospital Telok Intan Perak.
################################################################
sampai di unit kecemasan ..Ishah terus di bawa masuk ke bilik rawatan...Fairez tunggu di luar...dia sangat risau terhadap Ishah ,dalam hatinya tak henti berdoa agar Ishah selamat....Dia kesal dan geram dengan dirinya sendiri....melihat keadaan Ishah Fairez merasakan terlalu berdosa...Ishah merana kerana perbuatannya....
" Ya Allah selamatkanlah isteriku....dia lah isteri ku yg abadi dan suci...maafkanlah aku kerana tidak menghargainya......"
Fairez sebak dan terlalu merasa bersalah.....Fairez menghubungi kedua orang tuanya memberitahu akan hal tersebut...alangkah terkejutnya mereka....
"Maaf en.Fairez ..,saya terpaksa operation isteri en.Fairez..Puan Ishah tak bole nak melahirkan secara normal..keadaanya terlalu lemah..berkemungkinan dia bakal melahirkan anak yg belum cukup matang..kandungannya belum cukup bulan...Sila tandatangan di sini.."
Satu surat perjanjian dan keputusan di buat antara dokter Ashkin dan Fairez...
"Buatlah apa2 pun dokter janji anak dan isteri saya selamat....."Fairez bersetuju tika dokter Ashikin menerangkan sesuatu sebelum Operation dijalankan....
Di luar bilik bedah Fairez menunggu dengan penuh debaran,mulutnya tak henti2 berdoa...dia amat takut sekali......'Ishah maafkan abang Ishah..'fairez mengongoi menangis...
Dari jauh kelihatan mak ayah Fairez jalan menuju ke arahnya...wajah masing2 cemas dan risau......Fairez hanya mampu menunduk wajah sendirian.....dia takut sekalii.....
"Sabarlah Fairez ayah yakin Ishah selamat..dia anak yang baik..." Pak Zain menepuk2 bahu Fairez tika melihat anak lelakinya itu menangis sambil memeluk Puan Zawiyah...
"Kita berdoa sama2 Fairez,semoga semuanya selamat...." Puan Zawiyah pula menenangkan perasaan anak lelakinya itu.....
"Fairez berdosa dengan Ishah mak...Fairez banyak salah...menganiaya Ishah mak ayah..." Fairez merasakan perasaannya tika itu sangat sebak...dia amat khuatir jika sesuatu berlaku pada Ishah dan anak mereka yg bakal lahir itu...dia gumam sambil menekup wajahnya dengan kedua tapak tangannya.....
Di dalam bilik pembedahan dr.Ashikin sudah bersedia untuk melakukan pembedahan..tika dia mula mahu memberikan Ishah suntikan pelali,Ishah memegang tanganya....
"Dokter...tolong selamatkan anak dalam kandungan saya dokter..." Ishah seakan merayu sambil matanya berkaca , dalam hati dia memohon agar Allah memberikan dia sisa kehidupan yg panjang untuk melihat anak yg dikandungnya itu selamat dilahirkan....dia benar2 ingin melihat wajah anaknya itu walaupun seketika....'Ya Allah berilah aku kesempatan lagi untuk melihat wajah2 insan yang aku sayangi.....' perlahan mata Ishah tertutup tika dia merasa seolah2 dia melihat wajah Fairez tersenyum kepadanya.......Ubat pelali yang disuntik oleh dokter telah mula meresap dan menjalar ke seluruh urat saraf sendi Ishah.....Pembedahan dimulakan....
###########################################
###########################################################
Fairez masih menanti dengan sabar....dadanya tak henti berdebar...matanya tak putus2 melihat jam dipergelangan tangannya...jam pemberian Ishah...Fairez terkenang sendiri betapa bodohbya dia kerana boleh mempercayai dengan mudah segala kata2 hasutan dari Nisa dahulu....betapa berdosanya dia pada Ishah..dan andai terjadi sesuatu yang tidak baik kepada Ishah dan anak yg bakal lahir itu....dia adalah orang yg sememangnya patut dipersalahkan....dan dia tak kan dapat memaafkan kesilapannya sendiri......
##########
Lebih kurang 2 jam lebih menunggu akhirnya Dokter Ashikin keluar mendapatkan mereka....
"Tahniah En.Fairez ..Ishah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sempurna,tapi kami akan tempatkan bayi En.Fairez di unit rawatan rapi..kerana bayi encik Fairez lahir baru lapan bulan,kami perlu berikan rawatan lanjut yg seterusnya..."
"Macam mana dengan isteri saya dokter..?" Fairez bersura...
"Oh ye..Puan Ishah masih lagi belum sedar dari ubat pelali yang kami beri tadi...tapi jangan risau keadaanya stabil...Pembedahan ini berjaya...." Dokter Ashikin tersenyum kepada semua keluarga Ishah yang hadir....
"Alhamdullilah......" Terdengar suara2 dari mulut mereka semua...lega perasaan masing2 tika itu....Fairez apa lagi...dia menangis tanda gembira dan mulutnya tak henti2 mengucap syukur.....
#######################################################
Dari luar tingkap kaca..Fairez dapat melihat wajah bayinya yang diletakkan di dalam bilik khas...bayinya itu sungguh comel dan masih lena tertidur....dokter Ashikin memberitahu keadaan bayinya itu sihat dan boleh di bawa balik 2/3 hari lagi.....walaupun lahir dalam usia kandungan baru 8 bulan..tetapi bayinya itu sempurna dan sihat......
'Ayah tak sabar nak mendukung dirimu lagii...' Fairez bersuara berbisik sendiri ,hanya semalam sahaja dia sempat mendukung bayinya itu sekejap,selepas keluar dari bilik pembedahan untuk di bawa ke bilik rawatan bayi..sempat juga dia mengazankan bayinya itu....menitis airmatanya tika bayinya itu sedikit menggeliat seolah memahami sesuatu.....
Fairez berjalan perlahan meninggalkan anaknya itu dan menuju ke wad persendirian yang menempatkan Ishah...dari tingkap yang terdapat di pintu bilik wad Fairez melihat Ishah lena terbaring....sayu hati Fairez...Ishah sanggup berkorban nyawa kerananya...baru tadi dokter Ashikin memanggilnya dan dia menjelaskan segalanya tentang Ishah....dia masih ingat dengan jelas setiap kata yang dokter Ashikin ucapkan padanya...
"Seperti yang En.Fairez sedia maklum...Ishah sebenarnya sebelum ini disahkan tidak boleh mengandung kerana keadaan rahimnya yang terlalu lemah...dan sepanjang kehamilannya yang lalu dia kerap kali mendapatkan rawatannya di sini....Puas saya menerangkan padanya akan risiko dan bahayanya jika dia meneruskan juga kehamilannya itu..tetapi dia berdegil dan memang dia terlalu ingin melahirkan anak..."
"Maksud Dokter saya tidak faham..?" Fairez masih lagi kabur dengan maksud yg ingin disampaikan oleh Dr.Ashikin kepadanya...
"Begini En.Fairez....Keadaan Pn. Ishah mungkin tak berapa stabil lagi..walaupun pembedahan ini telah berjaya kami jalankan....dia kehilangan banyak darah namun kami telah masukkan bekalan darah ke dalam tubuhnya semalam...
dan sememangnya Puan Ishah seorang yang cekal dan kuat semangat,bersyukur pada Allah kerana dia memanjangkan umur isteri encik Fairez...."
Perlahan airmata lelakinya mengalir ke pipi....melihat raut wajah Ishah yang lemah dan pucat...perlahan tangan isterinya itu diraih dan di elus lembut..dahi Ishah di kucup perlahan....
"Abanggg..." Ishah bersuara tika kelopak matanya terbuka,dia melihat Fairez semalaman menemaninya di situ....kasihan dia melihat raut wajah Fairez yang kusam....
"Ishah...sayang dah bangun..."Fairez tersenyum merenung wajah bening isterinya itu....air matanya tak dapat ditahan lagi.....
"Maafkan abang Ishah...abang banyak berdosa pada Ishah selama ini...abang janji takkan buat lagi semua nie...abang akan jaga anak kita bersama2....." Fairez tak henti2 mengucup tangan Ishah....
"Shhhhyyyy.....abang jangan nangis lagii...Ishah dah lama maafkan abang....Ishah juga banyak salah pada abang..tinggalkan rumah kita..." Ishah turut menagis sama....diam2 dalam hatinya dia bersyukur kerana Allah mengembalikan Fairez kepadanya,hatinya terasa puas dan bahagia......
Sedang mereka berdua berpelukan...pintu bilik dibuka dan Pak Zain ,Puan Zawiyah dan keluarga fairez dan ishah yang lain turut datang melawat...riuh rendah bilik wad ishah tika itu dihadiri semua sanak saudara.....
"Nampakya kamu dah semakin pulih Ishah...." Puan Zawiyah bersuara sambil membelai lembut bahu Ishah...
"Bila kamu boleh keluar hospital Ishah.." Kak Ain pula bertanya pada Ishah dan turut memandang Fairez...
"Dokter masih belum beri keizinan lagi untuk keluar kak,dokter kata tunggu beberapa hari lagi..bila dia pasti Ishah dah betul2 sihat...."Fairez menjawab bagi pihak Ishah....
"Tak apelah Ishah....janji kamu dah betul2 sihat nanti bolehlah kita berkumpul kat rumah macam dulu2 lagi...."Kak Ani pula bersuara..
Ishah hanya tersenyum....kesakitannya seperti sudah tidak terasa lagi...bahagianya dia merasakan....dia teringatkan wajah comel bayinya....
"Abangg..Ishah nak tengok anak kita...bole abang mintak tolong nurse bawakan anak kita ke sini bang..." Ishah memandang Fairez...dia kepingin sekali melihat bayinya itu ada bersama2 mereka tika itu....
"Baiklah Ishah nanti abang uruskan untuk bawa anak kita ke sini sekejap...Ishah tunggu ya..." Fairez bangun dan mengucup pipi Ishah sebelum keluar untuk menemui dokter yang merawat bayinya.....
"Syukurlah Ishah kau dah selamat...takut akak tangok keadaan kau yang asyik lemah2 jerr masa mengandung tempoh hari..." Kak Ain bersuara di tepi katil Ishah...
Ishah hanya tersenyum pahit.....dia juga amat takut tika itu,namun dia benar2 sudah bersedia dan redha untuk segalanya....dan Allah masih memberikan dia kesempatan untuk melihat wajah2 insan yang disayangi....
Fairez berjalan masuk sambil ditemani oleh seorang nurse dan menolak masuk kayinya yang ditempatkan di katil khas untuk bayi2 yang belum cukup bulan...namun kelihatan bayi mereka sedang mengeliat perlahan.....
menitis air mata Ishah sewaktu anaknya itu diletakkan ke sisinya...Ishah belum dapat memangkunya lagi....kerana perutnya yg baru di operation semalam masih terasa lagi berdenyut....Fairez mendukung bayinya dan menyuakan ke arah wajah Ishah...dapatlah Ishah kucup perlahan....kegembiraannya tika itu tak dapat digambarkan dengan kata2...hilang rasanya sakit operation yang Ishah alami........
"Abanggg...jaga anak kita bang.....jaga dia dengan penuh kasih sayang bang...janji dengan Ishah bang..." tiba-tiba Ishah bersuara sambil mengenggam erat jemari Fairez....dia tiba2 merasa sayu hati...seolah2 dia tak dapat untuk bersama2 selamanya berada di sisi bayinya itu....
"Bertenang Ishah...bertenang...kita berdua akan jaga bayi kita bersama2.....abang janji akan jaga Ishah dan anak kita..." Fairez menenagkan Ishah....keadaan berubah menjadi hiba seketika,semua mata tertumpu ke arah mereka berdua....
"Ishah kuatkan semangat dik..." terdengar suara2 dari semua keluarga yang hadir,mereka turut merasa sedeh tika itu....
"Ishah...mak dan ayah dah sepakat dengan semua nak buat kenduri doa kesyukuran untuk Ishah dan anak bila kamu selamat keluar dari hospital nanti...Ishah kene cepat sembuh ya...nanti bole kita berkumpul sama2....." Puan Zawiyah bersuara menenangkan keadaan...memang itulah hajatnya untuk buat kenduri doa selamat buat anak menantunya dan cucunya yang baru lahir itu....
Petang itu sengaja Fairez bawa Ishah turun ke taman,keluar wad bersiar2....biar Ishah dapat melihat sinar cahaya matahari petang....dengan menolak kerusi roda Ishah sempat Fairez berseloroh mesra....
" Wahai kekasih hati ku...akan ku bawa kau kemana sahaja hari ini...."
" Abang ..bawakan Ishah kat bawah pokok sana tuhh..." Ishah menunjukkan sepohon rendang pokok Cempaka yang berbunga lebat....
"Baiklah wahai kekasih hati..." Fairez berseloroh lagi sambil menolak kerusi roda Ishah menghampiri kawasan itu...agak lengang sedikit tidak ramai pengunjung yang memilih tempat di situ,yang ramai kebanyakkannya berada di taman permainan dan berhampiran tempat rehat yang disediakan....
"Lama kita tak keluar berdua macam nie kan bang..." Ishah bersuara lembut sambil melepaskan pandangannya jauh ke hadapan ...
"Maafkan abang Ishah...semua yang berlaku sebab kegagalan abang dalam menjaga kebahagiaan rumah tangga kita...Ishah dan anak kita yang jadi korban...." Fairez turut menunjukkan kekesalan dia tunduk merapati Ishah
"Mungkin nie semua adalah ujiannya ke atas kita bang....Ishah tak pernah nak salahkan abang....Tapi....." Ishah menoleh sekilas ke wajah suaminya di sebelah....anak mata mereka bertembung....Ishah kalah dan tundukkan wajah....
"Apakah hubungan abang dengan Nisa kelmarin adalah satu kesilapan dan jauh manakah jalinan cinta abang berdua....?" Ishah agak keberatan untuk membincangkan hal tersebut tika itu...namun hatinya masih tak dapat nak lupakan kelukaan yang benar2 telah mengguris hatinya tempoh hari....denyutan pada jahitan di perutnya masih terasa ngilu....
"Ishah..maafkan abang sayang...abang mengaku itu adalah satu kesilapan dan salah faham abang pada Ishah...abang kecewa bila dapat tahu Ishah dan Zul berhubungan semula..." Fairez menarik nafas panjang dia turut kecewa dgn apa yg terjadi....
"Sekarang abang dah tahu semuanya...dan antara abang dgn Nisa tak pernah terjadi sesuatu pun perhubungan yang pernah Ishah bayangkan....waktu yang Ishah nampak tempohari adalah satu kebetulan...itu adalah kesilapan abang yang memang tak dapat abang elakkan...tapii..percayalah abang tak pernah melakukan apa2 pun yang terlampau bersama Nisa dulu...."Fairez mendakap lembut bahu Ishah dan mengucup pipi isterinya itu.....kini cinta dan kasihnya pada Ishah melebihi segalanya,juga untuk bayi mereka berdua....Sekuntum bunga cempaka yang gugur melayang di sambut oleh Fairez lalu diselitkan ditelinga Ishah....walaupun Ishah hanya memakai anak tudung menutupi rambutnya dan wajah isterinya itu kelihatan masih pucat...namun Ishah tetap cantik dan redup matanya mendamaikan hati.....
Ishah hanya tersenyum dengan tingkah Fairez..,sempotan dia menarik tangan Fairez lalu mengucupnya dan tangan suaminya itu dibawa dekat kewajahnya...."Maafkan Ishah abang..jika selama Ishah jadi isteri abang,abang belum pernah dapat kebahagiaan yg abang inginkan...." Air mata Ishah tiba2 mengalir laju ke pipi....dia rasa sungguh terharu dan bahagia mula terbit dalam hatinya....namun perasaanya seperti tak mahu berpisah walau sesaat pun dengan Fairez tika itu....
"Ishah....abang yang patut minta maaf pada Ishah sebab abanglah yang tak pernah beri kebahgaiaan pada Ishah selama nie...bagi abang Ishah cukup sempurna sebagai seorang isteri dan ibu pada anak kita...Ishah tak perlu minta maaf apa2 ya sayang..." Fairez menyapu lembut air mata yang mengalir ke pipi Ishah...
"Mari sayang..kita pergi tengok baby...mesti dia tengah tunggu ibu dia nak bagi dia nenen..."Fairez menolak kerusi roda Ishah memasuki perkarangan hospital kembali..kerana selalunya waktu itu adalah saat untuk mereka berdua berada di sisi puteri mereka untuk Ishah memberikan susunya...Ishah dan anaknya belum diberi keizinan untuk keluar hospital,kerana keadaan Ishah yang kadang kala belum stabil sepenuhnya....
'Sayang....Andai masa itu bisa aku pegang,
Ingin aku ciptakan hari2 yang bahagia itu lebih lama dari hari ini.....
Namun , mana bisa manusia itu memegang waktu...Kerana waktu itu akan tetap berlalu membawa segala kisah dalam episod hidup...Ku kejar cintamu di balik
sembilu semalam..,Ku peluk dirimu dalam diri kelelahan...
Andai hayat untuk ku hanya sesingkat waktu,Izinkan aku gugur layu ke pangkuan mu....Kerana aku ingin merasa tenang menggengam erat jemarimu.....'
Jemari Ishah lancar menulis sesuatu di lembaran buku diary hatinya..sudah lama dia tak mencatit sesuatu di situ...sememangnya dia bahagia merasakan hidupnya kini..
" Hai sayang..buat apa tu..? Amboi abang datang pun dia tak perasan..." Fairez duduk rapat bersebelahan dengan isterinya di sofa ruang tamu rumah mereka..baru semalam Ishah dapat keluar hospital...rumahnya yang tonggang langang sebelum ini kelihatan kemas dan tersusun rapi...seluruh ahli keluarganya yang datang mengemas semalam..terdengar2 lagi bebelan suara dari emak dan kakaknya memarahinya kelmarin...
Ishah menoleh sekilas menatap Fairez di sebelah dan buku catatannya di letak di bawah meja bersebelahannya...
"Mana Cempaka Darwina..?" Ishah tercari2 kelibat puteri kesayangannya itu..tadi suaminya yang mengendong selepas dia selesai memberikan puterinya itu susu badan...
" Ada kat emak tadi...dah tertidur kekenyangan..."
" Ape perasaan abang sekarang..? Abang bahagia ke..? " Ishah tiba2 bersuara dan tangannya melingkari pinggang suaminya..
Fairez tersenyum memandangnya dan turut memeluk Ishah..."Mestilah bahagia sayang...dapat istri yg cantik dan anak perempuan yang sangat comel...terima kasih sayang..." Satu kucupan mesra hinggap di pipi kiri Ishah..
"Oh ye Ishah..lupe abang nak bagi tahu...tadi mak dengan ayah abang ade beritahu...dia kata malam esok dorang nak buat kenduri doa selamat sikit,untuk Ishah dan anak kita...Ialah abang tengok pun Ishah dan semakin pulih dan kuat semula...ergghhh...sakit lagi tak..??.." Fairez menyentuh lembut bawah perut Ishah bekas tempat yang di operation..
"Masih terasa lagi...2 minggu lagi kene pergi semula hospital buat pemeriksaan..."
"Ok...nanti abang temankan sayang yerr..." Fairez masih lagi setia duduk di sisi isterinya itu..entah kenapa dia rasakan sangat2 menghargai waktu berdua untuk mereka tika itu....
Ishah tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada Fairez....Sememangnya Fairez sudah berubah dan melayan dirinya bagai seorang puteri....perlahan air mata kebahagiaan mengalir ke pipinya....
"Ishhh...nape plak sayang nangis nie..janganlah...nanti mata Ishah tak cantik..." Cepat2 Fairez menyapu air mata itu dia sudah berjanji pada dirinya sendiri yg takkan membuat Ishah bersedey hati lagi.....